Hotel Best Di Pulau Perhentian Kecil - Ombak Dive Resort

Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku ke pulau peranginan terkenal, Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.  Sebagai rekod, sepanjang tiga kali ini, dua kali aku pilih untuk menginap di tempat yang sama. 




Sebelum aku kongsikan dengan korang mengenai tempat penginapan tersebut, meh aku kongsikan dengan korang sedikit tips untuk ke Pulau Perhentian. 

Tips Ke Pulau Perhentian 

  • Kalau nak naik flight, pastikan beli tiket ke Kota Bharu Kelantan. Lebih dekat 
  • Macam mana nak ke jeti? Boleh booking awal online atau pergi sahaja kaunter dekat airport dimana dorang ada sediakan teksi atau van cater ke jeti Kuala Besut, Terengganu. Seorang RM25 je .

  • Di jeti untuk ke pulau perhentian kecil atau besar, harga tiket nya cuma RM5 sehala
  • Make sure ambil bot seawal pagi 

Kali ini, aku berkesempatan untuk ke Pulau Perhentian Kecil bersama-sama rakan-rakan blogger dan kiteorang telah menginap di Ombak Dive Resort. 



Kalau nak tahu, kalau korang nak pergi kebanyakan  resort, hotel atau chalet di Perhentian Kecil ini, korang kena ataupun mesti lalu Ombak Dive Resort ini sebabnya disitulah satu-satunya jalan sempurna dan penghubung kebanyakan tempat disini. 

Ombak Dive Resort Tersedia Pelbagai Pilihan Bilik

Masa mula-mula datang ke Perhentian pun, aku pernah terdetik dalam hati ' cantiknya tempat ini' dan tak sangka ada juga rezeki untuk menginap di resort ini. Biarpun berstatus resort, korang tahu tak harga dia sebenarnya mampu menginap dan berbaloi? 




Korang bayangkanlah kiteorang yang masa  sampai tempoh hari pening dan mabuk laut, buka saja pintu bilik Ombak Dive Resort ni tak berkedip mata. 



Hoi! Ini honeymoon ke apa ni? Kemain hiasan dia siap ada bau wangi lagi weh. Yup di Ombak, dorang memang pentingkan keselesaan sebab itulah ramai yang memilih untuk menginap disini. 

Bercakap pasal penginapan, dorang juga sediakan pilihan bilik mengikut kesesuaian trip korang. Datang berdua, berkumpulan atau family? Semua jenis bilik disediakan! Bermula dari dorm sehinggalah family type segalanya tersedia. Pendek kata ini adalah pilihan hotel terbaik di Perhentian! 

Tempat Makan Sedap Di Perhentian 

Satu lagi yang aku suka bab Ombak Dive Resort ini adalah dia punya pelbagai pilihan makanan sedap di Perhentian. Incase lah katakan korang stay di tempat lain, tapi nak makan sedap di Perhentian ini, aku highly recommend Ombak Cafe! Baik dari sajian melayu sehinggalah ke western hampir semua aku dah cuba dan sememangnya sedap weh. Tak rugi makan dekat sini especially waktu malam












Sebab apa? selain pelbagai pilihan makanan, dekat sini juga ada wayang pacak yang menayangkan seleksi filem-filem terkini. 




Biarpun dah tengok, tapi kebanyakan yang datang fokus ya tengok filem yang ditayangkan. Propa! Hahahaaha

Firework Di Ombak  

Tak cukup dengan itu, ada satu benda lagi yang gila best! Korang tahu kan Perhentian famous sebab apa? Selain dari lautnya yang jernih dan cantik, kincir Angin dan lain tak bukan sebab persembahan firework dari penari yang terlatih. Selalunya kalau nak tengok persembahan ini, kena datang ke seberang pulau sana dan dekat-dekat tengah malam baru nak start bukan? 




Istimewa di Ombak Cafe, penari-penari ini akan dibawa khas untuk membuat persembahan seawal jam 7.30 malam pada setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu sahaja. Jadi feeling gila weh sambil makan tengok persembahan api pastu layan movie. Fuhh! 

Kemudahan Diving Dan Snorkeling Di Ombak DIVE & PADI Centre 

Macam aku cakap, disini dilengkapi segala-galanya! Malah untuk korang yang nak dive dan snorkeling pun boleh dapatkan khidmat mereka menerusi Ombak DIVE.




 Buat kaki skuba bagai, jurulatih disini sememangnya diiktiraf dan diperakui oleh PADI. Macam kiteorang haritu untuk snorkeling boleh sewa peralatan disini dengan harga RM40 untuk 6 checkpoint. 



Bercakap pasal snorkeling, kiteorang telah pilih checkpoint Romantic Beach, sebuah pantai yang cantik gila, terlindung dan privacy! Terasa macam pantai tu kiteorang punya sebab tak ada orang pastu view dia memang cantik.




 Snorkeling? Jangan cakaplah jernih boleh nampak sampai ke dasar! 






Sebenarnya kalau korang stay dekat Ombak Dive Resort ni memang sangat sesuai sebab dah macam centre of attraction. Segala benda dekat, nak pergi jetty pun depan tu je. Malah aku pun sempat berkayak dan mandi dekat situ finally weh sebab sebelum ni pergi ombak agak bergelora. 






Oh ya untuk berkayak RM10 untuk sejam. Memang puas hahaa sampai aku pass dekat orang lain tak larat nak mendayung dah. Pendek kata trip kali ni memang puas hati!  Kalau tanya aku nak repeat lagi ke tak? Of course! 

So kalau ke Perhentian, sila stay disini ya sebab aku memang syorkan buat korang! Untuk maklumat lanjut korang boleh contact mereka : 

Ombak Dive Resort 
Pulau Perhentian Kecil
22300 Kuala Besut
Terengganu

019-7911002 (Ammar)


19 comments:

el said...

bestnya buka2 pintu bilik hotel ninnnndiaaa bilik awesome sangat..hilang rasa pening dan letih ye..mmg teringin sgt lah nak pergi pulau perhentian dan nti weols bookmark dulu tempat ni..yes!!

Rawlins GLAM said...

Pergi honeymoon tak ajak baby? Sampai hati! Lama kot tak pergi ke Perhentian - last masa belajar dulu. Haha.

cindyrina said...

Best tempat ni. Boleh la pergi. Aktiviti pun best. Makanan nampak sedap juga. Tapi nak datang sini tak tau bila la...banyak keje la..susah cuti

Faries said...

Wah cantiknya Pulau Perhentian ni. Belum berkesemptan kesana lagi tpi lepas baca entri ni makin membuak rasa nk pergi kesana. Makanan pun sedap dan nmpk menyelerakan. Boleh masukkn dlm wishlist la untuk tahun ni. hehehe

Mimie said...

Pulau Perhentian memang salah satu temoat yang wajib kita lawati. Tempatnya memang cantik dan tenang saja tau. Eh bilik tu bampak cantik, bersih dan kemas. Hiasan pun macam bilik pengantin baru plak rasanya. Sweet je tengok. Makanan pun aduhhh semua nampak sedap dan menyelerakan tau

Dik Bee said...

amboi.. pergi bercuti dengan sape tu wak... hahahahhaah.. anyway memang best wei Ombak Dive Resort ni. Menu yang ada kat Ombak Cafe pun sedap. Senang cerita memang takleh move on la.. jom repeat.. haha

Nadia Johari said...

bestnya tengok..tak sangka ada tempat emnarik macam ni ya..bolehal masuk dalam wishlist..bilik lawa, ada tempat makan menarik tepi pantai..ada persembahan lagi..memang bestla

Alia Farhan said...

Cantiknya pulau perhentian ni...
Akak tak pernah sampai lagi. Nanti ingat nk ajak gak la husband mai ke sini.. Mesti best bwk anak2 ke sini

Eiza GreenAppleKu said...

Tak pernah sampai lagi ke Pulau Perhentian. Bagus artikel ni sebab boleh jadi panduan travel sis kelak. Cantik giler pantai dia. Macam kat oversea. Bilik penginapan pun lawa. Honeymoon gitew. Makanan pun nampak sedap.

Fadzi Razak said...

Bestnya performance api tu. Last time pernah tengok performance api dekat gambang. Boleh terngangan tau tengok bende tu

Nina Mirza said...

Best nya Pulau Perhentian. Satu lokasi yang amat menenangkan, nyaman. Jauh dari KL yang penuh stress. Huhuu
Selain rehat santai, banyak aktiviti menarik ada kat sana eh... Kita dah save, manalah tau nanti plan honeymoon ke 17thn kat sini ke. Hehee

Cik Puan Ena said...

Jernihnye air. Best ni kalau dapat snorkeling. Tak pernah lagi sampai sana. Macam2 aktiviti ada. Kayak tu murah jugak 1jam kayak puas2.. tq bagi info details. Sis nak masukkn dalam wishlist.

iffah208 said...

Lama tak pergi pulau perhentian, mcm best pulak twngok entri ni.. Nak plan degan suamilah nanti pi bercuti dekat sini bilik tu nampak selesa sekali :) tak sabar rasanye nak pergi

Syiera Firdaus said...

Cantik giler pulau perhentian. Syira tak pernah pergi lagi. Tapi memang antara wish list jugak ni. Hotel nampak selesa ja. Boleh la pergi nanti

Hanny Abdullh said...

Kalau nak berehat dn tgok pemandangan laut..memang sis akan ke pulau perhentian. Tempat tu memang cantik. Ni dah lama dh tak pergi..kalau pergi lagi bolehlah cuba dok kat sini pulak

Slumber Lady said...

Last pergi sana dua tahun lepas rasanya. Pergi dengan company. Buat island hoping. Seronok juga sebenarnya. Lama dah tak berjalan-jalan ke pantai. Seronok baca entri ni. Teringat masa pergi Perhentian dulu.

Absolute Yana said...

I love everything about this post, the diving part, the seafood meals and that firework! I am definitely bookmarking this post for my future travel plans.

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Bestnya pg pulau perhentian,next time ajaklah kits, xpernah sampai lg

Sunshine Kelly said...

Wah best sangat Hotel macam ni, its small but lengkap dengan segala yang kita perlu plus the scenery pun cantik, makanan pun sedap.