Total Pageviews

DJ Lin Menang Lagi! Sandang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Kali Keempat

Hikmah menunaikan ibadah Umrah ketika itu, penyampai radio popular yang juga Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya memenangi pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.



Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini. 

Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini. Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” ujarnya.

Anugerah ini merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.

Buat peminat setia Suria Cinta bersama DJ Lin, jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM 24,000 menerusi peraduan #LaguCintaGlowBetty bermula 6 Mei 2024, 8 malam hingga 1 pagi.


Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

No comments: