D’Warees Resipi - Restoran Kari Kepala Ikan Sedap Di Shah Alam


Shah Alam sebenarnya boleh dikatakan sebagai syurga buat pencinta makanan. Pelbagai restoran dan kafe menjadi pilihan pengunjung. Tapi buat warga Shah Alam sendiri macam aku, of course nasi campur menjadi pilihan utama especially waktu lunch hour. 



D'Warees Resipi- Gerai Biasa, Lauk Rasa Luar Biasa 


Sebenarnya aku tak expect restoran yang berkonsepkan warung ini  diiktiraf sebagai lokasi kari kepala ikan sedap di Shah Alam. Manakan tidak, selama ini,  D’Warees resipi ini memang gerai pilihan aku untuk makan sebab lokasinya yang berhampiran rumah.



 Setiap kali pergi, tak pernah tak penuh ya gerai ini ada sahaja pelbagai jenis golongan datang makan ataupun membeli lauk pauk. 



D’Warees resipi ini sebenarnya telah memulakan perniagaan mereka sekitar tahun 2017. Sebagai permulaan, pemilik gerai ini yang juga pasangan suami isteri memulakan perniagaan mereka dengan menumpang penyewa gerai sebelum ini.  Dengan hanya menjual ikan bakar, ABC , Cendol dan kuih-muih siapa sangka gerai ini pada April 2018 telah menjadi milik mereka selepas penyewa asal telah berpindah ke sebuah lokasi lain. 

Kari Kepala Ikan Kaw! 



Apa yang menjadi tarikan utama disini? Of course lah mereka punya kari kepala ikan! Menurut mereka, resipi kari tersebut merupakan gabungan dan olahan dari kedua-dua belah keluarga sehingga menjadi permintaan yang cukup mengalakkan dari pengunjung. 



Korang bayangkan setiap hari gerai ini mampu menjual 50 hingga 70 ketul kepala ikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis ikan seperti ikan merah, jenahak, kerapu, tenggiri, mayong dan banyak lagi. Harga nya pula bermula dari RM25 hingga RM100 mengikut jenis dan saiz. Dikatakan, rekod kepala ikan terbesar pernah mereka sediakan adalah seberat 7KG! 

Ikan Diambil Segar Setiap Hari 

Selama aku ke sini, jujur aku cakap meskipun  aku tak makan ikan, tapi kuah dia memang jadi pilihan aku. Cukup rasa, cukup padu! 





Tidak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak  pekena kari kepala ikan D’Warees. Sampai ada yang sanggup check in hotel untuk merasa kari mereka yang cukup terkenal. Aku difahaman ikan-ikan tersebut sememangnya dibeli segar setiap hari seawal jam 4 pagi di pasar borong.

Selebriti Turut Turun Padang 

Selebriti dan orang kenamaan? Ramai yang pernah makan disini antaranya seperti Jaafar Onn, Wan Maimunah dan ramai lagi termasuklah yang terbaru pelawak Zizan Razak yang berkesempatan untuk singgah makan disini.



Selain dari kari kepala ikan, pelbagai lauk-pauk turut disediakan seperi kari kambing , masak lemak nangka, Kurma Daging, Ayam Berempah dan banyak lagi. 






Untuk korang yang nak makan dekat sini, dinasihatkan datang awal sebab kepala ikan sentiasa mendapat permintaan dan kadang-kadang habis dijual dalam masa singkat. Aku memang highly recommend gerai ini! Tak sedap bagitau aku ya sebab so far ini kari melayu paling power pernah aku jumpa 


D’Warees Resipi 

Waktu Operasi : Bermula 6.30 pagi hingga 4.30 petang 
Ditutup Setiap Hari Ahad 

Lokasi : Batu 3, Shah Alam 

Waze : D’Warees Resipi


Nombor telefon : 017-324 2140  / 017 – 366 3987 

25 comments:

el said...

wow kari kepala..giler tak suka..favourite kut..kalau masak kat rumah..mmg laju jer habis hadap sorang2 haha..mmg Shah Alam ni banyak kedai makan..rasanya lebih banyak dr Penang kut haha..masak kari ni mmg senang..tp nak dpt keaslian dan keenakan tu mmg susah..kalau dah kata sedap..tentu iols nak terjah jugak..kari kepala ikan ku datang :)

Chris_Sella said...

Hampir setiap minggu pergi Shah Alam tapi tak pernah pula tau tempat ni. lain kali nak try makan sini lah. nampak macam best je semua menu dia.

Rawlins GLAM said...

Tu dia. 7 kg kepala ikan. Macam mana la besar badan ikan tu? Rawlins pun jadi terliur tengok kuah kari tu. Sedapnya makan dengan nasi panas dan makan guna tangan. Perghhh!

Julia Mahir said...

Mak ihh 7kg nak makan berapa orang tu. Huhu. Tapi nampak menarik la lauk-lauk dia. Boleh la nak try nanti. Skali skala makan kari kepala ikan hehe

xulhlmi said...

makanan dekat kedai ni memang sedap, pernah pergi waktu lunch hour dengan officemate, tapi tak sempat cuba kari kepala ikan dia. seram sebab besau

Tengkubutang said...

TB suka gak Kari Ikan.. Tapi TB tak Makan Kepala Ikan tu.. Entah tak tahu nape.. tak reti makan kepala ikan.. tapi memang teruja tengok adik ipar TB makan.. samapi tinggal tulang.. dasyatt.. pandai dia makan.. Nanti nak suruh dia try kat Restoran Kari Kepala Ikan Sedap Di Shah Alam ni pulak.. hehehe

MaisarahSidi said...

Kari kepala ikan.. perghhh rugi kalau tak makan ni hehe. Kuah dia tu.. fuhhh. Nak turun Shah Alam nanti bolehlah cuba makan kat sini.

www.maisarahsidi.com

Cik Puan Ena said...

Lama tak turun shah alam huhu.. tapi memang best la shah alam ni banyak menu yg sedap. Memang pegi sana mesti nk cari makanan viral. Kari die nampak pekat n padu. Mesti power rasa dia kan.

Nina Mirza said...

Adududu.... Terliur nengok Kari Kepala Ikan dia. Kuahnya nampak menyelerakan! Kaw betul laaa. Kalau bawak anak-anak ni, depa tentu mengadap ayam goreng dia yang nampak sedap tu. Thanks tau sharing, nanti kita nak bawak family ke sini.

Mimie said...

Mak aiiii.. Berat kepala ikan 7kg tuh. Dashyat betul. Peminat kari kepala ikan memang sanggup lah datang awal nak dapatkan kari kepala ikan. Macam saya tak pernah makan kari kepala ikan. Tapi tengok kuahnya pekat confirm sedap

iffah208 said...

Wow kari kepala Ikan, Fav kite memang layan kalau makan ni...tak pandang kiri kanan dah fokus pada pinggan tu, ramai kata kat Shah Alam ni sedap saya nak cbalah nanti he he he

Zharif Azis said...

Ya Allah Khai !! Sedap betul nampak Kari Kepala Ikan tu. Rasa teringin pulak nak cuba. Kuah dia nampak pekat betul. Mesti sedap nie.wow kepala ikan mcm tu boleh cecah hingga 7kg ? Hebat ! Nanti nak singgah lah. Mujur hanya di shah alam

Izaramli said...

Wow kari kelapa ikan dia. Nampak macam sedap je. Tak pernah lagi makan kat sini. Nanti kalau ada pergi Shah Alam boleh la try makan kat sini. Iza suka jugak kari-kari macam ni.

Emi said...

Weyh nampak macam gerai biasa je kan. Tapi kemain menu2 dia semua nampak sedap. Tak tahu pun pasal kedai ni. Next time kalau ke shah alam macam nak try la makan kat sini. Mana la tahu tersuka pulak nanti.

Jia Shin Lee said...

The kari kepala ikan looks so good, don't have to scratch my head thinking where to eat in Shah Alam next time, will visit with my friends soon.

Syiera Firdaus said...

Tudiaaaa.. kari kepala ikan dia. Nampak sedap aih. Terliur syira hahahaha maaf terover sebab nampak menarik sangat. Nanti nak turun shah alam

AyuArjuna BiGoshh said...

Wah baru tahu restoran ni kat shah alam. Heavennya nampak sedap giler. Nanti nak ajak husband datang makan kat sini lah... ala nyesal tengok gambar kari ikan ni huhu

mrsliez said...

Aduhhh kari kepala ilan mmg liez suka.. actually liez tak suka kari tapi klau ada kepala ikan mmg meratah je.. tgk kepala ikan tu mmg macam syok je layan.. kena vari ni sbb husband mmg suka sgt kaei kepala ikan.. klau balik ipoh mesti cari

AlongMurni said...

Wah!!!!!! AM memang suka makan kepala ikan.. Nak nak kalu buat kari.. Nampak sedap.. Kalu cicah dgn roti gardennia sedap nie.. Nnti AM ke Shah Alam confirm AM singgah order kari kepala ikan 1 mangkuk.. Khas utk AM sorg.. Xnak kongsi n jgn berani ada yg nak kongsi.. Hehehe

AlongMurni said...

Wah!!!!!! AM memang suka makan kepala ikan.. Nak nak kalu buat kari.. Nampak sedap.. Kalu cicah dgn roti gardennia sedap nie.. Nnti AM ke Shah Alam confirm AM singgah order kari kepala ikan 1 mangkuk.. Khas utk AM sorg.. Xnak kongsi n jgn berani ada yg nak kongsi.. Hehehe

AlongMurni said...

Wah!!!!!! AM memang suka makan kepala ikan.. Nak nak kalu buat kari.. Nampak sedap.. Kalu cicah dgn roti gardennia sedap nie.. Nnti AM ke Shah Alam confirm AM singgah order kari kepala ikan 1 mangkuk.. Khas utk AM sorg.. Xnak kongsi n jgn berani ada yg nak kongsi.. Hehehe

Sunshine Kelly said...

OMG!!! i can't wait to try this curry fish head when the next time i go to Shah Alam macam sedap sangat.

Sunshine Kelly said...

Wah macan sedap sangat kari kepala ikan ni, dah lama i tak makan this dish bila tengok pun terliur.

CXopportunities said...

Fuh! Kari kepala ikan eh? Memang favorite cx la kuah kari lepas tu kena plak masak kepala ikan. Mmg marvelous habis! Cx sorang boleh hadap. Hahahaa! Sedap kot kepala ikan. Plg berat 7kg eh kepala ikam yg mereka masak? Brp harga dia agak²? Huhuhu tp berbaloi meh! Bukan mudah nak dpt lauk pauk sedap mcm ni. Kalau drg SA, cx nak try la. Nak tgk jauh mana pergi padu dia.

Rabiatul Adawiyah said...

Fuhhh sib baik jauhhhhhh. Akak suka kari kepala Ikan tu. Paling syok bleh makan sekeluarga. Akak suka bahagian pipi. Mak akak suka mata Ikan. Husband akak suka bahagian isi tebal belakang tu. Mengiurkan la khaiiiii