Tiba Masa Untuk Tinggalkan Dunia Blog?

Pejam celik dah masuk bulan Februari. So far tahun 2022 korang macam mana? Untuk aku boleh dikatakan Januari agak mencabar terutama dari segi kewangan. 




Masuk Tahun Ke-12 

Maklumlah awal tahun banyak yang kena bayar lepas itu orang pula hutang sana-sini kita pula yang mengemis! Okay terkongsi masalah peribadi pula. Sebenarnya di kesempatan ini, aku nak mengomel pasal blog ini yang sudah masuk tahun ke-12. 

Bekerja sebagai seorang wartawan hiburan ditambah pula buat benda yang sama dengan blog agak mencabar. Selain masa, kandungan pun menjadi masalah untuk aku. Tetapi aku bersyukur sebab pihak editorial tahu aku dikenali ramai sebagai seorang blogger dan aku pun ada cakap dekat diorang macam mana sekalipun aku tak akan tinggalkan blog. 

Konsisten Tidak Campur Perihal Hiburan 

Dan untuk aku sendiri, selama 5 tahun bergelar wartawan Alhamdulillah aku masih konsisten dan berpendirian teguh untuk tidak masukkan berita mengenai hiburan di dalam blog ini walaupun aku berkemampuan untuk melakukannya dan menaikkan trafik dengan cepat. Bagi aku, editorial sudah meletakkan kepercayaan kepada aku untuk bawa naik portal dan aku hormati mereka. 

Namun, aku perlu akui masa untuk berblogging tidak lagi macam dulu agaknya disebabkan itulah jumlah blogger semakin berkurang dan ramai yang mengambil keputusan untuk berehat atau meninggalkan dunia blogging.  Yang mana masih kekal tu tahniah buat kita kerana masih kekal relevan cey hahaha! 

Aku bercakap ini berdasarkan fakta ya sebab aku sendiri terfikir sejenak ketika client minta aku carikan blogger lelaki. Bila semak balik, hanya tinggal beberapa kerat ya sehingga aku boleh kira siapa sahaja yang ada. 


Kagum Dengan Blogger Ini! 

Bagi aku sendiri, aku kagum dengan Sis Lin, Bella Jamal, Bebelan Cik Min, Dikbee, Ayu Rafikah sebab diorang punya kerja sangat pantas lepas itu pageview blog masing-masing pun mencanak. Bukan untuk kipas atau sebaliknya,tetapi aku kagum cara mereka konsisten walaupun ada komitmen masing-masing. 





Untuk blog ini, selagi terdaya aku akan teruskan menulis walaupun ada masanya akan berhabuk. Aku harap korang akan terus baca dan sokong ya. 

Insyallah dalam masa terdekat aku akan adakan sebuah majlis. Aku akan hantar jemputan kepada yang mana berkenaan yang mana tidak dapat jemputan aku minta maaf sebab tak dapat jemput ramai untuk patuhi SOP.  Teruskan berkarya guys!

10 comments:

Sis Lin said...

Heyyy dia tulis pasal kita gak yaa.. aduii terharunyaa..
menulis blog ni kena ada aura, mood dan kerajinan Khai, tapi tengok pada keadaan, macam Khai terikat banyak hal, so fahamlah kalau tak update tu.. macam Sis dah takde buat apa, so fokus pada menulis sebagai income tambahan.. cuba kalau Sis ko ni keje, mau berbulan gak kot tak update hahaha..

Btw thanks Khai, beri semangat gak kat Sis..
All the best dan jangan benti blog.. ada masa update..

Aerill Hassan said...

Sama, kadang2 tak sempat nak update blog. Pastu nampak ramai blogger yang dah mula undurkan diri.

Respek dengan mereka yg aktif & sentiada update blog :)

Ruby said...

Khai pun bleh jd macam mereka. Cuba tanya mereka punya plan camana. Akak perhati mereka bujang dan anak-anak dah besar. Komitmen bleh fokus kepada blog. Lagi satu kalau takda passion memang tak jalan. Kerana blog, dah keje kat industri media hiburan kan? So, jangan stop menulis walau sikit-sikit content. Rajin-rajin cek Google Search Console utk lihat dalaman blog Khai. Ok? All the best!

AyuArjuna BiGoshh said...

baru tgh malas hari ni nak menaip entri..nampak entri khai.. terus bukak draft blog update.. hahaha

actually menulis ni passion... kalau ada minat.. ada di jiwa .. insyaallah.. biarpun x menulis hari-hari... tapi blog tu akan ada juga entri..

:-)

Bae Roslan said...

bila terikat dengan tugas hakiki memang kadang tak terupdate blog. masa pkp haritu rajin lah jugak update hahaha. apapun jangan berhenti menulis, mana tau ada penulisan kita yang bermanfaat, amal jariah berpanjangan tu..

Cik Min said...

Allahu terharu kita nama kita disebut di dalam blog budak pacak ye. Pada i, menulis ni memang memerlukan minat dan kesabaran. Tak boleh ikut trend dan bermusim yang penting kita konsisten dan curi juga masa untuk menulis. Tapi i rasa i lagi kagum dengan u sebab selain dah lebih sedekad bertahan, u kerja mmg i tgk siang malam tp masih boleh pertahankan blog u dan masih relevan hingga kini. Keep it up Khai

Bella Jamal said...

Wow tq khai sb sudi letak blog sis. Sebenarnya banyak lagi perkara kn belajar. Kalau ada masa kena update juga blog. Apapun sesama kita belajar dan tingkatkan usaha lagi tahun ni. Mati2 kite ingt nak benti blog tau!

Rollinggrace said...

12 years! wow you have come so far. love the list of bloggers you have listed too, serius rajin everyone update their blogs everyday. hope to be inspired by all of you! :) keep being awesome

Aulea said...

Saya pun tengah kumpul kekuatan nak selalu update blog. Cari circle yang best2 dalam blogging. Salam kenal.

Sunshine Kelly said...

Jangan tinggalkan dunia blog, once a while kalau ada masa kena update and share experience although it take time and effort to blog.