Total Pageviews

AINAA Beauty Perkenal 10 Orang Kuat

Membaca kisah individu-individu pemilik jenama AAINA Beauty yang juga merupakan influencer, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina terlalu banyak pahit getir yang mereka telah lalui. 




Aku masih ingat pada awal pembabitan dan ketika kedua-keduanya mula dikenali ramai, ada sahaja kisah yang cukup tersentuh tular di media sosial. Kata mereka, niat hanya satu kerana ingin memberi kesedaran dan menolong ramai orang yang memerlukan bantuan mereka. 

Namun begitu, ia bukanlah bermakna mereka tidak pernah diuji kerana jika ada yang masih ingat pasangan ini pernah disantau oleh individu tidak bertanggungjawab. Di sebalik ujian tersebut, mereka terus ke depan from nothing to something. 

Hari ini, AINAA Beauty bukan sahaja berjaya ditubuhkan malah turut membantu ramai orang daripada pelbagai aspek. Ini termasuklah 10 syarikat dan usahawan ini sebenarnya merupakan anak didik mereka. Baru-baru ini, aku dan beberapa orang rakan blogger yang lain berkesempatan untuk bertemu dan menemubual kesemua mereka secara lebih dekat. 

Untuk pengetahuan, 10 orang usahawan ini merupakan pemilik syarikat berbeza dan dipilih sebagai peneraju utama bagi semua ejen dan stokis di bawah AINAA Beauty. Menariknya, sama seperti Hafiz dan Aina, kesemua mereka telah lalui pengalaman pahit masing-masing sebelum berjaya. Ada yang pernah disantau, kesempitan hidup dan macam-macam lagi. 








Hari ini kesemua mereka telah berjaya. Tetapi mana bukti kekayaannya macam usahawan lain? Mana banglo? Mana kereta mewah? Di AINAA Beauty mereka tidak perlu nak tunjuk kekayaan sebaliknya lebih fokus kepada pembangunan dan beri bimbingan kepada yang lain. 








Mengambil konsep Malaysia Baru, Peluang Pekerjaan Baru selepas PRU baru-baru ini, lebih ramai usahawan bakal dilahirkan hasil kerjasama dan bimbingan 10 syarikat ini. Difahamkan, hampir kesemua mereka telah bersama AINAA sejak tahun 2019. 

Antara modus operandi AINAA Beauty juga, sekiranya ada diantara pelanggan mereka yang mengalami kesukaran yang teruk, pelanggan tersebut akan terus dibawa ke HQ bagi tujuan bimbingan dan rujukan. 

Untuk rekod, sehingga kini AINAA Beauty mempunyai 5 produk utama dan mengalu-alukan mereka yang mempunyai masalah muka untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma. 

Tahniah buat AINAA Beauty!

No comments: