Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Belvya Scrub untuk kurus dengan mudah . Mesti ramai yang tercari - cari macam mana nak kurus dengan mudah tetapi  risau sebab pada masa yang sama tabiat suka makan susah untuk dibuang . Jangan risau dengan Belvya Scrub , korang boleh atasi masalah gemuk ini  

Serius cakap , bila korang pakai produk ni dalam masa seminggu dah boleh nampak hasilnya. Fungsi produk Belvya Scrub ini pelbagai dan menariknya korang tak perlu risau mengenai kesahihannya kerana Belvya Scrub merupakan produk kelulusan KKM dan merupakan produk kurus yang selamat. Sebabnya dah nama pun scrub kan ? Jadi dengan Belvya Scrub ini korang cuma perlu sapu ke beberapa bahagian badan.





 Sesetengah produk kesihatan cara pengambilannya adalah pil jadi was - was      bukan ? Dengan Belvya Scrub ini korang boleh pakai dengan tenang dan selesa .Bagi mereka yang ada masalah selulit pula  , Belvya Scrub juga berfungsi sebagai ubat selulit. 

Sebenarnya Khai sendiri turut mencuba produk ini. Haa siapa cakap produk ini untuk perempuan saja ? Untuk pengetahuan , Belvya Scrub merupakan produk untuk lelaki dan perempuan juga merupakan produk halal dan selamat !




Sejak kebelakangan ni sibuk dengan event sana sini , merempit pula tu, muka memang sunburn habis ! Khai cuba pakai Belvya Scrub ni , tak sangka muka dah cerah sikit demi sedikit. 




Dipendekkan cerita , khai boleh cakap produk ini merupakan produk cerahkan kulit terbaik . Bukan itu saja , kawan - kawan pun ada tegur dagu makin runcing. Bila Khai tanya balik kawan - kawan yang pakai Belvya Scrub ni, dorang cakap memang salah satu fungsi produk ini untuk runcingkan muka dan  membantu mereka yang mempunyai masalah kulit kendur. 

Dekat sini , Khai nak kongsi tips cara nak runcingkan muka menggunakan Belvya Scrub yang turut berfungsi sebagai ubat jerawat

  1. Gunakan sebelum mandi 
  2. Sapukan ke bahagian muka atau bahagian badan yang bermasalah
  3. Sapukan mengikut arah lawan jam
  4. Ingat ! Jangan salah sapu . Gemuk seluruh badan tak semestinya lemak. Nanti tak pasal membazir je 


Belvya Scrub ini bau dia wangi macam sabun dan berfungsi sebagai penghilang bau badan bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan

Jadi buat korang yang nak badan kurus dan  masih lagi mencari produk untuk perut buncit yang sesuai , Belvya Scrub adalah jawapannya .




Kalau berminat untuk membuat pesanan dan nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Belvya Scrub  ini , bolehlah ke page N and N Mini Shop dan butiran berikut 

N AND N MINI SHOP ( STOKIST MELAKA AND JOHOR )

Yan   Yang pasti Belvya Scrub merupakan produk kurus yang murah dan selamat. Dapatkan sekarang !


p / s : rasa fresh je bila pakai 

Belvya Scrub Untuk Kurus Dengan Mudah

by on 7.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Belvya Scrub untuk kurus dengan mudah . Mesti ramai yang tercari - cari macam mana nak   kuru...
Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Bermula dengan RM 1 siapa sangka seorang remaja kampung berjaya mengubah nasib hidupnya. Muhammad Zukermi Edi atau lebih mesra dikenali sebagai Zukermi merupakan pengasas dan pemilik kepada MZ Secret Soap 


Mesti ada yang berprasangka dengan RM 1 mampu ke jadi jutawan ? nak beli aiskrim pun belum tentu lepas, ada hati nak kaya  ? sabar dulu kawan- kawan, saudara Zakermi telah membuktikan sesuatu. nak tau bagaimana, baca sampai habis ya ! 

Siapa sangka Jutawan muda ini berjaya dalam empayar perniagaan hanya bermodalkan RM 1. Mesti ramai yang tak percaya bukan?  Dalam wawancara bersama utusan baru-baru ini beliau telah membuka rahsia untuk kaya

baki dalam RM 1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun facebook
ternyata saudara Zukemi telah membuktikan kejayaan untuk kaya dengan mudah. Bermula dengan RM 1 beliau berjaya mendatangkan pulangan yang besar sehingga keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.


 Usahawan muda ini turut melakar sejarah pada 2013 beliau telah berjaya melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn Bhd   miliknya 

Menyasarkan 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia untuk berniaga atas talian, Usahawan muda yang menjadikan Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukannya ini turut menjadikan masyarakat diluar sana sebagai sasaran menarik mereka untuk berjaya seperti beliau. 

Terkini, tirai 2014 bakal menyaksikan kejayaan lain dimana syarikat beliau akan melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri. 

Dengan produk terbaru ini, satu lagi impak besar dan saingan bakal dibawa oleh Zukermi melalui syarikatnya kerana produk terbaru ini dipercayai dapat menyaingi pesaing lain. 

Jutawan muda ini berjaya membuka mata sesetengah pihak yang menjadikan kekangan hidup mereka sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Walaupun tanpa pengalaman, Zakermi telah berjaya membuka mata ramai pihak untuk terus usaha sehingga berjaya. Kejayaan beliau membuktikan tiada apa yang mustahil untuk merealisasikan impian. daripada anak muda yang serba kekurangan kini beliau tampil sebagai seorang yang dihormati. 

Kisah kejayaan ini telah menjadikan Zukermi sebagai ikon anak muda untuk berjaya dalam sektor perniagaan. Syabas dan semoga berjaya diucapkan ! 

p/s : usaha tangga kejayaan :) 





Jutawan Remaja

by on 6.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera!  Bermula dengan RM 1 siapa sangka seorang remaja kampung berjaya mengubah nasib hidupnya. Muhamma...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Korang blogger ? Dah lama tak join gathering blogger ? Inilah masanya ! Kerana pada 8 Mac 2014 akan diadakan Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014#SBB2014 #SBBYEOS2014 di Saloma Bistro Kuala Lumpur. 


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 

  Majlis yang dianjurkan oleh Denaihati Network ini bertujuan untuk mengumpukan seramai yang mungkin para blogger Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei , Singapura ,Indonesia dan lain - lain lagi.

 Bukan itu saja, sepanjang perjumpaan tersebut akan diadakan cabutan bertuah dimana hadiah - hadiah tersebut sangat dinantikan - nantikan oleh jemputan seperti iPhone 5s , iPad Mini , Garmin Navigation System dan banyak lagi ! 





Tahun ini juga menyaksikan Yeos menjadi penaja rasmi bagi #SBB2014 #SBBYEOS2014 .Dengar cerita blogger - blogger terkemuka turut turun padang bagi mengisi slot perkongsian ilmu khas untuk perjumpaan itu nanti 





Buat korang yang berminat, bolehlah mendaftar sebanyak RM 20 di laman web rasmi #SBB2014 #SBBYEOS2014 bagi melayakkan korang sertai perjumpaan ini dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah tersebut.

Bayaran tersebut merangkumi T- Shirt , Buku dan banyak lagi. Bagi Khai ianya sangat berbaloi kerana perjumpaan seperti ini jarang diadakan malah kadang - kadang tak berpeluang langsung untuk sertainya 




Bagi yang berminat, Khai nasihatkan baik daftar sekarang kerana tempat adalah terhad ! Oh ya disana nanti sediakan banyak - banyak business card korang kerana inilah masa untuk kenalkan identiti korang kehkehkeh. Khai dah daftar, korang bila lagi ? 

p /s : partime blogger tapi disebalik itu ada yang kerja cikgu, doktor, askar :) 

Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos 2014

by on 4.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Korang blogger ? Dah lama tak join gathering blogger ? Inilah masanya ! Kerana pada 8 M...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Entry kali ini, Khai nak kongsi cerita dan sebab di sebalik nama Blog Budak Pacak ni. Kalau tahun lepas , isu ini tak timbul lagi sehinggalah pertengahan tahun lepas dah mula jadi isu setiap kali pergi event atau jumpa dengan mana - mana kawan blogger .

Isu di sini bukanlah perkara yang besar kehkehkeh... cumanya jadi perbualan hangat di kalangan kawan - kawan . antara persoalan yang sering ditanya adalah " Kenapa budak pacak ? " "Apa kaitan budak pacak ?" " Mana budak pacak ? " 

Ceritanya , Khai letakkan nama blog ini sebagai Blog Budak Pacak disebabkan dari zaman sekolah sampailah pertengahan tahun 2013, identiti Khai lebih dikenali dengan seorang yang berambut pacak atau spiky.

header tahun 2010, tahun pertama menjadi blogger 2010


 Dari situlah Khai ambil ilham untuk letakkan nama blog sebagai Blog Budak Pacak. Kalau ke mana - mana pun orang akan tanya dan jawab " Khai yang mana ? , Alah yang rambut pacak tu " Eh sekejap kenapa terasa formal gila taip entry ni ? ok abaikan disitu ..

Jadi tahun 2013 , bila dah start mengajar, rambut ni kenalah turun, kengkonon nak tunjuk contoh yang baik depan anak murid. Rambut turun tu sekejap je , habis je waktu mengajar rambut naik balik . Sampailah satu hari nak dijadikan cerita, pergi mengajar tetapi silap , waktu tu tak perasan pergi gayakan rambut pacak. kedengaran dari tapak perhimpunan anak murid menjerit
" Perghh Cikgu Khairul macho , rambut pacak ooowh ! " Korang bayangkan Khai yang duduk di tingkat 2  boleh dengar apatah lagi siapa yang ada dekat tapak perhimpunan. Malu beb... 

yang menjerit dekat tapak perhimpunan barisan belakang , 3 dari kiri *sigh* -,-


Adalah sekali dua kena tegur dengan Guru Besar dan insiden rambut pacak tak habis dekat situ je. Keesokan harinya, masuk je kelas nak mengajar,  semua anak murid lelaki rambut dorang buat pacak. Bila Khai tegur dorang cakap
" Nak macho macam cikgu " Alahai bertuah punya anak murid, sebelum ni tak pernah - pernah dorang ke sekolah pakai minyak rambut kena pulak hari tu bergaya bukan main. siap tolong gayakan untuk kawan lagi kahkahkah... 



Bila dah lama - lama turunkan rambut mulalah rasa selesa, tambah pula kalau nak buat pacak atau spiky ni ambil masa yang lama. Tahun lepas juga menyaksikan rambut gaya David Beckham dan Wak Doyok menjadi pilihan dan bualan hangat  dan Khai pun tak terlepas mencuba gaya rambut tersebut. 

2014 

Ternyata lebih selesa, kemas dan senang dirapi bak kata Nora Danish
" Gunakan jari pun boleh " kehkehkeh... Jadi itulah ceritanya Blog Budak Pacak mendapat nama. Biarlah nama ni kekal , kata orang adalah sikit kenangan diri kita yang dulu kahkahkah...

p / s : lagi setahun setengah mengajar budak besar pulak. Lain ragamnyaa... 

Kenapa Budak Pacak ?

by on 2.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Entry kali ini, Khai nak kongsi cerita dan sebab di sebalik nama Blog Budak Pacak ni. K...
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Makhluk setinggi 23 Kaki menyerang Malaysia ? Biar Betul ? Nak tahu makhluk apa baca sampai habis ya !

Merujuk entry yang sebelum ini mengenai Soft Launch Transformers Expo , kali ini secara rasminya telah dilancarkan dan akan dibuka kepada orang ramai bermula pada 31 Januari ini sehingga 16 Februari 2014. 




Transformers Expo ini telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Mohammd Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama - sama Dato Sri Lee Choong Yan , President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia Berhad dan Mr Raymond Tew , Chief Executive Officer of Target Exposition Sdn Bhd 

Dijangkakan seramai 250 ribu orang dari seluruh Asia akan datang ke Resorts World Genting bagi mengalami sendiri pengalaman di dalam dunia Transformers.Terdapat 6 slot atau ruangan expo yang menunggu para pengunjung ! Antaranya adalah pameran lebih dari 1520 koleksi figura hasil daripada Malaysian Fans of Transformers yang menggelarkan diri mereka sebagai TransMy 










Ada peminat kereta disini ? Kenal si Kuning aka BumbleeBee ? Di ruangan ini para pengunjung boleh bergambar dengan robot BumbleeBee dan kereta Chevrolet Camaro . 



Bagi Khai sendiri , berada di dalam Chevrolet Camaro , yang berupaya berubah menjadi BumbleeBee di dalam filem Transformers tak akan dilupakan. Mana tak nya, kalau dulu hanya tengok dalam filem. 









sekarang dapat merasa sendiri berada dalam BumbleeBee. Silap tak de Megan fox je kalau tak dah lama berangan berlakon kehkehkeh.




 Selain Chevrolet Camaro , kereta - kereta dibawah jenama Chevrolet turut dipamerkan disini.



Seterusnya adalah War Zone ! Berjalan di dalam terowong 3D war zone ini pengalaman baru menanti para pengunjung. Di dalamnya terdapat banyak Transformers yang korang saksikan selain diiringi lagu - lagu di dalam filem dan animasi Transformers .

Menanti di zon seterusnya adalah Transformers Cybertron World. Disini Cybertron yang penuh dengan misteri dan kegelapan menanti ! 






3D Tunnel juga antara slot yang menarik dimana terowong ini  mengandungi 6 buah televisiyen 84 inci 4K Ultra Hd yang memaparkan aksi menarik di dalam filem Transformers selain di slot seterusnya, 3D Mapping dan Augmented Reality of the Cybertron World di dalam gaya yang interaktif dan memukau para pengunjung.


3D Mapping 

Di slot terakhir ini, makhluk setinggi 23 kaki dan 18 kaki menanti korang. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai Makhluk setinggi 23 Kaki ini adalah Optimus Prime manakala 18 kaki pula adalah ketinggian BumbleeBee , robot di dalam Filem Transformers .


Megah Berdiri Optimus Prime Setinggi 23 Kaki 

paras lutut BumbleeBee je LOL 




 Untuk pengetahuan korang robot - robot harganya menelan hampir 2 juta dan mereka kelihatan hidup seperti di dalam filem sehingga ada di antara robot ini tingginya hampir mencecah bumbung Arena of Stars Resorts World Genting. 




Jadi itulah tarikan di Transformers Expo yang terbesar di Asia. Untuk alami sendiri pengalaman bersama robot - robot kesayangan korang bolehlah berkunjung ke Resorts World Genting. 

Untuk harga tiket adalah seperti berikut : 

Kanak - kanak di bawah umur 3 Tahun : Percuma
Kanak - kanak berumur 4 sehingga 12 Tahun : RM 45
Dewasa : RM 55
Warga Emas yang berumur 60 Tahun ke atas : RM 45
Pakej Keluarga ( 2 Dewasa + 2 Kanak - kanak ) : RM 180 

untuk sebarang maklumat lanjut boleh lawati www.transformersmal.com.my atauwww.rwgenting.com 

p/s : dapat T-Shirt Transformers Glow In The Dark ! Thank You RWG 




MAKHLUK SETINGGI 23 KAKI MENYERANG MALAYSIA

by on 31.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Makhluk setinggi 23 Kaki menyerang Malaysia ? Biar Betul ? Nak tahu makhluk apa baca sampa...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Selalu kehabisan kredit ? Ingin hubungi orang tersayang yang berada di perantauan ? Memperkenalkan Voopee, satu - satunya perkhidmatan yang membolehkan para pengguna mempunyai nombor telefon mudah alih kedua tanpa perlu menggunakan kad sim atau telefon yang lain. 



Voopee juga membenarkan penggunanya membuat panggilan Internet , SMS , IM , mesej bergambar dan banyak lagi secara percuma dan pada kadar terendah .

Fungsi Voopee ini telah diperkenalkan pada orang ramai pada Pelancaran Voopee : Satu Evolusi Komunikasi dimana majlis telah dirasmikan oleh Juara Perseorangan Maybank Malaysian Open Super Series Premier 2014 , Dato ' Lee Chong Wei dan Juara Beregu, Lim Khim Wah dan Goh V Sem. Turut bersama pada perasmian itu adalah XOX Berhad Group CEO ,Mr.Ng Kok Heng dan Datuk Eddie Chai , Group Managing Director, XOX Berhad. 



Menurut Mr Ng, pengguna Voopee boleh menghubungi sesiapa sahaja tak kira dalam atau luar negara  dan ianya boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android melalui GooglePlay Store. Bagi pengguna Apple pula, XOX menjanjikan dalam masa terdekat ini , semua pengguna Apple boleh muat turun aplikasi Voopee di AppleStore. 

Untuk sebarang maklumat lanjut , korang boleh lawati www.voopee.com 

p/s : I'm on Voopee ! Are you ?

VOOPEE JANJIKAN PERKHIDMATAN PANGGILAN PERCUMA

by on 29.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Selalu kehabisan kredit ? Ingin hubungi orang tersayang yang berada di perantauan ? Memperken...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Merujuk kepada entry yang lepas [klik sini] mengenai Kaum Adam yang menjadi mangsa skodeng di tandas kumpulan Gay , ramai yang risau takut dorang pula yang menjadi mangsa selepas ini .

tagline pun alahai.....


Korang kena tahu, dunia sekarang ni bukan setakat perempuan, tengok lelaki buang air  pun dah jadi pemuas nafsu . Jadi di kesempatan ini Khai nak kongsi tips yang diperoleh baru - baru ini . 

  1. Sebelum masuk ke tandas , sila bawa telefon bimbit yang mempunyai aplikasi bluetooth 
  2. Turn On bluetooth dan cari devices yang ada. 
  3. Kalau korang terjumpa devices yang nama 'WDX2201' , 'CAM122' atau apa - apa yang pelik dan meragukan, batalkan saja niat korang untuk membuang air sebab kemungkinan besar terdapat wireless CCTV yang tersembunyi
Jadi jangan lupa untuk kongsi tips ini, mana tahu kalau lepas korang pulak yang jadi mangsa 



#Info dari Pegawai Forensik Bahagian Video dan Audio 

p / s : pelik - pelik zaman sekarang 

CARA UNTUK MENGESAN KAMERA CCTV DI TANDAS

by on 27.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Merujuk kepada entry yang lepas [ klik sini ] mengenai Kaum Adam yang menjadi mangsa skodeng d...