Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Betul ke Media dan selebriti turun ke bendang ?



Kalau nak tahu , baca sampai habis ya ! 

Baru - baru ini, Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bersama media dan selebriti di Sekinchan dan Homestay Sg Hj Dorani bagi menaikkan lagi nama negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 .

 Untuk pengetahuan korang, sempena lawatan kami ke sini, Adun Sekinchan,  yang terkenal dengan trademark Oppa Sekinchan Style, YB Tuan Ng Suee Lim telah turun padang  dan siapa sangka Yb sendiri bertindak sebagai Tourist Guide kami. 






Orangnya yang agak peramah dan kelakar membuatkan perjalanan kami sentiasa dipenuhi gelak tawa. Selain para media, trip kami juga disertai oleh dua orang selebriti iaitu Talha Harith dan juga Kay AF9 .


Siapa cakap Malaysia ni tak ada tempat yang menarik ? Buktinya adalah Sekinchan, Selangor. Perjalanan kami bermula dengan singgah ke Pantai Redang, Bagan Sekinchan. Menurut YB Ng, antara tarikan utama disini adalah Pondok Pemandangan ini dimana pondok pemandangan ini sangat terkenal dan unik sehingga para pelancong dalam dan luar negara tak lepaskan peluang untuk datang ke sini. 


aksi YB Ng yang bersahaja, sporting habis !

pondok yang terkenal di kalangan pelancong


Seterusnya kami ke Kilang Beras yang agak terkenal di negeri Selangor. Disini kami telah diberi sedikit penerangan bagaimana sistem penghasilan beras dulu dan sekarang berfungsi. Selain itu juga kami sempat merasa sendiri beberapa produk disini antaranya keropok yang berasaskan beras. Sedap gilos ! Korang wajib datang sini dan mencubanya. 



antara produk yang dipasarkan 






Selesai kami di Kilang Beras, YB Ng telah membawa kami ke perkampungan berhampiran. Disini terdapat banyak kebun buah dan menjadi tarikan di sini adalah Mango King. Tidak hairanlah terdapat banyak kebun buah sebab menurut YB Ng, Sekinchan juga bermaksud tanah yang subur.





tengoklah saiz mango king yang luar biasa ni 

 Para pelancong yang datang pasti tak akan lepaskan peluang merasai sendiri kemanisan dan saiznya yang agak besar dari mangga biasa. Kami sendiri sempat membeli Mango King sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. 

Dah puas berjalan sekitar Sekinchan, seterusnya kami ke Restoran Lembah Bernam. Tarikan mengenai restoran ini adalah dimana mereka menyediakan makanan eksotik seperti landak dan rusa.





 Untuk menu kami, Restoran Lembah Bernam telah menyediakan Gulai Rusa, Rendang Landak , Masak Lemak Ikan Baung , Ayam Kampung Goreng , Udang Galah  Sambal , Tempoyak serta ulam - ulaman. Memang terangkat habis selera kami tengahari itu. 

Malah ini adalah pengalaman pertama kami mencuba sendiri rasa landak dan rusa. Memang unik dan sedap ! Korang patut rasa sendiri disini sebab ramai orang termasuk pegawai kerajaan akan kesini semata - mata untuk merasai keunikan makanan eksotik.




Destinasi terakhir kami adalah di Homestay Sg Hj Dorani Sabak Bernam. Uniknya mengenai homestay ini adalah pemandangannya yang menangkap kalbu membuatkan setiap yang datang pasti tak akan ingat untuk balik. Mana taknya homestay ini dikelilingi oleh sawah padi serta suasana kampung yang agak menarik.





 Tak hairanlah banyak penggambaran telah dilakukan disini sehingga menjadikan homestay ini adalah salah satu homestay yang terkenal di Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga , video klip Anak Kampung - One Nation Emcees dan Jimmy Palikat turut dibuat disini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan buat mereka yang datang kesini antaranya mencanting batik , membuat kuih bahulu secara tradisional, menggagau ikan dan banyak lagi.


 Sebelum : bukan main tekun Talha mewarnakan batik
selepas : Hasil karya Talha , berbakat weh 


bahulu kumpulan kami , kumpulan 4 . 




Kumpulan 4 yang muncul juara buat bahulu ! 

 Kami turut mencuba kesemua aktiviti ini dan merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan. Paling seronok bila menggagau ikan, macam - macam ragam dapat dilihat. Kumpulan kami berjaya menangkap 19 ekor ikan keli. 










 Hasilnya kumpulan kami, kumpulan 4 telah muncul bagi juara keseluruhan .Terbaik! Selain itu, sempat juga kami mandi dalam tali air berdekatan, memang kelakar habis ! Satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila - bila. 



Sebagai penutup, sekalung tahniah dan terima kasih kepada Tourism Selangor kerana  menganjurkan program sebegini. Apa yang pasti program seperti ini dapat menarik minat lagi ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk melancong di dalam negara kita. "Pergilah Melancong, Segalanya ada disini !" #TMM2014 #VMY2014

kredit, gambar dan lagi cerita disini : 

Tourism Selangor 
Majalah Libur
Shahful Shahfiq 
Eazy Izzudin
Lia Omey 
Illa Shahanila
Maryam Assideeqah
Huzairie Yahya 

p/s : YB Ng siap buat gambar kiteorang jadi Header Timeline dia lagi kekeke 

MEDIA DAN SELEBRITI TURUN KE BENDANG !

by on 10.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Betul ke Media dan selebriti turun ke bendang ? Kalau nak tahu , baca sampai h...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ~!

Entry hari ini nak share satu lagi resipi yang simple gilos orang bujang. Selalunya simple gilos ini resipi main campur dan 'campak' je. Resipi ini sesuai sangat untuk orang yang diet ! 

Korang cuma perlukan :



  • 1 keping capati / roti pita / yang bersesuaian. Roti wholemeal pun boleh !
  • 1 keping daging burger dihancurkan / daging kisar 
  • Salad / tomato / sayur pilihan korang 
  • bawang putih / bawang besar
  • sedikit chives
  • sos bbq untuk perasa / sos pilihan korang 
  • mayonis
  • sos cili
haa itu je bahan dia ! kalau korang kreatif boleh perasakan daging korang. macam letak serbuk kari ke atau apa - apa perasa pilihan korang.

Cara dia, pertama sekali korang mesti masak capati tu bagi masak. Sebenarnya guna roti pita lagi best tapi memandangkan dekat rumah ni ada capati je, jadi kita olahkan dia . 


*mohon abaikan keadaan kuali* 


Lepas tu, panaskan minyak bersama - sama bawang putih. dah nampak garing, korang masukkan daging burger yang dihancurkan dan masak sampai garing. kalau korang perasan, minyak tak nampak sangat kan? sebabnya aku tak suka minyak, jadi aku letak cukup untuk panaskan kuali je. 

Dah nampak garing, masukkan sos bbq dan masak untuk seketika. Ingat jangan bagi hangit nanti rasa dia hilang. 


Dah masak semua, hiaskan ikut kreativiti korang seperti masukkan salad , chives, sos cili dan sebagainya, untuk yang diet, mayonis tu kalau nak masukkan, letak sikit je.



 buat siapa yang suka pedas tahap ekstrem tu boleh campurkan serbuk cili / chilli flakes . Last sekali, lipatkan dia untuk dia mesra alam. kehkehkeh. 




Dah siap ! Capati Daging BBQ sedia untuk dimakan. Jemput semua ! :) 

p /s : jarang makan nasi sekarang ni. 

CAPATI DAGING BBQ

by on 6.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ~! Entry hari ini nak share satu lagi resipi yang simple gilos orang bujang. Selalun...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Car Stickers Malaysia merupakan kumpulan syarikat yang menghasilkan pelekat atau sticker untuk kenderaan ready made dan costume made . 



Jadi buat korang yang nak buat pelekat kenderaan sendiri boleh buat tempahan sekarang di Car Stickers Malaysia ! 

Untuk pengetahuan korang, Car Stickers Malaysia merupakan salah seorang penaja yang menjayakan program #BlooggersTV bersama - sama #VideoBrosur . 

Terima kasih Car Stickers Malaysia ! Tak rugi kalau korang buat tempahan dengan dorang sebab tempahan boleh dibuat melalui online , sangat fleksible ! 



Ditambah pulak, pelekat mereka sangat berkualiti , ternyata sangat berbaloi . Buktinya korang boleh tengok pada pelekat kenderaan yang dibuat khas untuk para Blooggers .



 Cantik , kemas dan berkualiti ! Terdapat banyak jenis rekaan boleh direka atas permintaan pelanggan. 





 Buat korang yang berminat , boleh singgah ke page mereka atau hubungi mereka seperti nombor yang tertera. 


p /s : kualiti sangat bagus :) 

CAR STICKERS MALAYSIA

by on 28.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Car Stickers Malaysia merupakan kumpulan syarikat yang menghasilkan pelekat atau sti...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Ada peminat masakan arab di sini ? kalau ada mohon angkat tangan ! 



Buat peminat tegar masakan arab , apa kata korang singgah di Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya , Shah Alam . Boleh kata korang dapat 'feel' di Arab dekat sini dengan dekoratif dan konsep hidangan dia. 






Menu utama disini adalah hidangan Nasi Arab seperti Nasi Mandy ,Kabsah, Maqlubah dan dihidangkan bersama pilihan ayam, kambing atau pun puyuh. Uniknya disini, kalau korang datang bersama ahli keluarga atau kenalan rapat, korang boleh membuat pilihan untuk mengambil set hidangan dulang.





 Seperti yang kita tahu kalau set hidangan dulang ni dalam dulang tersebut akan ada nasi bersama - sama lauk pilihan. sunnah nabi tahu ! 

Untuk hidangan malam tu, kami mencuba Nasi Mandy dan Nasi Maqlubah bersama - sama pilihan kambing dan juga ayam. oh yer untuk setiap hidangan juga didatangkan bersama sup panas, sos buatan sendiri dan acar sayur. Untuk minuman pula aku sempat mencuba jus kurma . terbaik ! 




Harga makanan pula disini boleh dikatakan berbaloi dengan makanannya. tak hairanlah restoran ini sentiasa dikunjungi orang ramai. 

Buat yang ingin mencuba dan membuat tempahan bolehlah hubungi alamat yang tertera di bawah. Selamat Mencuba ! 

Restoran Aroma Hijrah
No 6 & 8 , Jalan Opera H, Seksyen U2,TTDI Jaya,Shah Alam. 
www.facebook.com/aroma.hijrah
03-78321524 / 012-6644639 ( Rohani ) 


p /s : masih teringat kelembutan daging masakannya 

HIDANGAN NASI ARAB DI RESTORAN AROMA HIJRAH

by on 25.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Ada peminat masakan arab di sini ? kalau ada mohon angkat tangan !  Buat pemin...