Total Pageviews

Makan Sampai Jilat Jari Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Mont Kiara

Masa dapat jemputan untuk buat review makanan Pakistan, sebenarnya aku sangat teruja untuk merasai sendiri masakan asli negara itu. 




Masakan Asli Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill 

Manakan tidak, sebelum ini kita mungkin fikir makanan diorang sama sahaja seperti India dan juga negara Arab. Kalau korang nak tahu, kenyataan itu agak sensitif buat rakyat Pakistan tau sama lah juga macam kita kalau tiba-tiba negara lain claim Nasi Lemak dari negara diorang. 

Jadi aku berkesempatan untuk ke Najia's Pakistani Tawa & Grill yang terletak di Mont Kiara. Melangkah je masuk ke dalam kedai ini, mata aku tertumpu kepada beberapa dekorasi negara Pakistan termasuk 5 karikatur lima figura ternama negara diorang. 

Untuk pengetahuan korang makanan Pakistan ini hampir semuanya halal dan nama restoran ini diambil bersempena dengan pemiliknya, Najia. 

Sedap Sehingga Menjilat Jari! 

Masa sesi review aku ditawarkan untuk mencuba 

  • Mutton Biryani 
  • Chicken Kadhai 
  • Prawn Masala
  • Bhindi Masala
  • Garlic Butter Naan 
  • Lahori Paratha 
  • Puri Paratha 
  • Watermelon Juice 
  • Mango Lassee
  • Mint Lemonade
  • Sweet Lassee 
Ya ampun! Semuanya sedap sangat sampai menjilat jari ya. Korang bayangkan aku tak makan kambing, tapi aku boleh makan nasi biryani yang dicampur dengan kambing itu begitu sahaja. Makan nasi saja pun sangat sedap! 

Menariknya lagi, aku diberi peluang untuk melihat cara masakan Prawn Masala secara dekat. Nampak simple tapi rasanya  fuhhh memang boleh teringat. Kalau korang tanya aku adakah akan repeat? For sure aku akan repeat kalau ke Mont Kiara. 




Walaupun terletak di kawasan yang agak elit, aku terkejut harga makanan di sini sangat berpatutan. Jadi untuk korang yang ingin merasai sendiri masakan asli Pakistan boleh datang ke restoran diorang atau order sahaja secara online di Beep It. 

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (Isnin tutup) 

Masa Operasi : 11 pagi - 10 malam 

Menu dan tempahan untuk pickup serta delivery :  http://najiaspakistanitawaandgrill.beepit.com/

Untuk pertanyaan : 03-62061236 

Lokasi : Najia's Pakistani Tawa and Grill' berhadapan Mercato, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

2 comments:

Cik Min said...

Memang sedap wei..i suka giler. Haritu beli tapau briyani kat abe yee pun dia suka..sedap katanya

Raz said...

semua nampak sedap!