Total Pageviews

Meriah! Lebih 8,000 Pengunjung Banjiri Jelajah Suria Anggun Collection 2023 Di Alor Setar

Lokasi kedua  Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang diadakan di Aman Central, Alor Setar Kedah baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. 




Di sebalik kegusaran pihak stesen radio Suria FM selaku penganjur yang mengadakan jelajah tersebut pada hari Ahad yang merupakan hari bekerja di negeri Kedah, dikhabarkan lebih dari 8,000 pengunjung telah membanjiri Aman Central. 

Untuk info, jelajah kali ini diadakan pada hari Ahad bagi menghormati hari Israk Mikraj yang jatuh pada 18 Februari (Sabtu).  




Pada acara tersebut telah dimulakan dengan persembahan Tari Jelapang daripada kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah sebelum dihiburkan oleh persembahan dari barisan artis popular seperti Exists, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Aishah, Khai Bahar, Nabila Razali, Zulhadi, Syameer Azmi, Aqeesh Aleeya, Aiman Zaidi, Wani Annuar, Heedan Mohd dan Danial Kifli. 





Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, pihak mereka bersyukur atas sambutan luar biasa daripada peminat, sekali gus mencatatkan jumlah paling ramai sejak penganjuran siri Jelajah Suria.




Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 150,000 tontonan sepanjang acara berlangsung.

“Terima kasih kepada semua peminat Suria FM di utara yang hadir memeriahkan konsert Jelajah Suria yang berlangsung pada Ahad lalu. Buat warga Kuantan, semua dijemput hadir kerana banyak kejutan yang menanti anda di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection pada Sabtu ini”, kongsi DJ Lin.


Jelajah Suria Anggun Cotton Collection  bagi lokasi ketiga akan berkunjung ke Kuantan City Mall, Pahang pada 25 Februari (Sabtu)  dengan membariskan lebih sepuluh artis popular tanah air seperti Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Zulhadi, Syameer Azmi, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Azan Scan, Amad Fadlin, Talissya, Heedan Mohd, Rief Danial dan ramai lagi. 




Menariknya lagi,  pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM 100 yang dijual di booth Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung, juga menangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas.


Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia 
Youtube: SuriaTV 

No comments: