Pengalaman Buat Swab Test COVID-19! Sakit Ke Tak?

Baru-baru ini, aku terpaksa Work From Home (WFH) disebabkan tempat yang aku main gym ada kes positif COVID-19. 


Walaupun tak ada simptom, tapi sebagai langkah pencegahan, bos aku suruh buat ujian Swab (Swab Test) COVID-19 dan kerja dari rumah je sebagai langkah-langkah pencegahan. Perlu diingatkan sekarang ini ada kes yang tanpa simptom, dan ada yang dua tiga kali buat ujian barulah disahkan positif.

Pengalaman Swab Test

Memang bahaya! Apatah lagi masa aku taip entry ini jangkitan wabak COVID-19 dalam negara mencatat angka tertinggi sejak Mac lalu iaitu sebanyak 869 kes. Jadi disebabkan aku pernah buat ujian ini, aku nak kongsikan sedikit pengalaman dan juga hasil keputusan. 

Jenis Ujian COVID-19

Untuk ujian pemeriksaan COVID-19 ini ada dua iaitu  ujian “Rapid Test” untuk mengesan antibodi dan RT-PCR.  Jujur cakap harga untuk RT-PCR ini agak sedikit mahal berbanding Rapid Test sebabnya Rapid Test lebih kepada mengenalpasti antibodi yang terbentuk akibat daripada tindak balas sistem imuniti badan terhadap jangkitan virus. Ujian RT-PCR lagi bagus sebab dapat kesan terus jangkitan virus. 

Harga Ujian Swab Test

Walaupun mahal, tetapi lebih tepat tau! Ada beberapa harga berbeza yang ditawarkan oleh klinik kerajaan dan juga swasta.  Untuk  harga swab test di hospital kerajaan, aku difahamkan kalau korang mempunyai simptom COVID-19, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Tetapi kalau korang saja nak buat test, ada yang cakap harganya adalah RM150, perlu menunggu giliran serta bergantung kepada berapa jumlah pesakit pada hari tersebut.

Since kena tunggu panjang dan sebagainya, aku dah survey harga RT-PCR di klinik swasta dan juga hospital. So far ada yang harga memang dah fixed dari dulu, ada yang walk-in , kena buat tempahan dan ada juga yang lebih mudah iaitu buat ujian swab test secara drive-thru. Oh tetapi ada juga yang buat harga berkumpulan, korang kena pandai survey! 


Memandangkan aku nak cepat, aku pilih MSU Medical Centre Shah Alam. Nasib boleh claim! hahaha thank you boss! 

Harga RT-PCR Swab Test Hospital Swasta 

  • MSU Medical Centre Shah Alam (Drive-Thru & Walk In) - RM388
  • Sunway Medical Centre (Kena Buat Appointment & Walk In) - RM300
  • Pantai Hospital (Drive Thru) - RM???
  • KPJ Selangor (Park & Swab) - RM388
  • Klinik Najat (Drive Thru) - RM388
  • Columbia Asia - (Appointment) - RM380
Simptom COVID-19 
  • demam
  •  batuk
  •  sesak nafas 
  • sakit tekak
  • kesukaran bernafas
Mesti ramai yang tertanya sakit ke tak kan? Macam mana proses dia? Mula-mula korang kena isi borang nyatakan maklumat diri, ada kontak rapat dengan mana-mana kluster tak dan juga ada pergi ke kawasan yang disyaki kes covid-19 ke tak? Selepas dah isi borang, of course lah kena bayar dan tunggu giliran untuk buat pemeriksaan. Just drive je senang! 

Tak Sakit Pun! 

First, dia akan buat di hidung dan korang kena dongakkan kepala. Masa itu, dia akan masukkan alat swab ke dalam hidung dan pusing 360 darjah untuk dapatkan sampel. Bagi aku time tu dia macam perit sikit la macam air masuk ke hidung secara tak sengaja. Haa macam itu lah rasa dia! 


Kemudian dia akan masukkan alat swab yang lain ke dalam mulut dan jolok sehingga ke hujung tekak. Tak sakit pun cuma tersedak sikit itu yang berair mata. Mana-mana korang tengok air mata dorang keluar tu kadang bukan sebab pedih tapi kesan daripada jolokan itu. 

Seterusnya korang boleh balik terus dan tunggu keputusan ujian. Macam aku, kurang dalam masa 24 jam MSU Medical Centre hantar keputusan. Dan diorang akan hantar melalui email atau pun boleh self  collect. 

Untuk macam kes positif, diorang akan terus call korang dan mungkin masa itu korang akan bersedia packing baju dan ambulans akan ambil korang macam yang kita selalu tengok. 

klik untuk tengok proses ujian COVID-19!


So itu je lah antara yang aku ingat dan hasil ujian aku Alhamdulillah Negatif!! 



Pesanan untuk korang jaga diri baik-baik, banyakkan minum air dan yang pasti jaga jarak sosial, pakai mask sentiasa okay? 



9 comments:

Kitkat Nelfei said...

Thanks for sharing this information, Kapt. Boleh dijadikan rujukan just in case kan... Of course kalau boleh nak hindari dari kena buat test mcm ni...

Cik Min said...

Mahal ek harga swab test ni. Jaga diri wak. Seram yang kte tengok kat youtube awak tu sbb kte bayangkan sedangkan termasuk air pun pedih ni pulak masukkan sesuatu dlm idung

Atie Zieya said...

bila baca ada yang cakap sakit, ada yg cakap tak.. but u put in details mcm ni tak la se takut yg i imagine, but rahsia dia jgn bergerak la kan.. stay still.... thank you sharing ni

ajumohit said...

husband akak pun buat swab test kat sini, weekend lepas ada promo RM280. beratur ramai sangat sebab kebanyakan staff proton, stay safe ya

Qeela said...

Alhamdulillah result negatif, tumoang lega jugak baca heheh! Fuh macam tu ek rasa kena swab tu, selalu baca2 je org share, macam2 review juga kan ada kata sakit ada juga kata tak, apa-apa pun hopefully dijauhkan la segala yg tak diingini. Stay safe semua!

Sis Lin said...

Adoiii tu le yang seramnya tu..sampai ke gym pun boleh ada yang kena kann..sekarang ni kena berjaga-jaga.. Nasib juga amsa Sis buat swab kat KPJ tu, budak yang buat tu berhemah betul..takde rasa sakit pun seperti mana yang orang kata..take care Khai.,

Tekkaus said...

Glad that you have been tested negative. Guess we all need to be more vigilant and stay at home instead of going to high risk areas. Stay safe! Stay at home!

saidila said...

Alhamdulillah takder apa2....sebenarhya seram jugak bila dengar orang kena buat swab test nih ...ada yg kata sakit ada yg kata tak ...tapi ikut nasib kot ...tapi kalau kita dah was2 dengan kesihatan diri better buat swab test dari kena pasang mesin bantuan pernafasan ...kan kan kan

LampuHijau said...

Nampak macam pedih aje. Hahaha. Takut tengok dia jolok ke dalam lubang hidung dengan mulut tu