Total Pageviews

Tak Sangka Kedai Ayamas Banyak Pilihan Makanan Sedap!

Oooh Ayamas ! Siapa yang membesar dengan lagu Ayamas kita geng! Sampai sekarang terngiang-ngiang lagu Ayamas ni dalam fikiran aku. Mesti ramai diantara korang fikir dekat kedai Ayamas hanya sekadar ada menu Ayam bukan? 




Aku pun fikir macam itu mula-mula, sampailah pergi sendiri ke kedai Ayamas, fuhhh! Banyak rupanya menu dekat kedai Ayamas ni. Bukan itu sahaja, aku boleh cakap yang menu-menu yang ada disini sedap dan menarik belaka. 


Selain daripada menu utama kedai Ayamas juga menyediakan menu-menu lain seperti Kari Laksa, aneka Pasta, aneka bakeri, Nasi Ayam, menu khas kanak-kanak iaitu  sardine roll dan chicken pie serta banyak lagi. 



Bercakap menu utama, incase korang tak tahu, Ayam bakar Ayamas yang boleh didapati dalam pilihan iaitu Golden, Pepper dan Percik. 


  • Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

  • Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

  • Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.



Kalau ditanya aku, Pepper dan percik paling aku suka! Sebabnya dua-dua pilihan ini ada nostalgianya tersendiri bagi aku. Setiap kali puasa, mesti aku akan dapatkan dua ekor ayam panggan dalam perisa Pepper dan Percik. Beli satu tak cukup uiii! Ayam panggang Ayamas menjadi kegemaran kiteorang sebab ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus. Memang padu rasa dia weh! 


Menariknya lagi,  kalau korang nak dapatkan produk Ayamas sejuk beku dan ayam mentah sekalipun boleh je beli dekat kedai Ayamas berhampiran korang. Macam aku, baru-baru ini sempat pergi ke kedai Ayamas di Bukit Jelutong Shah Alam dan yang paling penting makan dalam SOP dan kedai dia sangat bersih.



Aku faham mesti korang yang ada family atau kawan-kawan nak lepak tak puas bukan sebab satu meja boleh dua orang je kan? Okay no worries! Apa kata order je secara online menerusi grab food atau food panda dan diorang akan hantar terus ke depan pintu rumah korang! Lebih selesa dan nak makan pun puas kan? 


Nak best lagi, korang beli masa setiap 15 dan 30 haribulan sebab ada diskaun untuk Ayam Panggang, kalau setiap Khamis pula ada promosi “Thursday special” . Kalau rasa nak makan set nasi ayam pula, ada promosi set jimat yang berharga cuma RM10.90 yang didatangkan bersama sebotol air mineral. 


Aku percaya selama lebih 30 tahun beroperasi, korang mesti ada kenangan tersendiri bersama Kedai Ayamas bukan? Apa kata  kongsi kenangan bersama Kedai Ayamas yang mana syaratnya hanya kongsikan gambar korang menikmati hidangan Ayamas, upload di media sosial beserta hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. Jom join sekarang!


18 comments:

Bae Roslan said...

ayamas ni dari kecik ayah akan bawak balik. bokrh dikatakan seminggu sekali. memang favourite 1 keluarga.

nurul aqidah azahar said...

dulu masa kecil selalu beli ayam kat ayamas ni. sedap sangat. dah lama tak makan..nanti kalau jumpa outlet die boleh la beli lagi

Ana Suhana said...

Selalu order ayam percik dia kt FP. Suka juga chicke pie dia. Sedap dan penuh inti dalam tu tapi selalu sangat tak available kalau thru online.

siennylovesdrawing said...

ohh woow....i miss Ayamas too, after reading this, gonna order to enjoy enjoy, such a long time. cheers, siennylovesdrawing

Nadia Johari said...

Bertahun tak lergi. Dulu masa kevik kerap ayah bawak. Sejak masuk sekolah rendah smpai sekrg tak pernh pergi lagi sebb jauh kot.. Mak ayah dh tak rajin nak pergi. Ni rasa nak pergi semula.. Dekat ampang ada

Airah Syahirah said...

Bila tak tahu nak masak apa dekat rumah confirm tapau je ayamas sebab sedap lepastu rasa macam comfort food. Setiap bulan kena beli

Kitkat Nelfei said...

Favorite dan mengidam nak makan Ayamas lepas tengok post ni la.. Nom nom nom... Lama x jejak kaki kat kedai Ayamas, esok nak lunch with juicy chicken mereka...

Ummi said...

Oo.. tak sangka pulak kedai ayamas ada bermacam2 menu. Ingatkan ayam goreng je. Nak kena survey branch terdekat ni.

saidila said...

Ayamas ni yang bestnya mestilah ayam dia tapi jarang beli sebab suka beli produk frozen dia jer . Tapi lepas tengok entry ni dan kata Restoran Ayamas dah ada macam2 , rasa tak sabar pulak nak try ..... mana tahu boleh menang jugak ...ehehehe

Farhana Jafri said...

sedapnya tengok ayam dia! Jarang makan ayam dekat Ayamas, dulu selalu makan nugget dia hahaha sedapppp!

Kak Su said...

DAri dulu lagi, anak anak kekeick ayamas memang pebret kami sekeluarga. Sekarang memasing dah berkeluarga pandai lah bawak anak anak sendir makan di ayamas. SEkarang lagi best ya, banyak pilihan menu

Cara Nak Target Audience diFacebook

AyuArjuna BiGoshh said...

Sedapnya. Dah lama akk x makan kat ayamas.. fav yg blackpepper dan juga pai

Cik Min said...

Kte mmg fav ek ayamas ni. Semua ayam dia semua sedap hahaha nampak tak fanatiknya kte wakakak..dah la butter biskut dia sedap

iena eliena said...

nyummy menarik pulak iena tengok spagethi tu.. dekat Kedai Ayamas area rumah iena takde menu menu western..ni nakkene pergi kedai ayamas lain nak cuba ni.. ayam roasted dia iena paling suka yang percik roasted

MESSARAH said...

kalau pegi ayamas memang suka gila ayam percik dia menu wajib tiap kali singgah sana

Fatin Diana said...

banyaknya makanan. boleh habis tak tu? lama rasanya tak makan kat ayamas. biasanya tiap tahun mesti pegi utk berbuka puasa

Sofinah Lamudin said...

kalau dah nama 'ayam' memang dalam kepala biasanya fikiran ke menu ayam je... hehehe... tak pernah dah terfikir menu lain. Tak sangka ada yang lain juga... Saya tak pernah cuba lagi...

Sis Lin said...

Terus rasa macam nak order sekor ayamas laaa, sedapnya yang percik tu haaaa... bikin laparr.. tapi memang puashati kan makan di kedai ayamas ni, banyak pilihan...