April 03, 2017

Idaman Villa Homestay Di Melaka Berhantu?


Kepada korang yang ingin ke Melaka dan ingin mencari homestay di Melaka, korang kena baca entry ini sampai habis. Baru - baru ini, aku dan beberapa orang blogger yang lain kiteorang sempat la short escape ke Melaka dengan ke sana dalam 4 biji kereta. Haa adalah dekat 12 orang ke sana. 




Dah ramai, confirm la nak cari homestay murah di Melaka atau homestay yang besar di Melaka kan? So salah daripada kiteorang berjaya dapatkan Idaman Villa Homestay yang terletak  di Taman Kota Syahbandar Melaka yang  merupakan satu kawasan yang sangat strategik di tengah Bandar Melaka. 




Sebenarnya homestay ini tak lah berhantu seperti yang diperkatakan. Yang berhantunya sebab malam tu kiteorang lepak dekat luar, so tengah sembang - sembang tetiba ada orang  tegur apa benda weh tu dekat luar sambil ada bunyi loceng? Berterabur semua lari masuk rumah. Sekali pak guard daaaa haahahahaha 

So bab keselamatan Insyallah terjamin! Hehehehe.Berkonsepkan homestay mewah dan harga untuk satu malam yang sangat berbaloi. Dah la dekat dengan tempat menarik di MelakaNak ke Menara Taming Sari ?  hanya 8 minit, ke Jonker Walk hanya 5 minit, ke Dataran Pahlawan hanya 9 minit, ke A'Famosa hanya 12 minit.  So kalau nak cari homestay yang berhampiran dengan tempat menarik di Melaka inilah tempatnya




Malah kalau korang nak pergi ke kuih keria melaka yang viral tu , coconut shake klebang tersangatlah dekat weh. Tapi diingatkan kena datang awal dan beratur kalau tak bye bye la 








Banglo tiga tingkat ini  mempunyai kelengkapan perabot yang sangat lengkap dari tingkat 1 hingga 3. Dah terasa seperti masuk ke rumah keluarga sendiri sebab semua kemudahan ada. Dari ruang tamu terus ke dapur siap ada pembahagi bahagian antara ruang tamu dan dapur. Ruangan dapur yang cukup luas serta kelengkapan seperti tong gas, pinggan mangkuk, peti ais dan lain-lain. Malam tu, kiteorang sempat masak lagi tau sambil tengok cerita hantu memang best! 


 Homestay Idaman Villa ini  mempunyai : 
  • 7 Bilik tidur (boleh memuatkan 18 orang)
  • 6 bilik air dengan pemanas air
  • Dapur memasak lengkap
  • TV dengan 28 siaran di setiap bilik
  • Internet wifi berkelajuan 30 Mbps
  • Laman yang luas
  • Tempat BBQ disediakan
Hanya dengan RM900 / sehari,  korang boleh berkampung ramai - ramai dalam ni. Untuk tempahan dan maklumat lanjut,


IDAMAN VILLA, MELAKA (BANDARAYA MELAKA)
Contact: Encik Bari ( 012-2118246 )

Terima kasih Idaman Villa, Melaka !

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Unni Anje said...

kalau ramai2 memang untung la