Total Pageviews

Gurindam Aidilfitri: Lagu Raya Baru Suria FM Memang Layan!

Kalau korang tengah cari lagu raya yang best untuk dilayan,  “Gurindam Aidilfitri” dari Suria FM dengan kolaborasi Toyota antara yang patut masuk dalam playlist korang. 



Officially launch pada 9 Mac 2026, lagu ini memang vibe dia agak unik dengan campur elemen tradisional sertasentuhan moden, tapi still kekalkan feel raya yang nostalgic. Dengar sekali terus rasa nak balik kampung. 

Yang lagi best, lagu ini bukan penyanyi biasa, tapi dinyanyikan sendiri oleh geng penyampai Suria FM macam Fad Bocey, Ajak Shiro, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin.

Vibe Lagu: Modern dan Tradisional, Memang Ngam Raya

Dari segi produksi, lagu ni diterbitkan oleh Lsandbeats Legacy dengan komposer Luca Sickta dan Nazif Analog. Lirik pula ditulis bersama  B-Heart.

Apa yang buat lagu ini sedap didengari, dia tak terlalu heavy, tak terlalu klasik. Balance. Sesuai untuk semua peringkat umur. Dari budak kecil sampai mak ayah pun boleh layan.

MV Penuh Feel Raya Yang Kita Rindu



MV dia pun bukan biasa-biasa. Banyak scene yang memang relatable: 

- Scene salam & minta maaf pagi raya  
- Balik kampung jumpa family  
- Makan juadah raya sama-sama  
- Gelak ketawa dengan kawan-kawan  

Semua elemen ini memang highlight satu benda kebersamaan & kemaafan.

Lagi satu, dalam MV ini korang boleh nampak beberapa model kereta dari Toyota yang bagi vibe “balik kampung dengan selesa”. Memang kena dengan tema raya.

Siap Ada Dance Challenge Lagi!

Tak cukup dengan lagu & MV, Suria FM turut melancarkan launch sekali “Gurindam Aidilfitri Dance Challenge”.

Hadiah dia pun bukan kecil:

- Tempat Pertama – RM1,500  
- Tempat Kedua – RM1,000  
- Tempat Ketiga – RM500  

Total boleh menang sampai RM3,000.

Konsep dia simple sahaja! Ikut step tarian dalam MV tersebut. Lagi ramai join, lagi havoc. Memang sesuai buat content TikTok / Reels.

Kalau nak layan MV penuh, boleh terus tengok dekat YouTube rasmi Suria Malaysia. Nak join challenge atau tengok update, just follow social media diorang.


No comments: