Total Pageviews

Aleeya Zailan Dan Big Boss Masak Sendiri 340 Kilogram Sotong Untuk Sedekah!

Untuk sesiapa yang mengikuti pasangan pempengaruh ini, pasti sudah mengetahui rutin mereka yang gemar memasak secara langsung di Facebook sehingga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. 




Terbaru, pempengaruh tersebut yang juga pasangan usahawan terkenal Aleeya Zaila dan suami, Azri Aziz atau lebih dikenali ramai sebagai Big Boss telah seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor.

Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Big Boss serta beberapa pembantu mereka bertungkus-lumus menyediakan masakan istimewa.

Bukan sahaja hidangan sotong malah pelbagai menu lagi turut disajikan bersama. 


"Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

"Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya sambil sibuk menumis bahan.

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

Masakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Lebih mengharukan, bukan sahaja menyediakan masakan, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut. 








Menariknya lagi, menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.


No comments: