6 Kelebihan Four Points By Sheraton Puchong

Sebenarnya dah lama aku tak buat hotel review sejak dah bekerja sepenuh masa dalam bidang hiburan. Namun begitu blog dan niche aku yang tertentu tidak akan ditinggalkan begitu sahaja termasuklah bagi niche Hotel. 




Four Points By Sheraton Puchong Pilihan Mereka Yang Bekerja 

Sebenarnya kalau di luar negara kebanyakan hotel pun dah ada niche sendiri. Sebagai contoh di Macau, berlumba-lumba untuk majukan hotel mereka yang kini sudah menjadi salah satu mercu tanda negara itu. 




Di negara kita, meskipun tidak meletakkan niche, tapi dengan majoriti pilihan dan tujuan mereka menginap di sesebuah hotel menjadikan hotel itu sudah punyai trademark nya yang tersendiri. Sebagai contoh suka untuk aku perkenalkan Four Points By Sheraton Puchong. Terletak di tengah-tengah bandar Puchong, hotel ini sering kali menjadi pilihan mereka yang bekerja dan juga syarikat besar adakan sebarang acara. 

6 Kelebihan Four Points By Sheraton Puchong 


Pengalaman menginap di Four Points By Sheraton Puchong baru-baru ini dapat aku simpulkan 6 kelebihan buat mereka yang memilih hotel ini sebagai pilihan mereka. 

1. Lokasi yang strategik 

Yes! Ini adalah antara mengapa Four Points By Sheraton Puchong menjadi pilihan mereka yang bekerja dan menjadikan hotel ini sebagai pit-stop. Bandar Puchong sendiri merupakan perantara diantara Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya serta Bangi.  Jadi hotel ini adalah pilihan yang tepat! 

2. Kemudahan Pengangkutan Awam 

Bercakap mengenai Puchong ramai yang mengeluh dan pasti akan menjadikan kesesakan jalanraya sebagai alasan untuk tidak kesini. Tapi sekarang tidak lagi, dengan adanya kemudahan LRT, pengguna lebih senang untuk kesana sini malah hotel ini terletak dalam walking distance ke dua stesen LRT iaitu stesen Taman Perindustrian Puchong ataupun stesen Pusat Bandar Puchong. Malas nak jalan? Dont worry ada shuttle van pergi dan balik disediakan percuma untuk tetamu hotel ini. 



3. Kemudahan Gym Yang Lengkap

Ini jujur aku cakap, masa nak check in dekat sini dah mula risau gym dekat sini lengkap ke atau sekadar cukup syarat? 


Bila masuk je gym Four Points By Sheraton Puchong ini, aku agak terkejut dan kagum kerana peralatan dia boleh dikatakan hampir 80% lengkap dan jauh lebih canggih dari kebanyakan pusat gym terkenal.




 Malah cukup selesa! Selain gym, dekat sini pun ada kolam renang tapi tak ada besar mana agak sedikit kecil berbanding kolam di kebanyakan hotel. 

4. Katil dan bantal 100% Selesa 

Macam aku agak sensitif sedikit kalau pergi hotel ada benda yang macam tak selesa. Especially katil dan bantal dia. 




Pernah aku ke satu hotel terkenal ini, dia punya bantal keras kemain! Tapi untuk hotel ini aku berani jamin segalanya selesa.

5.  Pilihan Makanan Yang Sedap Dan Pelbagai

Kalau nak tahu, antara faktor yang menjadikan hotel ini terkenal adalah kerana pilihan makanannya yang sedap dan pelbagai. 




Malah pada tahun ini, mereka telah memecah rekod pencapaian dalam kumpulan hotel terbesar mereka, nak tahu apa nanti aku kongsikan pada entry akan datang.

6. Berhampiran Pusat Membeli-belah Terkenal 

Four Points By Sheraton Puchong bukan sahaja menjadi pilihan mereka yang ada business trip, tapi untuk family especially kaki shopping pun suka menginap disini. 



Sebab apa? Ada banyak pusat membeli belah terkenal dekat sini. Boleh jalan kaki! Setia Walk, IOI City Mall Puchong antara dua lokasi yang sering dikunjungi. Malah sekeliling hotel ini ada Family Mart Puchong, Old Town dan banyak lagi.

Itu antara kelebihan dan tarikan Four Points By Sheraton Puchong  yang dapat aku rumuskan setelah menginap disini.Kalau ditanya aku apa point utama aku mengenai hotel ini, jawapannya adalah lokasi! 

Rating Blog Budak Pacak : 

Lokasi : 5/5
Kemudahan : 4/5
Keselesaan : 5/5 
Makanan : 3/5

Four Points by Sheraton Puchong

1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre (PFCC), Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong 47100 Malaysia




Contact :   +60 3-5891 8888

19 comments:

Raz said...

pernah makan kt sini.. ok sedap

Kylie Cre8tone said...

This hotel looks great.. nice place, stategic location, yummy food... u named it, they hv it all here..

qaseh dalia said...

Bila duk hotel memang pantang kalau bantal kerasa or tilam tak selesa , baik tido kat rumah haha tapi cantiklah tempat dia , kot ter pergi ke Puchong n malas balik boleh menginap sini haha . Tq for sharing

Sherry Go Sharing said...

good to know now can access the hotel easily. Yeah a nice mall nearby will be great for visit and shopping too.

Mama Hakim said...

Banyak berjalan terbuka luas minda dan kaya pengalaman hidup. Inilah bekal untuk kita jadikan panduan untuk mengharungi kehidupan yang banyak dugaan

Nadia Johari said...

wah dekat dengan ioi city mall..okla not bad hotel dia..kalau mana yang duk jauh, nak jalan-jalan lagi boleh stay dekat hotel ni..nampak menarik

Azmi Writer said...

Ada banyak kelebihan menginap di hotel yang di yakini ramai kan. Ok lah tu, review bagus mesti akan menarik lebih ramai pelawat

Dunia Farisya said...

Boleh jadi lokasi untuk short getaway sekitar lembah klang ni.Haha sekali sekala tidur di hotel apa salahnya kan khai hahaha
Lepas ni boleh suggest dekat kawan2 yg nak tidur sekitar puchong.

Fadzi Razak said...

So far kalau duduk dekat hotel tak pernah terfikir nak pergi gym dieorang. Kalau hotel ni provide facilities gym lebih bagus daripada gym terkenal, dah kira power dah ni

Unknown said...

bila tengok blog ni, macam teringin pulak nak pergi hotel ni, kemudahan pun semua dah ada, lagi2 bila pasal bab makanan. lagilah teruja

idayu nim said...

Pastinya hotel ni boleh menjadi pilihan ramai, dengan kemudahan dan fasilitas yang baik.

Along Murni said...

Wah!! Suka hotel yg dekat dgn shopping mall.. senang leh gerak turun nak beli ole2 atau barang keperluan.. banyak juga kemudahanya..

Mrs Liez said...

Cukup lengkap hotel four point puchong ni.. bilik dan fasilitis lain pun nampak cukup dan perfect.. memang hotel wajib duduk klau ada urusan area sana sbb transportation pun senang

Hanny Abdullah said...

Seronok kan dapat dok hotel yang selesa..lagi seronok kalau kat hotel tu ada makanan yang sedap2, memang tak nak keluar rasanya. Sis kalau dok hotel2 di KL ni memang untuk lepaskan tekanan je...sesekali perlu keluar dari rumah, asyik terperap kat dlm rumah leh beku otak..hehehe

sya mimie said...

Nampak menarik. Nampak selesa juga dibahagian tempat tidur. Tempat tidur kena la selesa kan. Sebab kalau tak selesa, macam mana nak nikmati percutian yang best. Bagus guna ada dilengkapi dengan gym.

Zharif Azis said...

Nampak gaya mmg serba serbi lengkap hotel four points nie. Lokasinya yg strategik, dekat dgn pelbagai kemudahan, facilitiesnya yg lengkap, pasti mnjadi pilihan org di luar sana.

Lia Hasty said...

Menariknya hotel Four Point by Sheraton ni. Suka tengok dekorasi bilik dengan kemudahan yang lengkap. Kalau pergi area Puchong boleh lah menginap di sini.

Cindyrina Rina said...

Tak tau pulak Puchong pun ada Sheraton. Nice room and view they have there. Can be a good option for staycation too. They have in house cafe too.

Mawardi Yunus said...

Cantiknya khai hotel ni. Memang sangat sesuai untuk business stay. Tetiba teringin pulak nak stay sini semalam dua.