Tempat Menarik Di Shah Alam 2020 | Discover Shah Alam

Percaya atau tidak, aku sebagai orang Shah Alam kadang tak tahu tempat apa yang menarik di Shah Alam. Kalau orang tanya, aku cuma boleh cadangkan tempat yang aku selalu pergi dan paling tidak pun Shopping mall. 




Disebabkan baru-baru ini aku berkesempatan untuk join Media FAM Trip anjuran Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Hotel Concorde Shah Alam selaku penaja hotel penginapan kiteorang, lepas ini dah tahu nak recommend apa tempat menarik di Shah Alam apatah lagi pada tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. 

Tempat Menarik Di Shah Alam 

Walaupun ada diantara tempat ini orang sedia maklum ataupun korang akan fikir macam apa yang menarik dekat sini? Aku pun alami benda yang sama tapi serius terkejut dan kagum bila dapat tahu apa yang tempat ini tawarkan. So korang kenalah baca sampai habis untuk tahu apakah keistimewaan tempat-tempat ini. 

Dusun Komuniti Seksyen 8 

Selama hampir 6 tahun aku duduk dekat Shah Alam, baru tahu kewujudan Dusun Komuniti Seksyen 8 ni! Bukannya tak pernah datang Seksyen 8 boleh dikatakan agak kerap tapi aku sendiri tak tahu pasal dusun ni. 



Pertama kali jejak kaki disini, kagum sekejap sebab dalam bandar ini sebenarnya ada dusun yang dibangunkan oleh penduduk sekitar.  Dipenuhi dengan pelbagai tanaman sayuran dan buah-buahan, dusun ini turut disokong sepenuhnya oleh pihak MBSA. Kadang-kadang hasil tanaman disini akan dijual segar ataupun diberi buat mereka yang datang ke sini. 



Galeri Shah Alam 

Tempat ini bukanlah sesuatu yang asing untuk aku, especially bila selalu datang jogging di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Tapi masuk ke dalam ruangan galeri Shah Alam ini sesuaty yang baru buat aku. Apa yang ada dalam galeri berusia 28 tahun ini?


*gambar ihsan google 

Untuk pencinta seni lukis, tempat ini wajib untuk korang singgah sebab di dalamnya terletak pelbagai hasil seni lukisan dan arca. Ada diantaranya yang korang boleh beli untuk dibawa pulang. 

Kompleks Seni Islam Antarabanga Shah Alam 



Tempat ini korang wajib pergi. Sebab dia sangat unik dan aku baru di dalam nya terletak pelbagai info mengenai zaman Rasulullah dan juga sejarah agama Islam. Di dalam kompleks ini,  ada replika rumah dan barangan peribadi Nabi Muhammad SAW, terowong susur masa dan juga tersimpannya Al-Quran yang berharga RM30 Juta, cara penghasilan Al-Quran dan banyak lagi. 






Menara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 

Bercakap mengenai masjid ini yang juga dikenali ramai sebagai Masjid Shah Alam atau Masjid Biru, aku cukup beruntung sebab berpeluang untuk masuk dan naik ke salah satu dari empat menara  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Baru aku tahu yang menara ini berketinggian 12 tingkat bersamaa 142 meter dan di bahagian atas sekali korang boleh melihat kawasan sekeliling Shah Alam dengan lebih jelas. 



pintu masuk menara 


Aku difahamkan buat masa ini, pihak masjid belum membuka menara ini untuk kunjungan orang ramai dan hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Walau bagaimanapun, pihak masjid berkata mereka akan membukanya tidak lama lagi. 





Selain itu, korang boleh juga melawat sekeliling kawasan masjid ini yang cukup indah dan besar! 

Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) 




Ada diantara korang mungkin akan anggap perpustakan ini macam cliche atau bosan. Aku sendiri bila dapat tahu kena pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS)  terus terdetik alahai apa yang ada dekat sana. Selama aku pergi macam nothing je. Okay aku tarik balik ayat-ayat itu lepas datang ke sini sekali lagi. Selain dari tempat untuk korang belajar atau apa-apa term yang berkaitan dengan study, actually dekat sini banyak sangat kemudahan unik dan menarik disediakan.



Salah satu yang aku nak nak highlight adalah percaya atau tidak di dalam perpustakaan ini ada mini wayang 6D! Yer weh aku pun kagum kot. Nak masuk tengok rasai sendiri, cuma RM10 je untuk satu sesi dan korang boleh babak mana yang korang inginkan. Jadi PPAS ini bukanlah sekadar tempat untuk luangkan masa dengan buku semata-mata, pendek kata ianya pusat riadah indoor yang cukup canggih dan menarik! 

Hotel Terbaik Di Shah Alam 



Buat korang yang berada di luar Shah Alam, dan ingin mencari hotel terbaik di Shah Alam, suka untuk aku cadangkan korang menginap di Concorde Shah Alam. Selain menyediakan pelbagai kemudahan seperti shuttle bas ke tempat-tempat menarik, pelbagai jenis bilik turut tersedia. Tarikan? Semestinya bilik yang menghadap Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 




Hotel ini pula terletak di lokasi yang cukup strategik, jadi memang sangat sesuai kalau korang stay sini ya. 

Jadi itulah antara perkongsian mengenai tempat menarik di Shah Alam. Insyallah aku akan update lagi lokasi dari semasa ke semasa. Special thanks to Tourism Selangor sebab sudi invite ke FAM trip ini! 

No comments: