Kedai Cermin Mata Di Bangi Ini Memberikan Layanan 5 Bintang



Korang pernah tak masuk ke kedai cermin mata dan dilayan seperti VVIP dan 5 bintang? Kalau tak, mungkin korang boleh dapatkan servis pemeriksaan mata di The Eye Shop yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi 



Dah lama sebenarnya aku tak buat pemeriksaan mata. Kalau tak silap last masa sekolah dulu dan kena pakai cermin mata sekejap masa darjah 4. Lepas kena ejek dengan mak saudara sendiri, terus tak pakai. Malu katanya hahahaa. Sejak dari haritu confident ye mata dah elok. 




Bila datang ke The Eye Shop ni, layanan dorang tip top weh. Korang akan diberi penerangan dan pemeriksaan secara percuma. Menariknya lagi , sambil menunggu korang akan diberi brownies dan jus segar yang merupakan complimentary buat setiap pengunjung yang datang ke sini 



Malah masa 1st time masuk ke sini macam tak percaya ianya kedai cermin mata sebab konsepnya sangat elegan dan mesra pelanggan. Tenang je weh. Namun begitu, melihatkan pada kedai cermin mata yang mewah bagai ni, mesti korang ingat mahal kan? Actually tak mahal pun dan harga sama je dengan kedai cermin mata yang lain 

Yang membezakannya adalah servis dan hiasan dalam kedai The Eye Shop ini.Bukan itu sahaja, kedai yang dibangunkan oleh Optometris, Puan Fairuz atau dikenali sebagai Cik Fair ini, pemeriksaan mata yang dilakukan bukan setakat menggunakan komputer sahaja tau 






Kalau korang nak tahu, pemeriksaan di komputer tak semestinya tepat. Sebagai contoh, aku saja buat pemeriksaan mata secara komputer sebab ingatkan dah tak rabun. Guess what? Mata aku silau teruk dalam skala 100 camtu. Tetapi bila dah buat pemeriksaan lain di The Eye Shop ternyata mata aku tak silau seteruk itu.





 Tetapi yang mengejutkan adalah mata kiri aku disahkan rabun dekat dan usia mata aku seperti orang yang berumur 34 tahun. Padahal aku baru je umur 25. Nampak tak? Kalau korang buat pemeriksaan mata disini segala- galanya bakal diketahui 


Beliau turut berkongsi yang pembedahan lasik sebenarnya tak berapa bagus dan menelan kos yang banyak jadi pemakaian cermin mata adalah yang terbaik .Koleksi cermin mata yang ada disini pun banyak yang menarik. Bukan itu sahaja, bagi memastikan korang mendapat bingkai cermin mata yang terbaik, dorang menggunakan aplikasi terkini bagi memastikan cermin mata itu bersesuai dengan korang. Canggih weh!




Overall aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan di The Eye Shop Bangi dan I'm back with the spectacles! Hahahaha terima kasih The Eye Shop sebab mengembalikan keyakinan untuk bercermin mata. So how do I look? Yeay or Nay? 


Untuk korang yang ingin mencari kedai cermin mata terbaik di Bangi bolehlah datang ke sini 

Alamat :
G-6, Jln 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
Contact no : 03-8912 2871


No comments: