Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !



Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, kali ini Khai akan berkongsi lagi cerita mengenai Hotel Murah Di Kuala Terengganu iaitu Sumai Apartment Hotel



Baru - baru ini , Khai bersama- sama 9 orang blogger dan photographer telah dijemput khas untuk merasai sendiri pengalaman berada di Sumai Apartment Hotel dan Kuala Terengganu.



Mesti korang tertanya - tanya kenapa namanya Sumai Apartment Hotel ? Untuk pengetahuan Sumai ini adalah merupakan gabungan nama Sulaiman Mahyudin yang merupakan pengusaha hotel ini dan Apartment Hotel pula merupakan konsep kediaman yang diamalkan. Pengusaha hotel ini merupakan orang melayu dan anak jati terengganu ! 

Pertama kali ke  Sumai Apartment Hotel ni, terdetik dalam hati ini Hotel ke Rumah sendiri, sebab suasana di sini macam rumah sendiri , sangat selesa sehingga percutian 3 hari kami disini terasa seperti baru sahaja menjejakkan kaki. Dengan nikmat bayu laut, membuatkan kami berasa terleka sebentar.



Di kesempatan ini Khai nak berkongsi dengan korang, info menarik mengenai Sumai Apartment Hotel yang dikatakan Hotel Murah Di Kuala Terengganu

  • Terletak di kawasan strategik iaitu berhampiran Pantai Batu Burok , Pusat kerajaan, Lapangan Terbang dan tempat - tempat menarik 
  • Mengamalkan konsep apartment. Sesuai untuk mereka yang bekeluarga . 
  • Merancang untuk berbulan madu ? Jangan risau Sumai Apartment Hotel menyediakan pakej yang sesuai! 
  • Kemudahan hotel yang lengkap seperti kemudahan Wi-Fi, Rest N' Go, Service driver , Swimming Pool , Parking dengan Kawalan keselamatan 24 Jam dan banyak lagi .
Mengenai pakej bilik dan apartment pula, antara pakej yang disediakan adalah 

STUDIO ROOM

1 Bilik Tidur+1 Bilik Air+Ruang Tamu+Writing Table
SUITE ROOM


1 Bilik tidur (2 Katil)+1 Bilik Air+Writing Table
STANDARD APARTMENT
2 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Makan+Balkoni
SUPERIOR APARTMENT



4 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Tamu+Meja Makan
HARGA ISTIMEWA UNTUK PEMBACA BLOG BUDAK PACAK ! 

Bersempena kunjungan kami ke Kuala Terengganu , pihak Sumai Apartment Hotel telah menawarkan harga istimewa khas untuk pembaca Blog Budak Pacak hanya untuk masa terhad ! 



Tunggu apa lagi ? Tempahlah sekarang ! Percutian korang dalam keadaan gembira dan selesa hanya di Sumai Apartment Hotel !  

Review Budak Pacak 

Konsep : ****
Kekemasan dan dekoratif : ****
Front table / Information Counter : *****
Kemudahan : *****
Harga : *****

Petunjuk 

***** - Sangat Baik
**** - Berbaloi
*** - Memuaskan
** - Baik
* - Kurang Baik

kredit  - Terbaek network & Dunia Farisya 

p /s : teringat layanan 5 bintang kakitangan Sumai Apartment Hotel , Hotel Murah di Kuala Terengganu

HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU

by on 30.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, kali ini Khai akan berkongsi lagi cerita m...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 

Nak bercuti di Negeri Terengganu ? Tak tahu lokasi hotel berhampiran tempat menarik ? Tak tahu hotel yang murah ? 

Sumai Hotel Apartment adalah jawapannya !




Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014 #TMM2014  semakin hampir tiba. Dan yang pasti korang pasti tak nak lepaskan peluang  mencari tempat menginap untuk bercuti bersama keluarga atau kawan - kawan bukan ?

Percaya atau  tidak dengan bajet mampu milik , korang berupaya untuk menginap di bilik yang tip - top. tak percaya mohon scroll gambar di bawah ye





Alhamdulillah , pada 21 Disember ini , bersama - sama lagi 9 orang blogger kami akan bertandang ke Kuala Terengganu dan kesemuanya ditanggung oleh pihak Sumai Hotel. Terima kasih Sumai Apartment Hotel dan Blooggers Dot Com

Yang paling tak sabar adalah mengenai Sumai Apartment Hotel sendiri. Terdapat banyak keistimewaan dia. gambar di atas baru promo. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena kenalah follow next entry okay.




Selain itu , dengar cerita Negeri Terengganu kaya dengan khazanah warisan dan budayanya. Tak sabar betul nak review negeri Terengganu, Kalau ada pembaca anak jati Terengganu, bolehlah roger - roger manalah tahu boleh juga korang tunjukkan tempat yang menarik

Jangan lupa untuk follow sosial media  Khai serta kawan - kawan yang lain dalam perjalanan 3 Hari 2 Malam kami di Kuala Terengganu ! 

Instagram : khaiartzfar
Twitter : @KhaiArtzfar
Facebook : KhaiArtzfar 



p / s :I Love Malaysia 

HOTEL APARTMENT MURAH DI KUALA TERENGGANU

by on 19.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .  Nak bercuti di Negeri Terengganu ? Tak tahu lokasi hotel berhampiran tempat menarik ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !




Berkenaan tajuk di atas bukan niat aku untuk memperlekehkan tugas seorang pemandu teksi, cuma satu perkongsian untuk korang semua supaya lebih berhati - hati 

#Situasi 1

Pemandu Teksi : Adik tengah cuti semester ke? 

Wanita A : Yer pakcik

Pemandu Teksi : Takde boyfriend ke? Kalau jumpa boyfriend ni boleh juga lepak, ci*m - ci*m kan ?

Wanita A : *speechless*

Pemandu Teksi : Pakcik nak share pasal tips jaga suami nih. adik bera*r tak bila dengar nih ? 


#Situasi 2

Pelajar A : Pakcik boleh tak tolong hantarkan ke  Apartment C ?

Pemandu Teksi :  Aku penat kau cari orang lain. 


#Situasi 3

Pelajar B : Pakcik, kami  nak ke Apartment B,berapa yer tambang kami? 

Pemandu Teksi :  sorang RM 7. ( Jaraknya tak sampai 5km pun ) 

Kesemua situasi di atas berlaku di Batu 3 Shah Alam. Bukanlah aku nak kata semua teksi disitu perangai sama macam di atas, tapi bak kata pepatah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. 

Sepatutnya sebagai seorang pemandu teksi yang diberi kepercayaan , kenalah jalankan tugas dengan jujur dan jangan sesekali ambil kesempatan atas pengguna. #Situasi 1 tu dah terjadi beberapa kali, kalau dibiarkan buruk imej negara weh. Bahaya terutama untuk mereka yang bergelar wanita. 

Berkenaan #Situasi 2 dan 3, yang ni sangatlah mengecewakan terutama bagi pelajar. Sepatutnya sikap pemandu teksi ni kenalah berhemah dan berbudi bahasa. Ini tidak, dahlah tak reti nak berbudi bahasa tak nak cakap elok - elok, siap nak kenakan harga tinggi lagi dekat pelajar. masuk akal ke untuk ke tempat yang sama tak sampai 5km dikenakan harga RM 21 untuk satu teksi? 

kepada korang diluar sana kalau ada masalah dengan pengangkutan awam di negara kita boleh adukan pada SPAD

Renung - renungkan....

p / s : dah serik naik teksi. pernah kena tipu sampai RM50 

PERKHIDMATAN TEKSI BATU 3 SHAH ALAM MELAMPAU !

by on 12.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Berkenaan tajuk di atas bukan niat aku untuk memperlekehkan tugas seorang pemandu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Betul ke Media dan selebriti turun ke bendang ?



Kalau nak tahu , baca sampai habis ya ! 

Baru - baru ini, Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bersama media dan selebriti di Sekinchan dan Homestay Sg Hj Dorani bagi menaikkan lagi nama negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 .

 Untuk pengetahuan korang, sempena lawatan kami ke sini, Adun Sekinchan,  yang terkenal dengan trademark Oppa Sekinchan Style, YB Tuan Ng Suee Lim telah turun padang  dan siapa sangka Yb sendiri bertindak sebagai Tourist Guide kami. 






Orangnya yang agak peramah dan kelakar membuatkan perjalanan kami sentiasa dipenuhi gelak tawa. Selain para media, trip kami juga disertai oleh dua orang selebriti iaitu Talha Harith dan juga Kay AF9 .


Siapa cakap Malaysia ni tak ada tempat yang menarik ? Buktinya adalah Sekinchan, Selangor. Perjalanan kami bermula dengan singgah ke Pantai Redang, Bagan Sekinchan. Menurut YB Ng, antara tarikan utama disini adalah Pondok Pemandangan ini dimana pondok pemandangan ini sangat terkenal dan unik sehingga para pelancong dalam dan luar negara tak lepaskan peluang untuk datang ke sini. 


aksi YB Ng yang bersahaja, sporting habis !

pondok yang terkenal di kalangan pelancong


Seterusnya kami ke Kilang Beras yang agak terkenal di negeri Selangor. Disini kami telah diberi sedikit penerangan bagaimana sistem penghasilan beras dulu dan sekarang berfungsi. Selain itu juga kami sempat merasa sendiri beberapa produk disini antaranya keropok yang berasaskan beras. Sedap gilos ! Korang wajib datang sini dan mencubanya. 



antara produk yang dipasarkan 






Selesai kami di Kilang Beras, YB Ng telah membawa kami ke perkampungan berhampiran. Disini terdapat banyak kebun buah dan menjadi tarikan di sini adalah Mango King. Tidak hairanlah terdapat banyak kebun buah sebab menurut YB Ng, Sekinchan juga bermaksud tanah yang subur.





tengoklah saiz mango king yang luar biasa ni 

 Para pelancong yang datang pasti tak akan lepaskan peluang merasai sendiri kemanisan dan saiznya yang agak besar dari mangga biasa. Kami sendiri sempat membeli Mango King sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. 

Dah puas berjalan sekitar Sekinchan, seterusnya kami ke Restoran Lembah Bernam. Tarikan mengenai restoran ini adalah dimana mereka menyediakan makanan eksotik seperti landak dan rusa.





 Untuk menu kami, Restoran Lembah Bernam telah menyediakan Gulai Rusa, Rendang Landak , Masak Lemak Ikan Baung , Ayam Kampung Goreng , Udang Galah  Sambal , Tempoyak serta ulam - ulaman. Memang terangkat habis selera kami tengahari itu. 

Malah ini adalah pengalaman pertama kami mencuba sendiri rasa landak dan rusa. Memang unik dan sedap ! Korang patut rasa sendiri disini sebab ramai orang termasuk pegawai kerajaan akan kesini semata - mata untuk merasai keunikan makanan eksotik.




Destinasi terakhir kami adalah di Homestay Sg Hj Dorani Sabak Bernam. Uniknya mengenai homestay ini adalah pemandangannya yang menangkap kalbu membuatkan setiap yang datang pasti tak akan ingat untuk balik. Mana taknya homestay ini dikelilingi oleh sawah padi serta suasana kampung yang agak menarik.





 Tak hairanlah banyak penggambaran telah dilakukan disini sehingga menjadikan homestay ini adalah salah satu homestay yang terkenal di Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga , video klip Anak Kampung - One Nation Emcees dan Jimmy Palikat turut dibuat disini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan buat mereka yang datang kesini antaranya mencanting batik , membuat kuih bahulu secara tradisional, menggagau ikan dan banyak lagi.


 Sebelum : bukan main tekun Talha mewarnakan batik
selepas : Hasil karya Talha , berbakat weh 


bahulu kumpulan kami , kumpulan 4 . 




Kumpulan 4 yang muncul juara buat bahulu ! 

 Kami turut mencuba kesemua aktiviti ini dan merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan. Paling seronok bila menggagau ikan, macam - macam ragam dapat dilihat. Kumpulan kami berjaya menangkap 19 ekor ikan keli. 










 Hasilnya kumpulan kami, kumpulan 4 telah muncul bagi juara keseluruhan .Terbaik! Selain itu, sempat juga kami mandi dalam tali air berdekatan, memang kelakar habis ! Satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila - bila. 



Sebagai penutup, sekalung tahniah dan terima kasih kepada Tourism Selangor kerana  menganjurkan program sebegini. Apa yang pasti program seperti ini dapat menarik minat lagi ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk melancong di dalam negara kita. "Pergilah Melancong, Segalanya ada disini !" #TMM2014 #VMY2014

kredit, gambar dan lagi cerita disini : 

Tourism Selangor 
Majalah Libur
Shahful Shahfiq 
Eazy Izzudin
Lia Omey 
Illa Shahanila
Maryam Assideeqah
Huzairie Yahya 

p/s : YB Ng siap buat gambar kiteorang jadi Header Timeline dia lagi kekeke 

MEDIA DAN SELEBRITI TURUN KE BENDANG !

by on 10.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Betul ke Media dan selebriti turun ke bendang ? Kalau nak tahu , baca sampai h...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ~!

Entry hari ini nak share satu lagi resipi yang simple gilos orang bujang. Selalunya simple gilos ini resipi main campur dan 'campak' je. Resipi ini sesuai sangat untuk orang yang diet ! 

Korang cuma perlukan :



  • 1 keping capati / roti pita / yang bersesuaian. Roti wholemeal pun boleh !
  • 1 keping daging burger dihancurkan / daging kisar 
  • Salad / tomato / sayur pilihan korang 
  • bawang putih / bawang besar
  • sedikit chives
  • sos bbq untuk perasa / sos pilihan korang 
  • mayonis
  • sos cili
haa itu je bahan dia ! kalau korang kreatif boleh perasakan daging korang. macam letak serbuk kari ke atau apa - apa perasa pilihan korang.

Cara dia, pertama sekali korang mesti masak capati tu bagi masak. Sebenarnya guna roti pita lagi best tapi memandangkan dekat rumah ni ada capati je, jadi kita olahkan dia . 


*mohon abaikan keadaan kuali* 


Lepas tu, panaskan minyak bersama - sama bawang putih. dah nampak garing, korang masukkan daging burger yang dihancurkan dan masak sampai garing. kalau korang perasan, minyak tak nampak sangat kan? sebabnya aku tak suka minyak, jadi aku letak cukup untuk panaskan kuali je. 

Dah nampak garing, masukkan sos bbq dan masak untuk seketika. Ingat jangan bagi hangit nanti rasa dia hilang. 


Dah masak semua, hiaskan ikut kreativiti korang seperti masukkan salad , chives, sos cili dan sebagainya, untuk yang diet, mayonis tu kalau nak masukkan, letak sikit je.



 buat siapa yang suka pedas tahap ekstrem tu boleh campurkan serbuk cili / chilli flakes . Last sekali, lipatkan dia untuk dia mesra alam. kehkehkeh. 




Dah siap ! Capati Daging BBQ sedia untuk dimakan. Jemput semua ! :) 

p /s : jarang makan nasi sekarang ni. 

CAPATI DAGING BBQ

by on 6.12.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ~! Entry hari ini nak share satu lagi resipi yang simple gilos orang bujang. Selalun...