Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Bertempat di Puchong Selangor , Budak Pacak bersama - sama rakan blogger yang lain telah dijemput untuk membuat food review di Ayam Ghantari. 



Haa pernah dengar dan rasa Ayam Ghantari ini ? Untuk pengetahuan korang, Ayam Ghantari ini adalah masakan asli nusantara yang memang digemari ramai. Resipi Ayam Ghantari ini adalah resipi ayam bakar Indonesia namun telah diolah menjadi masakan nusantara . 



Menariknya mengenai Ayam Ghantari ini adalah kerana ayam mereka menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Semua orang pun sedia maklum kan , ayam kampung mempunyai khasiatnya yang tersendiri. 

Di Ayam Ghantari ini , mereka menyediakan 3 pilihan utama iaitu Ayam Ghantari sendiri yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas manis , Ayam Taliwang , ayam yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas berapi  sesuai untuk korang yang sukakan pedas tahap maksimum dan Iga Bakar , tulang rusuk atau lebih dikenali sebagai Iga ini dibakar dengan bumbu atau bahan pilihan korang samada Ghantari atau Taliwang. 

Ayam Taliwang


Igar Bakar 


Kesemua hidangan ini rata - rata harganya RM 7 dan setiap hidangan didatangkan dengan pilihan nasi kukus , kerepek tempe dan kerepek paru . Memang sedap gilos dimakan panas - panas. Mohon bayangkan !

Puyuh Bakar Ghantari


Cakap pasal kerepek paru mesti korang pelik bukan ? Ye la selalu kita dengar kerepek ikan bagai tapi ini kerepek paru, Nak tahu rasa nya bagaimana ? Kenalah datang sendiri ke Ayam Ghantari . Selain pilihan ayam , dekat sini juga ada pilihan Puyuh Bakar Ghantari yang sememangnya lain dari yang lain. 



Cerita pasal kiteorang di Ayam Ghantari , sampai berebut - rebut tahu? Ye la masing - masing nak rasa keunikan setiap masakan disini. Bila balik mulalah terbayang - bayang rasa keenakan Ayam Ghantari. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal , pada hari pelancaran GP Salebration baru - baru ini rupa - rupanya Ayam Ghantari menyediakan katering bagi makanan kami pada hari itu. Memang hentam habis la jawabnya siap bawa balik lagi tahu. 

Kalau korang nak tahu , Kaka Azraff penyanyi yang sedang meningkat naik pun puji keenakan Ayam Ghantari tahu, silap Budak Pacak terlupa nak rakam komen Kaka mengenai Ayam Ghantari ini. 

Blogger bersama owner Ayam Ghantari . kredit Kisah Tatie ( Link ) 


Apa yang Budak Pacak ingin Highlight disini , kalau korang dah terbiasa dengan Ayam Penyet dan lain - lain, apa kata korang cuba Ayam Ghantari , satu masakan yang pasti akan membuatkan korang teringat sampai bila - bila. Confirm ! 



Terima Kasih Ayam Ghantari kerana menjemput kami. Oh yer Ayam Ghantari juga menawarkan perkhidmatan katering , buat korang yang ingin rasa dan tempah perkhidmatan mereka , bolehlah rujuk butiran di bawah : 

Twitter dan Instagram : @AyamGhantari
Email : planetgrillnetwork@gmail.com
Lokasi : Medan Selera Lokas Makana 55100 Puchong 
Contact : 0195522906 / 0129925575

Dibuka setiap hari dari jam 6 petang sehingga 12 malam 

lagi review dari kami jangan lupa #ayamghantari di Instagram 

p /s : akan datang di Ayam Ghantari , Jagung Bakar Ghantari yang dengar
 cerita sangat popular di negara seberang 

Ayam Ghantari Masakan Nusantara Terbaik

by on 20.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Bertempat di Puchong Selangor , Budak Pacak bersama - sama rakan blogger yang lain te...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ada peminat filem Mamat Khalid dekat sini ? Seperti yang sedia maklum filem Mamat Khalid yang sebelum ini Zombi Kampung Pisang dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. 



Kali ini, filem terbaru beliau , Zombi Kilang Biskut akan mula ditayangkan di 88 lokasi pawagam di Seluruh Malaysia bermula 20 Mac ini. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 1.7 Juta ini membariskan pelakon - pelakon terkenal seperti Awie, Usop Wilcha , Shuk SYJ , Dalimawati, Eina Azman, Soffi Jikan, Adam AF dan ramai lagi . 



 Baru - baru ini Budak Pacak sempat hadiri pada malam tayangan perdana filem ini.Bagi Budak Pacak , ini adalah satu filem komedi ringan yang sesuai untuk ditonton bersama keluarga mahupun teman - teman. Cuma pendapat Budak Pacak , filem ini agak kecewa sedikit daripada filem - filem Mamat Khalid yang lepas kerana dari segi penceritaannya agak tergantung dan kurang menyengat dengan lawaknya. 

Namun begitu , filem ini dikuatkan lagi dengan pelakon - pelakon yang pernah membintangi filem Mamat Khalid sebelum ini selain ada beberapa part yang lawaknya sangat menghiburkan !



Jadi kepada korang yang follow cerita zombi dari Mamat Khalid sebelum ini, jangan lupa untuk ke pawagam untuk tengok sendiri apa yang terjadi dengan Husin, serangan zombi yang semakin liar dan kemunculan hantu baru ! 

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang 


Adam AF promosikan Filem Zombi Kilang Biskut 


Sinopsis Zombi Kilang Biskut 

Zombi Kilang Biskut menceritakan mengenai Abang Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di Kilang Biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di Kilang Biskut dan menjadi technician bersama - sama Wahab B. Dari Situ  bermula pengkisahan zombi ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi.  

Di Kilang Biskut , mereka digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan dan mereka berasa pelik. Usin turut merasa pelik dan beliau pernah nampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut. Secara tidak langsung kampung mereka turut didatangi hantu  Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. 

Kampung Pisang sekali lagi menjadi kucar - kacir dengan serangan Zombi Kilang Biskut . Usin , Usop , Sofea,  Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini walau bagaimanapun mereka diserang oleh Hantu Kamariah . Apa yang terjadi seterusnya ? Adakah mereka berjaya ? Siapakah Hantu Kamariah sebenarnya? Kalau nak tahu korang kenalah tengok sendiri di pawagam berdekatan ! 

p /s : penggambaran dibuat dekat kampung teman ! 

Review Filem Zombi Kilang Biskut

by on 19.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Ada peminat filem Mamat Khalid dekat sini ? Seperti yang sedia maklum filem Mamat Kh...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
 
Kalau sebelum ni , Budak Pacak bercerita mengenai Pengalaman Pelayaran Di Atas Libra Star Cruise , kali ini nak bercerita mengenai Pengalaman Di Atas Cruise Tasik Putrajaya pula. Untuk pengetahuan korang , ini adalah entry lanjutan daripada Expo 100 Tahun Doraemon yang Budak Pacak dan Sahabat Media kunjungi baru - baru ini. 



Antara tujuan kami ke sini adalah untuk membuat review mengenai produk pelancongan di Putrajaya ni . Jadi kami berkesempatan merasai sendiri menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang eksklusif ini. Kenapa Budak Pacak cakap eksklusif ? Sebabnya di atas pelayaran cruise yang memakan masa hampir dua jam ini, kami sempat merasai sendiri pakej Spa urutan kaki yang disediakan di atas cruise ini . 




Memang sangat best kena pulak sekian lama kesana - sini tetiba hari ini dapat urut kaki pulak . lega gilos . Oh ye di atas Cruise ini terdapat beberapa cruise dan pakej yang disediakan termasuklah pakej hari minggu bersama keluarga, bisnes atau majlis korporat.




 Bila kesini, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan yang menarik di bawah kempen ' Cruise & Win's ' yang akan berakhir pada Disember 2014. 





Menariknya mengenai Cruise Tasik Putrajaya ini , sepanjang pelayaran , korang berpeluang tengok sendiri landskap bangunan - bangunan sekitar Putrajaya . Memang puaslah, menikmati pemandangan sambil layan angin sepoi sepoi bahasa. Servis cruise bergantung pada perkhidmatan yang korang pilih, ada sightseeing tours, dining cruise dan private boar charters . 



Tak rugi lah kalau korang kesini, sesuai sangat kalau habiskan hujung minggu disini . Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tourism Kuala Lumpur kerana sudi menjemput Budak Pacak dan Sahabat Media yang lain sertai trip ini.  Jom Melancong ! 



p /s : teringin nak naik dengan Pak Nil pula 

Pengalaman Di Atas Cruise Tasik Putrajaya

by on 16.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !   Kalau sebelum ni , Budak Pacak bercerita mengenai Pengalaman Pelayaran Di Atas Libra S...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Siapa sini peminat tegar Doraemon, angkat tangan ! Okay siapa yang tak kenal dengan Doraemon bukan? Satu watak animasi yang dari kecik lagi kita tengok dimana Doraemon ni bersahabat baik dengan Nobita yang selalu saja dapat nasib tak baik dan dibuli . Jadi tugas si Doraemon ni adalah untuk membantu Nobita dengan gadjet - gadjet yang canggih dalam poket ajaibnya. 



Tapi pernah ke korang tahu dan tengok secara dekat gadjet - gadjet Doraemon ni ? Haa , baru - baru ini bertempat di Viva Home ,Cheras, Budak Pacak bersama - sama dengan Sahabat Media telah dijemput oleh Pihak Tourism Kuala Lumpur berkesempatan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat gadjet dan dunia Doraemon.



Untuk pengetahuan korang , " 100 Doraemon Secret Gadgets Expo "  ini telah diadakan sebagai simbolik menyambut ulangtahun Doraemon yang mencecah hampir 100 tahun .Pergh zaman atuk dan moyang kita dulu pun dah ada Doraemon. 



Jadi sempena 100 tahun Doraemon ini, sebanyak 100 gadjet , 100 figura Doraemon telah dipamerkan disini selama 100 hari yang telah bermula pada 14 Disember yang lepas dan akan berakhir pada 23 Mac ini . 

Selain bergambar dengan Doraemon dan watak - watak yang lain, kiteorang juga sempat merasa sendiri makanan kesukaan Doraemon iaitu Dorayaki. Selama 22 tahun tengok dalam kartun je macam mana bentuk Dorayaki tu, kali ini barulah merasa sendiri keenakan Dorayaki. Sebenarnya buat korang yang tak tahu , Dorayaki ini adalah pancake kacang merah. 

Nescafe Doraemon


Memory Bread 

Selain itu , kiteorang sempat rasa salah satu gadjet Doraemon, iaitu ' Memory Bread' memang berebut habis dengan kawan - kawan yang lain. Sebab sedap gilos ! 

sempat mencuba alat doraemon





Jadi buat korang yang tak datang lagi ke expo Doraemon ini, cepat datang sekarang kerana expo ini akan  berakhir pada 23 Mac ini. Bila lagi kan nak jumpa doraemon secara live. Pada korang yang berkeluarga tu , sesuai sangat bawa anak - anak. Tunggu apa lagi, datang sekarang sebelum Doraemon balik jepun, kehkehkeh 



p /s : Sempat cubit kepala, tendang bontot Doraemon dekat Expo sebab geram sangat, nak peluk besar sangat kehkehkeh 

Expo 100 Gadjet Rahsia Doraemon

by on 15.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Siapa sini peminat tegar Doraemon , angkat tangan ! Okay siapa yang tak kenal dengan Do...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pada 8 Mac 2014 yang lalu telah menyaksikan satu lagi sejarah himpunan mega para blogger dimana acara Sepetang Bersama Bloggers 2014 telah berjaya dilaksanakan oleh Denaihati Network . Tahniah diucapkan yer ! Sebab event ini tersangatlah meriah dengan kehadiran hampir 350 orang blogger dari seluruh Malaysia.



Untuk pengetahuan korang yang tak pergi, Blogger - blogger dari Indonesia pun sanggup turun tau ! Memang rugi sangat - sangatlah pada korang yang tak join. Sebab inilah peluang untuk korang luaskan lagi network dan kenalan korang. Yer la manalah tahu kan, lepas ni kalau ada acara kat mana- mana bolehlah ajak sekali. 



Sepanjang acara ini berlangsung, beberapa orang panel dari blogger yang berpengalaman telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai dunia blogging ini. Antaranya adalah RedMummy , Ben Ashaari , Hazman Fadzil dan Zarul Umbrella. Cakap pasal abang Zarul Umbrella, nasiblah pada hari tersebut beliau ada acara bersama para blogger, kalau tidak beliau ditugaskan untuk terbang bersama pesawat MAS ,#MH0370 . 

Selain itu  #SBB2014 #SBBYEOS2014  telah mengadakan beberapa pertandingan dan cabutan bertuah . Hadiah dia jangan cakaplah memang lumayan. Ada gadjet terkini, pakej percutian , makan malam bersama Denaihati, wang tunai dan banyak lagi. 



Alhamdulillah pada kali ini , Khai dapat hadiah cabutan bertuah bagi minggu pertama iaitu wang tunai sebanyak RM100. terima kasih yer Denaihati Network 



Untuk Sepetang Bersama Blogger 2014 , Yeos telah menjadi penaja utama bagi acara ini. Penaja - penaja lain yang turut menaja bersama acara ini adalah Ephyra , Lazada , Al - Ansar Health dan banyak lagi. 



Malah pada hari tersebut , duta Ephyra , Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza telah hadir sendiri ke perhimpunan Mega Blogger ini untuk sama - sama menyokong acara yang julung kali diadakan ini. 



Diakui #SBB2014 #SBBYEOS2014 ini banyak membantu para blogger dari segi perkongsian ilmu dan banyak lagi .Dekat sinilah masanya kalau sebelum ni hanya berkenalan dalam maya, pada acara ini akhirnya bersua muka juga. Bayangkan lah Khai pun ada jumpa kawan - kawan lama yang dah bertahun tak jumpa termasuklah kawan - kawan dari IluvTour merangkap jurugambar rasmi pada #SBB2014 #SBBYEOS2014 Terima kasih yer kawan - kawan. 

sampai orang perasan time SBB duduk tak diam haha


Oh yer dikesempatan ini, buat kawan - kawan yang pergi  #SBB2014 #SBBYEOS2014  baru - baru ini kalau Khai ada terlepas pandang atau tak sempat jumpa, mohon maaf yer. Buat yang dah berjumpa tu , harap lepas ni keep in touch ye.

kredit gambar  : Iluvtour

p/s : berjalan merata sepanjang event berlangsung, memang tak lekat dekat kerusi kekeke

Sekitar Sepetang Bersama Bloggers 2014

by on 14.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Pada 8 Mac 2014 yang lalu telah menyaksikan satu lagi sejarah himpunan mega para blogg...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Segmen Jom Makan kali ini Khai bawakan kepada korang kafe Sam's Deli bertempat di Mydin Mall , Seremban Negeri Sembilan yang baru saja dibuka baru - baru ini. 




Dekat Sam's Deli ni, korang cakap je nak makan apa semua ada dekat sini . Baik dari tradisional ke western, dari minuman berjus sehinggalah ke pelbagai jenis kopi dan dari pelbagai kuih tradisional sampailah ke pelbagai jenis kek termasuklah kek blue velvet. 




Eh Blue Velvet ? Ada sesiapa yang pernah dengar kek blue velvet ? Selalu dengar orang sebut red velvet bagai hari ini khai bawakan korang ke kafe yang menyediakan kek blue velvet yang sedap di Seremban ni. 





Haa bukan main jauh lagi kami datang dari Kuala Lumpur ke Seremban ni semata - mata untuk ke Sam's Deli yang dikatakan sebagai Syurga bagi pencinta makanan. 



Nampak macam eksklusif je kafe ni, mesti harga mahal kan ? Oh itu tidak sama sekali, sebab apa yang khai boleh cakap dekat korang. Cuba bawa satu jenis kopi di kedai kopi yang terkenal dan bandingkan dengan kopi di Sam's Deli. Rasa hampir sama dan ternyata harga di Sam's Deli jauh lebih murah. 


Affogato yang sedap gilos!


Kena pulak kunjungan kami ke sini dihidangkan oleh resipi Affogato yang mereka buat khas untuk kami sahaja ! Best habaq ang . Sampai sekarang masih terbayang kesedapan dia . 



macam kenal je mamat ni, rakus betul minum 

Hampir kesemua makanan disitu kami cuba sampaikan sempat bungkus untuk dibawa balik . Untuk pengetahuan korang , kafe ini adalah hasil usahasama seorang Chef Selebriti iaitu Chef Zam. Jadi kalau korang nak makan pelbagai jenis makanan , Sam's Deli adalah tempatnya. Jadi tunggu apa lagi jom ke Sam's Deli ! 

lokasi Sam's Deli 



kalau pilihan Khai di Sam's Deli adalah Ayam Panggang BBQ yang marvellous , jom terjah dorang ni. apa pilihan dorang pulak kan  ? 

Blog Kite Punye - http://kitepunye.com/
Blog Nazlan Nasir - http://www.nazlannasir.com/

p/ s : Mac : Bulan Naikkan Berat Badan, Marilah gemuk secara berjemaah 

Sam's Deli Syurga Pencinta Makanan

by on 11.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Segmen Jom Makan kali ini Khai bawakan kepada korang kafe Sam's Deli bertempat di M...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ayuh Ke Karnival Syria Needs You #SyriaNeedsYou yang akan diadakan pada 15 Mac ini di Stadium Malawati , Shah Alam. Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)  dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan juga ABIM telah berusaha menganjurkan karnival seumpama ini untuk menyampaikan mesej dan mengumpulkan dana misi kemanusiaan MLLFS ke Syria.



Khai telah dijemput sendiri oleh pihak MLLFS ke majlis ramah mesra dan pelancaran Karnival Syria Needs You untuk sama - sama membantu mereka menyebarkan mesej keamanan ini . Untuk pengetahuan korang , tarikh 15 Mac ini dipilih sebagai lambang solidariti dimana pada 15 Mac 2011 telah menyaksikan konflik di Syria bermula. Sehingga kini , lebih dari 150, 000 nyawa mereka yang tidak berdosa telah diragut dan 11,000 daripadanya adalah kanak - kanak . 



Jadi di kesempatan ini, Khai nak ajak korang terutama yang berada di lembah kelang untuk turut bersama - sama menyokong dan hadir sendiri ke Karnival ini dimana pelbagai aktiviti dan slot menarik menanti buat para pengunjung antaranya
  • flashmob 
  • tayangan video 
  • pameran agensi kerajaan 
  • pameran kereta mini 
  • persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani dan Hafiz Hamidun
  • Slot Ahmad Ammar ( perkongsian pengalaman oleh Ibu Bapa Allahyarham Ahmad Ammar )
  • Hi - Tea Bersama Farah Asyikin dan Diana Amir 


sebenarnya banyak lagi aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Karnival yang akan bermula dari 7.30 pagi sehingga 11 malam ini mengharapkan pengisiannya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang keadaan saudara kita disana. 



Jadi jangan lupa untuk hadir ramai - ramai ke Stadium Malawati 15 Mac ini untuk sama - sama kita sampaikan mesej keamanan kepada dunia. 

Untuk tempahan hi -tea

*setiap wang dihulurkan akan dimasukkan ke dalam tabung bantuan kemanusiaan Syria


 dan maklumat lanjut boleh ke page 

Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)

p /s : Syukurlah negara kita bebas dari peperangan 

Ayuh Ke Karnival Syria Needs You

by on 10.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Ayuh Ke Karnival Syria Needs You #SyriaNeedsYou yang akan diadakan pada 15 Mac ini d...