Total Pageviews

Nak Cari Kerja? Korang kena datang Karnival Pekerjaan EIS PERKESO 2019

Zaman sekarang nak cari kerja bukan mudah. Banyak faktor yang menjadi halangan untuk seseorang itu mendapat pekerjaan. Ditambah pula dengan saingan yang semakin sengit. Kata kunci disini adalah korang perlu usaha.



PERKESO Anjur Karnival Pekerjaan

Bercakap mengenai cari kerja, nah inilah masanya untuk korang rebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Pada 15 dan 16 April ini, EIS PERKESO sekali lagi menganjurkan karnival pekerjaan besar-besaran di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Aku pernah muat naik artikel mengenai karnival yang sama pada tahun lalu, rata-rata pembaca aku menyambut baik berita tersebut.

Buka Peluang Untuk Semua Golongan 



Kali ini, EIS PERKESO sekali lagi membuka peluang untuk korang, bukan hanya Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sahaja tau yang akan menerima manfaat ni, malahan pelajar lepasan SPM, graduan lepasan Universiti, golongan kurang upaya, golongan yang kehilangan pekerjaan malahan juga kepada semua orang awam diluar sana yang sedang mencari pekerjaan.Dan yang paling penting, pendaftaran adalah PERCUMA!

Lebih dari 3000 Jawatan Kosong

Hmm apa yang membezakan karnival pekerjaan ini dan kenapa korang wajib menyertainya? 



Ini kerana selain menawarkan lebih dari 3000 jawatan kosong (psss dengar cerita dah 5000 jawatan kosong) dalam pelbagai sektor dari peringkat eksekutif dan bukan eksekutif, karnival pekerjaan atau lebih dikenali sebagai eisjobcarnival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan cukup bermanfaat bagi aku.



Dengar cerita bukan sahaja majikan dari sektor perkhidmatan sahaja yang turut terlibat tau, ada majikan-majikan terkemuka juga di Malaysia seperti dari sektor penerbangan, perbankan, pengangkutan, pembinaan, perhotelan, peruncitan dan banyak lagi. Satu peluang keemasan yang tak patut dilepaskan.

Pelbagai Aktiviti Tersedia

Manakan tidak, menerusi job fair Kuala Lumpur yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut ini, pengunjung berpeluang untuk menyertai Klinik Resume. Apa ya klik resume tu ya? Tengok gambar bawah ni untuk penerangan ringkas.



Haaa korang tahu tak ada yang kajian menunjukkan punca resume tidak lengkap dan penyusunan sijil yang tidak teratur adalah salah satu faktor utama mengapa permohonan pekerjaan ditolak. Nampak tak betapa pentingnya Resume dalam membuat permohonan pekerjaan? Resume umpama “first impression” majikan kepada kita.

Khidmat Kaunseling Kerjaya Percuma 

Jadi inilah masa untuk korang perbaiki resume dan tambahkan pengetahuan. Selain itu, pada hari kejadian korang boleh dapatkan perkhidmatan Kaunseling Kerjaya tanpa dikenakan caj tau. 



Wah! Bukan senang nak dapatkan kaunseling yang percuma zaman sekarang ni. Pada hari kejadian, Pegawai EIS PERKESO akan bantu korang untuk lebih memahami kerjaya yang bakal korang ceburi. Siap disediakan “Personality Test” lagi disana untuk mengukur tahap minat dan kecenderungan korang terhadap pekerjaan yang macam mana. Menarik bukan?



Secara jujurnya lah kan, aku sendiri berminat untuk ke eisjobcarnival yang dianjurkan oleh EIS PERKESO kali ini. Manalah tahu kalau ada masa depan dan kejayaan yang lebih cerah yang sebenarnya dah terselit buat aku di Karnival ini. Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang dan daftarkan diri korang secara percuma di Laman Web Karnival Pekerjaan EIS PERKESO seperti di bawah:




Jadi pada 15 dan 16 April ini jangan lupa bawa Bersama dokumen seperti Resume dan sijil-sijil kelayakan korang dan hadir ke Centre Court, Lower Ground, NU Sentral untuk sesi temuduga terbuka bersama majikan pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.



 Kongsikan perkara ini kepada kenalan korang yang sedang mencari pekerjaan juga tau!

Karnival Pekerjaan EIS PERKESO 2019

Tarikh : 15 & 16 April 2019

Masa : 9 Pagi Hingga 7 Petang

Lokasi : Centre Court, Lower Ground, NU Sentral, Kuala Lumpur

Pendaftaran : www.perkeso.gov.my

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 

012-915 8406
013-264 3896
018 264 0481
018 – 370 8389





No comments: