Pameran Pengantin Dan Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali Lagi


Pernah dengar mengenai MEFA ? Kalau nak tahu, Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) ini akan kembali menanti buat semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC).





Kalau korang nak tahu  penganjuran kali ini adalah kali yang  ke-16 oleh Mefa Events. Aku pernah pergi, memang banyak pakej yang ditawarkan. Yang pasti penganjuran ini dinantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin ditawarkan dan hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam. 




Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Segala - galanya ada disini 





Tambahan pula,  kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA ini adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. 




Dijangka keseluruhan vendor yang membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi. Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, korang yang bakal bergelar pengantin ini  berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan paling kurang pun dapat coklat. 


Menariknnya lagi setiap tempahan yang dibuat akab mendapat hadiah. Jika korang berminat melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad. 

Untuk memudahkan korang dan  pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, pihak  penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media 

Instagram :  @MEFAPENGANTIN
laman web : www.mefa.my 


Kalau korang ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan bolehlah hubungi En Azahari di talian 012 – 387 1775. 

1 comment:

tenku butang said...

Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..