Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie Castle merupakan salah satu ikon pelancongan di Negeri Perak. Istana lama peninggalan seorang peladang dari Scotland , William Kellie Smith ini terletak di Batu Gajah Perak. 

Menurut sejarah , William ingin hadiahkan istana ini kepada isteri beliau , Agnes . Walau bagaimanapun hajat beliau tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1926. 

Disebalik keindahan landskap dan rekabentuk istana ini , terdapat kisah misteri di sebalik peninggalannya. Dikatakan, apabila waktu malam di Istana ini terdapat roh - roh yang tidak tenteram berkeliaran termasuk roh William dan pekerjanya. Ada juga yang mendakwa , mereka terlihat kanak - kanak bermain di ruangan koridor istana ini pada waktu malam. 



Menerusi Pakej Pelancongan Malam Paranormal yang telah diperkenalkan oleh Tourism Malaysia Perak , Budak Pacak bersama rombongan Sahabat Media telah berkesempatan merasai sendiri pengalaman seram di Kellie Castle 



Menariknya mengenai kunjungan kami disini adalah berbanding dengan pakej yang telah diperkenalkan tamat pada jam 6 petang , kami  telah masuk ke dalam Istana lama ini pada jam 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 4 pagi. 

Sebelum memulakan pengalaman yang baru ini , kami telah dipertontonkan video dan gambar entiti yang berjaya ditemui di dalam Kellie Castle . 

Tepat pukul 2 pagi kami telah bergerak masuk ke dalam Kellie Castle serta telah ditempatkan di beberapa bilik yang dikatakan lokasi entiti ini berada. Budak Pacak bersama dengan seorang sahabat media telah ditempatkan di bilik yang jarang dimasuki oleh para pelawat iaitu bilik fotografi yang terletak di bawah tanah selama 20 minit.



 Di bilik ini menurut petugas , suatu ketika dahulu, ada pelancong yang berjaya merakamkan imej entiti berlegar sekitar sini. Bila mendengar cerita beliau, belum ditinggalkan sudah cuak dibuatnya. 

Sepanjang di sini Budak Pacak gagal merakam sebarang imej namun begitu kami berjaya mendengar beberapa bunyi termasuklah bunyi tapak kaki yang berjalan di ruangan atas istana. 






Selain bilik fotografi , ada dikalangan kami telah ditempatkan di bilik arak, bilik Helen , anak perempuang William , koridor istana dan bilik linen yang dikatakan terdapat roh Gopal ,  salah seorang pekerja Kellie yang dikatakan tidak tenteram akibat tidak dapat pulang ke negara asalnya. 



Walaupun ianya agak ekstrem namun begitu sepanjang kami ditinggalkan, terdapat petugas yang berada di kawasan berhampiran yang mengawal gerak geri kami. Malah sebelum tamat aktiviti , setiap dari kami yang sertai aktiviti ini diperiksa oleh Ustaz bagi memeriksa diri supaya tidak ada yang diekori . 



imej yang berjaya dirakam oleh rakan - rakan. zoom untuk lihat lebih jelas
kredit ; potia dan eddy 


Bagi yang berminat untuk mengikuti pakej ini , dengan harga RM80 seorang ianya bakal meliputi pakej ­lawatan, minum malam, tayangan video, kemeja-T percuma, serta sijil penyertaan dan pendaftaran .

 Dan untuk makluman korang , pakej ini hanya dibuka melalui tempahan dan dibuka empat kali sebulan iaitu Jumaat dan Sabtu setiap minggu pertama dan keempat.



Untuk maklumat lanjut , hubungi 05-3653381 


p /s ; Kellie Castle tercalon sebagai top 5 tempat paling seram di Malaysia 

Misteri Kellie Castle

by on 12.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie Castle merupakan salah satu ikon pela...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, kebanyakan hotel dan tender sudah mula memperkenalkan buffet ramadhan mereka. 



Baru - baru ini Budak Pacak sempat review Buffet Ramadhan di Shah Alam oleh Segi - Segi Group. Lokasinya adalah di Laman Kayangan , Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.



Menariknya mengenai buffet ramadhan di sini adalah kerana konsep Malaysia Kontemporari nya seperti bertandang ke kenduri perkahwinan malah jauh lebih selesa seperti kebiasaan.



 Buffet Ramadhan ini bakal bermula pada 4 / 7 / 2014 sehingga 26 / 7 / 2014 . Masanya pula adalah pada jam 6 petang sehingga 10 malam. Sepanjang diadakan disini, para pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan ghazal yang telah dijemput khas. 

Mengenai kemudahan pula, ianya adalah dewan berhawa dingin malah ruangan solat yang mampu menampung jemaah seramai 300 orang turut disediakan. 



Dengan bayaran sebanyak RM 59 per nett, para pengunjung dapat menikmati lebih dari 100 juadah yang telah disediakan oleh 15 orang chef yang berpengalaman.

 Menurut pengarah urusan mereka , antara juadah yang pasti menarik selera ramai adalah teppanyaki , Nasi Pandan , Laksa Johor , Popia Basah dan juga Murtabak .





Nampak macam menu biasa, tapi tahukah korang rasanya memang lain dari yang lain . Buat korang yang tinggal sekitar Shah Alam dan tercari - cari Buffet Ramadhan Di Shah Alam , Laman Kayangan adalah tempatnya.

 Untuk tempahan , boleh dibuat seminggu lebih awal atau korang boleh je walk in terus. Tapi cadangan Budak Pacak adalah lebih baik korang membuat tempahan terdahulu. Tidaklah nanti tiba - tiba korang datang Laman Kayangan penuh dengan para pengunjung. Apa pun selamat membuat pilihan.


Segi Seri Sdn Bhd

Wisma Segi Seri,
No. 38A,
Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270

Emel : info@segiseri.com / sales@lamankayangan.com

Kredit Foto iluvtour.com
p /s ; cadangan Budak Pacak supaya ada penambahbaikan dari segi papan tanda. tidaklah para pengunjung keliru atau sesat seperti Budak Pacak , kehkehkeh ...

Buffet Ramadhan Di Shah Alam

by on 11.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, kebanyakan hotel dan tender sudah ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 

Siapa orang Utara dekat sini ? Tak kiralah korang orang utara , ataupun anak rantau yang duduk di Utara. Tiap kali melalui Lebuhraya Utara Selatan di Jelapang Ipoh mesti korang akan perasan satu bangunan tinggi yang baru siap dibina berhampiran dengan Terminal Bas Amanjaya .



Untuk pengetahuan , itulah Hotel Casuarina@Meru, hotel terbaru di Ipoh Perak. Di kesempatan entry kali ini, Budak Pacak nak kongsi beberapa fakta menarik mengenai hotel ini bersempena kunjungan Budak Pacak bersama - sama Sahabat Media baru - baru ini. 




Kenapa Budak Pacak katakan Hotel Casuarina@Meru khas Untuk Pengguna Lebuhraya Utara Selatan ?  Ini kerana hotel yang mempunyai 150 bilik dan premier suites ini mempunyai tawaran atau pakej khas untuk pengguna lebuhraya PLUS. Hotel Casuarina memperkenalkan tawaran ' pit - stop' kepada pengguna yang ingin berehat di hotel ini mengikut kadar jam pilihan mereka. 

Jadi buat pengguna lebuhraya yang berasa penat , apa kata singgah sebentar di Hotel Casuarina@Meru untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan .Ditambah pula Hotel ini beroperasi 24 jam , jadi pengguna lebuhraya boleh ke sini bila - bila masa sahaja. 



Selain mempunyai 5 jenis bilik iaitu Superior , Deluxe , Studio Suite , Family Suite dan Premier Suite , Hotel Casuarina@Meru juga merupakan hotel yang menyediakan dewan konvensyen terbesar di Ipoh. Menyediakan kapasiti sehingga 3000 pax , hotel ini sesuai dibuat majlis perkahwinan dan lain - lain majlis korporat. 

Bukan itu sahaja, menu - menu di hotel ini juga pasti membuatkan korang ingin datang kembali. Mana tidaknya menjanjikan buffet terbaik di bandarHotel Casuarina@Meru  mempunyai tarikan menu nya yang tersendiri. 








Selain Mee Kari dan Mee Kicap yang popular di Ipoh , Hotel Casuarina@Meru  juga mempelbagaikan menu mereka setiap hari. Antaranya adalah seperti berikut 

Isnin : Taj Mahal - Indian Cuisine 
Selasa : Great Wall of Chinese - Chinese Cuisine
Rabu  : Banana Leaf - Curry House 
Khamis : Selera Kampung - Malay Cuisine 
Jumaat : Pisa Ala Mamia - Italian Cuisine
Sabtu :Sizzling BBQ Steambot - Makan Malam sahaja 
Ahad : Around the World  - Makan Malam sahaja 



menarik bukan ? Dah la mempunyai pelbagai jenis makanan, malah harga pula berpatutan. Untuk makan tenghari adalah RM 25 per nett manakala untuk makan malam pula adalah RM 30 per nett. 

Bagi Budak Pacak kedudukan hotel ini sangat strategik selain bersebelahan dengan lebuhraya, Hotel Casuarina@Meru  juga berhampiran dengan Mydin Mall , Terminal Bas Amanjaya , Sunway Lost World of Tambun, Air Terjun Ulu Chepor dan Meru Valley Golf and Country Club .


Dengar - dengar cerita sempena Bulan Puasa yang akan tiba tak lama lagi, Hotel Casuarina@Meru  bakal memperkenalkan buffet ramadhan terbesar di Ipoh. Apapun sama - sama kita nantikan perkembangan hotel ini. 

Jadi buat korang yang ingin tahu dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan , bolehlah hubungi Hotel Casuarina@Meru  seperti ketetapan berikut. 

Casuarina@Meru

No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

Telefon : + 605 529 9999
Faksimili : + 605 529 9998
Email : info@casuarinahotels.com.my

Sahabat Media bersama Staff Hotel Casuarina@Meru
kredit ; Santai Travel Magazine 


p /s : lokasi yang sangat strategik 

Hotel Casuarina@Meru Khas Untuk Pengguna Lebuhraya Utara Selatan

by on 11.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .  Siapa orang Utara dekat sini ? Tak kiralah korang orang utara , ataupun anak rantau yan...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa pelanggan Astro disini ? Terdahulu, buat pengetahuan korang , Astro telah melancarkan aplikasi Astro On The Go mereka. Dimana melalui aplikasi ini korang boleh akses untuk melihat rancangan Astro tak kira dimana korang berada ataupun bila - bila masa melalui peranti teknologi korang seperti handphone , tablet mahupun komputer. 

Jadi yang terkini , Astro telah memperkenalkan promosi khas untuk pelanggan Astro terutama korang yang bergelar pelajar sempena Jelajah Kampus Astro On The Go .



Jelajah Kampus Astro On The Go ini  telah memulakan roadshow mereka bermula 28 Mei 2014 yang lalu. Dimana Tunku Abdul Rahman University College adalah destinasi pertama mereka. Jadi buat korang yang terlepas jelajah kampus ini jangan risau . Sebab masih ada beberapa kampus yang belum dijelajahi.  Antaranya adalah seperti berikut : 

*klik untuk zoom* 

Kenapa korang perlu ke Jelajah Kampus Astro On the Go ini ? Sebabnya ada pelbagai aktiviti dan hadiah menarik khas untuk korang. Selain itu, menariknya untuk jelajah kampus kali ini korang berpeluang memenangi pakej free access untuk premium content selama sebulan ! Menarik bukan ? 

Bukan itu sahaja  , dengan setiap pendaftaran baru ke Astro On The Go pada hari berkenaan , korang berpeluang pulang dengan hadiah eksklusif barangan Astro . Tetapi ingat siapa cepat dia dapat. Kalau lambat korang terlepaslah nanti. 



Jadi buat korang yang belum ' sign - up ' aplikasi Astro On The Go ini , daftar sekarang. Memandangkan Piala Dunia bakal bermula tidak lama lagi, korang boleh tengok secara live tak kira dimana jua korang berada dengan aplikasi ini. Tunggu apa lagi ? Daftarlah sekarang ! 

Budak Pacak akan berada di HELP University dan Sunway University pada 11 dan 12 Jun ini sempena dengan Jelajah Kampus Astro On The Go . Jadi kita jumpa di sana ya !! 

Untuk muat turun aplikasi ini : 


FREE PREVIEW

Daftar sekarang untuk preview secara percuma rancangan yang terpilih:http://bit.ly/AstroOnTheGoPreview

p / s : selalu layan Oh My English dalam Astro On The Go 

Jelajah Kampus Astro On The Go

by on 6.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa pelanggan Astro disini ? Terdahulu, buat pengetahuan korang , Astro telah melanca...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Seperti yang sedia maklum , Budak Pacak dan beberapa orang rakan media telah ke Pahang bagi cover cerita di sebalik Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 . Tapi sebelum itu, kami telah bermalam di Homestay Felda Jengka 25. Tapi cerita di Homestay akan menyusul kemudian. 

Yang Budak Pacak nak bercerita dalam entry kali ini adalah Keunikan dan Misteri Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak di daerah Jengka , Pahang. 



Dalam perjalanan kami ke Gunung Senyum , kami telah singgah ke makam pahlawan negara yang terkenal iaitu Mat Kilau.Beliau telah dikebumikan di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. 





 Menurut sejarah , jasad Mat Kilau telah disemadikan di sini selepas 4 hari beliau mendedahkan identiti beliau sejak sekian lama menyembunyikan diri dan identiti. Ada juga cerita yang mengatakan, pantang larang tidak membenarkan Mat Kilau mendedahkan identitinya. Jika beliau dedahkannya, nescaya beliau akan menemui ajal. Wallahualam. 

Selepas itu , tibanya kami di Hutan Lipur Gunung Senyum telah disambut oleh Pegawai Perhilitan dan Perhutanan yang bertugas menyelia dan mengawal aktiviti di Gunung Senyum . 




Sampai sahaja di sini , kami terus meneroka masuk ke Gunung Senyum yang dikatakan penuh misteri. Selain Gunung Senyum , di kawasan sini juga merangkumi Gua Kolam Tujuh , Gua Angin , Gua Terang Bulan , Gua Taman 1 dan 2 , Gua Danau Impian dan Gua Makam Tok Long


Setiap nama Gunung di sini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebagai contoh Gunung Senyum namanya diambil disebabkan faktor bentuk gunungnya yang kelihatan seperti individu yang senyum. 

Gua Kolam Tujuh


Gua Kolam Tujuh pula diambil namanya dari 7  kolam yang terhasil dengan sendirinya dan Gua Makam Tok Long pula diambil namanya disebabkan makamnya yang terletak di dalam Gunung ini. 

Dikatakan juga mitos terdahulu menyatakan bahawa Tok Long telah berkahwin dengan penduduk Bunian disini. Disebabkan suatu hari isterinya telah ghaib, beliau telah mengambil keputusan untuk bertapa di sini sehingga ke hayat terakhir beliau. 




Menurut Pegawai Perhilitan dan Perhutanan yang bertugas , suatu ketika dahulu kawasan ini aktif dengan aktiviti riadah namun begitu sejak kebelakangan ini aktiviti di sini semakin malap. Malah ada ketika tiada langsung pengunjung.



Budak Pacak harap ada pihak yang berusaha untuk membaik pulih Gunung Senyum ini. Sayang kerana sejarah dan keunikannya masih ada lagi disini. Buat korang yang nak ke Jengka atau Temerloh , jangan lupa singgah ke Gunung Senyum sesuai untuk aktiviti riadah keluarga atau aktiviti berkumpulan. 


p /s ; nyamuk pun sakan gigit , 'lama'tak jumpa darah nampaknya 

Misteri Hutan Lipur Gunung Senyum

by on 2.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang sedia maklum , Budak Pacak dan beberapa orang rakan media telah ke Pahang b...
Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

Cakap pasal homestay , dah banyak homestay yang Budak Pacak review , tetapi di Pahang ini adalah kali pertama Budak Pacak berkunjung ke sana. 

Pada Kembara Berakit Pahang 2014 yang lalu, Budak Pacak bersama -sama 4 orang rakan media lagi termasuk Kisah Tatie dan wakil Gaya Travel , kami telah ditempatkan di Homestay Felda Jengka 25 Pahang

kredit to Kisah Tatie 


Bila cakap je pasal Felda Jengka terus terlintas di kepala, ' ni mesti tak ada line kawasan sana' . Sangkaan Budak Pacak ternyata tidak benar apabila sampai di sana. Ini kerana Felda Jengka 25 ini lain dari yang lain. Walaupun berada agak sedikit pendalaman, namun kemudahan yang ada disini cukup lengkap. Malah pemandangan landskapnya yang cantik telah menarik perhatian  kami. 

Disini kami telah dibahagikan kepada dua rumah mengikut jantina. Bertuahnya kami yang lelaki kerana mendapat satu - satunya rumah yang mengekalkan konsep tradisional rumah lama felda. Segala konsep luaran dan dalaman dikekalkan . Malah landskap disekelilingnya juga sangat cantik. 



Tidak hairanlah rumah milik Encik Tukiran dan keluarga ini sentiasa jadi rebutan para pengunjung yang hadir. Sebagai rekod, Menteri Pelancongan ketika itu , Datuk Seri Ng Yen Yen telah memilih rumah ini sebagai lokasi untuk beriadah.Menariknya, beliau memilih untuk berkelah di hadapan rumah beralaskan rumput bumi. 


Pemilik Rumah ,Encik Tukiran dan Isteri yang sangat peramah


Disebabkan terleka bersembang dengan pemilik rumah,Budak Pacak terlupa nak ambil gambar pemandangan rumah di waktu petang . Ditambah pula hujan ketika itu tidak mengizinkan kami untuk adakan sesi bergambar. Yang ada hanya gambar di waktu pagi sebagai tatapan pembaca Blog Budak Pacak .



lauk - lauk kampung, sedap gilos 


Sepanjang di sana, kami telah disajikan pelbagai makanan tradisional Pahang. Memang menambat selera kami. 

selfie dulu sebelum bertolak , kehkehkeh 


Apapun Homestay Felda Jengka 25 Pahang memang sangat unik. Untuk korang yang tercari homestay yang jauh dari kesibukan bandar , Budak Pacak cadangkan Homestay Felda Jengka 25 sebagai pilihan. Terima kasih kerana menerima kunjungan kami, Insyallah ada rezeki kami datang lagi . 

p/s ; terbayang kesedapan ulam dia . urghhhh 

Keunikan Homestay Felda Jengka 25 Pahang

by on 1.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera .  Cakap pasal homestay , dah banyak homestay yang Budak Pacak review , tetapi di Pahang ini ada...