Total Pageviews

Showing posts with label KAKI GADJET. Show all posts
Showing posts with label KAKI GADJET. Show all posts

realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. 

Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi. Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon ™ 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.


"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap”.. realme telah membantu berjuta-juta pengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka. Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau." -kata Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.


realme XT dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f / 1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana.

realme XT juga mempunyai Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna ceria - Pearl Blue dan Pearl White. 

Kamera quad perdana realme XT yang dibentuk dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP dan kanta potret 2MP bersama-sama dengan 16MP Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun anda mengezum masuk. 

Realme XT menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps / 60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps / 60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps.


realme XT ini mempunyai skrin penuh iaitu 6.4 inchi dan tekstur skrin Super AMOLED. Model ini juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang doperluas melalui slot kad microSD hingga 256GB. realme XT juga dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu menggunakan cap jari. 

Selain itu ciri-ciri yang dinantikan adalah Dolby Atoms. Ia menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguatkuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik. 

realme Power Bank
realme Malaysia turut mengeluarkan power bank dengan kapasitii 10000mAh. Bateri litium dengan pengecasan cepat 18W serta ada 2 ports USB Type A dan Type C. Boleh dicharge power bank dan telefon pintar serentak. 2 warna bleh dimiliki samada kuning atau kelabu lso bi-directional so you can fast-charge your power bank and phone at the same time.

realme Buds 2
Pengguna boleh menikmati premium earphone 11,2mm bass yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Voice Coil Jepun.Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.

realme Buds Wireless
Aksesori terbaru yang dibawa kepada peminat oleh realme. Kerjasama dengan pengeluar muzik terkenal dunia dan DJ,Alan Walker. realme Buds Wireless ini mempunyai konsep reka bentuk yang minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit. 


Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan dihidupkan dan disambung ke peranti apabila dipisahkan. Ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan.

Alan Walker telah bekerjasama dengan pasukan pakar penalaan akustik dari realme untuk memastikan pengguna mendapat respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.


Sempena 11.11 , Lazada akan membuat penjualan untuk realme 5 (3+32 GB) akan diperkenalkan sebagai model eksklusif dalam talian sebenar dan promosi khas akan dikongsi di platform ini.

Pada yang membeli realme XT di Lazada pada 11.11, anda bakal membawa pulang secara PERCUMA beg realme berharga RM 159.

Untuk realme XT dan realme 5 (3+32 GB) akan dijual secara ekslusif di platform Lazada.


Untuk realme Buds Wireless sahaja, pre-order akan bermula dari 30.10.2019. Segala aksesori yang disebutkan di atas akan juga dijual secara eksklusif di Shopee semasa Jualan 11.11 Big Sale. Untuk lebih lanjut, layari http://bit.ly/realmeshp.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk realme, layari https://www.realme.com/my/





Realme XT Kamera Pertama Di Malaysia 64MP Menggunakan Quad Camera Snapdragon

by on 4.11.19
realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan  realme XT , telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad C...


Sejak bergelar cikgu ni, aku bab nak sediakan material ni memang susah sangat. Kadang bukan apa, sebabnya tak cukup kelengkapan. Printer ink habis la, susah nak dapat la.. kalau shopping kelengkapan sekolah ni bukan semua tempat ada benda yang kita nak 



Nak dijadikan cerita, sampailah aku nampak page Atoz dekat Facebook . Apa Atoz ni? Kalau korang nak tahu, Atoz ni sebenarnya merupakan pembekal printer no 1 di Malaysia dimana dorang ni terkenal dengan servis yang sangat pantas dan efficient 




Yang lagi best sebab korang cuma order online, dan dorang akan hantar terus ke depan pintu rumah korang pada hari yang sama. Tak perlu risau rosak ke apa, sebab barang depan mata kan? So boleh check terus. Tapi make sure korang buat order sebelum 11.00 pagi hari tersebut ya. Kalau 11.01 pagi order korang akan dihantar keesokan harinya 






Aku suka shopping dekat Atoz ni sebab hampir semua yang berkaitan printer ada dekat sini. Atoz ni bukan setakat menjual barangan printer, tapi ada lebih dari 7000 barangan yang pelbagai jenis turut dijual 


Tambah pulak dorang buat servis online, memang lagi ghairah la main order je. Sekarang semuanya online dan untuk pengetahuan korang, Atoz Computer Media Sdn Bhd ni terdiri dari management team yang sudah bekerja dalam bidang ni lebih dari 25 tahun 


Kedai printer murah? jangan risaulah kalau ink printer korang habis atau susah dapat ke apa, order je dekat Atoz dan dorang akan hantar dekat korang. Yang pasti Money Back guaranteed kalau ada benda yang korang tak puas hati dan of course la original guaranteed. 


Lepas ni kalau nak beli printer murah, jangan lupa beli dekat Atoz. Ingat Printer, Ingat Atoz! 



Atoz Computer Media Sdn Bhd (761967-H)

GST: 001472077824
2, Jalan BS 9/10
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telephone: 1-800-88-0007
Email: query@atoz2u.com
Facebook : https://www.facebook.com/atoz2u/



Waktu Operasi :

8:30am to 6pm Weekdays




Mudahnya Shopping Barang Office Di Atoz !

by on 13.7.16
Sejak bergelar cikgu ni, aku bab nak sediakan material ni memang susah sangat. Kadang bukan apa, sebabnya tak cukup kelengkapan. Print...
Pelan Internet Tanpa Had Dengan P1 ToGo | Packet One Networks Sdn Bhd atau  P1 telah mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma sebulan bagi korang yang melanggan di atas talian - Online 

Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. 




Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota. Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan belia macam kita. 

Pernah fikir tak kenapa data korang selalu habis? pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. 

Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.

 Awesome kan? Untuk pengetahuan, Budak Pacak dah pun berhenti guna perkhidmatan internet Y disebabkan masalah data yang selalu cepat habis dan tidak menentu. Sekarang stick dengan P1 pula 



Dengan P1ToGo,  Modem MX230 yang ditawarkan dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, korang  dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja korang berada 


Tak cukup dengan itu, berita baik buat korang yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya korang membuat langganan pakej secara online 


Tempoh kempen ini bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/ .


Pelan Internet Tanpa Had Dengan P1 ToGo

by on 20.4.15
Pelan Internet Tanpa Had Dengan P1 ToGo  |   Packet One Networks Sdn Bhd atau   P1 telah mengumumkan  promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yan...

Kelebihan P1 Internet P1 ToGo | Baru - baru ini Budak Pacak mendapat banyak komen dan persoalan mengenai P1 ToGo ini . Rata - ratanya bertanyakan apakah P1ToGo , apakah kelebihan P1ToGo?

P1 Internet 

Sebenarnya P1ToGo ini adalah salah satu produk di bawah P1 Internet yang merupakan peranti broadband internet mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Kalau dulu kena cucuk baru boleh guna, sekarang tak perlu risau dengan adanya ToGo Broadband 

Apakah P1 Internet P1ToGo?

P1 ToGo merupakan modem yang menyediakan perkhidmatan wireless internet yang boleh digunakan di mana sahaja. Bagi Budak Pacak ini adalah satu kelebihan buat P1 Internet kerana dengan adanya P1 ToGo segalanya menjadi mudah.



Didatangkan dengan MiFi Broadband dan dengan pilihan satu harga,  peranti yang bersaiz kecil dan ringan ini mampu dikongsi sehingga 8 devices. Tak perlulah lepas ni tercari - cari cafe atau tempat yang mempunyai wifi.

Kelebihan P1 Internet P1ToGo 

Sebenarnya banyak kelebihan dia bila guna P1 Internet P1ToGo ini .Antaranya 

  •  P1 Internet menawarkan harga yang menjimatkan bagi penggunaan P1 Internet P1ToGo  untuk bila - bila masa. Ini bermakna penggunaan korang tidak tertakluk kepada had masa. Boleh gunakan peranti mereka di waktu peak hour atau off peak hour. Best kan 
  • Peranti on - the - go yang paling menjimatkan bila korang gunakan GB yang tertinggi.  Guna lebih dan bayar kurang 
  • Boleh dibawa  digunakan di mana - mana 
  • Saiznya yang fleksible memudahkannya dibawa ke mana sahaja termasuk di dalam poket korang
  • Boleh digunakan di tablet, Smartphone malam laptop juga pada satu masa
Pakej P1 Internet P1ToGo 

Terdapat beberapa pilihan pakej Internet plans yang boleh korang pilih



dan untuk peranti MiFi Broadband pula korang boleh pilih seperti yang berikut




Bagi Budak Pacak sendiri yang menggunakan P1 Internet P1ToGo MX 230  ternyata memang memuaskan. Mana tidaknya sebagai seorang pelajar , blogger dan juga penulis kesemua gadjet sentiasa disisi. Internet jangan cakap lah, memang wajib ada kalau tak kerja memang tak menjadi.

Sebagai rekod, sepanjang pakai gadjet seperti iPhone dan iPad, Budak Pacak tak pernah sekali pun beli data rangkaian. Cukup dengan peranti seperti P1 Internet segalanya menjadi dengan lebih mudah dan cepat 

Pengalaman Budak Pacak menggunakan  P1 Internet P1ToGo MX 230 

  • Penggunaan hampir 6 jam lamanya tanpa henti
  • Walaupun penggunaan lama, internet tetap berjalan dengan lancar berbanding sesetengah modem jenama lain
  • Liputan yang meluas 
  • Senang dibawa 
  • Turut mencuba menggunakan 5 devices pada satu masa dan masih berjalan seperti biasa 
Namun begitu, P1 MiFi ini agak sensitif sedikit jika terlalu banyak bergerak atau berada di dalam bangunan yang tinggi. Tapi rasa - rasanya modem jenama lain pun macam tu juga. 



Apapun secara keseluruhan Budak Pacak berpuas hati menggunakan P1 Internet P1ToGo. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pakej ToGo Broadband ini, bolehlah ke one stop center yang berhampiran atau layari  P1 ToGo Page: Klik Sini 


Oh ya! jangan lupa buat perbandingan P1 Internet P1ToGo dengan pesaing yang lain. Gerenti korang akan terkejut dengan kelebihannya. 

Jangan lupa dapatkan sekarang P1 Internet P1ToGo korang dan guna sampai muntah. LOL..

Sebelum Budak Pacak akhiri entry kali ini, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada P1 kerana memilih Blog Budak Pacak sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan baru - baru ini. Tahniah juga kepada semua pemenang!

Korang Blogger? Jom sertai P1 Online Media Associate seperti kami dengan mendaftar dan Klik Sini

P1 Online Media Associates Facebook Group: Klik Sini 

P1 ToGo Page Klik Sini

Rating Budak Pacak untuk gadget ini - 3 Bintang 

Kelebihan P1 Internet P1 ToGo

by on 21.1.15
Kelebihan P1 Internet P1 ToGo  | Baru - baru ini Budak Pacak mendapat banyak komen dan persoalan mengenai  P1 ToGo  ini . Rata - ratanya...



Nak tanya korang gunakan perkhidmatan internet apa? Budak Pacak banyak juga beralih perkhidmatan disebabkan servis penggunaanya yang tidak memuaskan. 

Kalau sekarang nak kemana - mana, susah kalau guna broadband. Yer la kalau ada broadband wajib la bawa laptop. Tapi kini selepas diperkenakan dengan P1 ToGo segala - galanya menjadi dengan lebih mudah. 



Hanya perlu cas dan bawa  ke mana saja tanpa perlu risau akan saiz dan penggunaannya. Sebagai seorang pelajar dan blogger, internet sangat penting. Dengan P1 ToGo ini, Budak Pacak dapat kurangkan perbelanjaan sebanyak RM 100 untuk pembelian data. Sebab dengan P1 ToGo ni, dapat guna sehingga 8 devices. Jadi segala gajet seperti telefon bimbit, Ipad dan Laptop tak perlu gunakan perkhidmatan internet yang lain. Cukup dengan P1 ToGo dapat jimatkan semua.
Lagi kelebihan P1 ToGo akan Budak Pacak kongsikan pada entry akan datang. Ada sesiapa yang gunakan P1 ToGo dan apa pula  kata korang ?

Kini Lebih Mudah Dengan P1 ToGo

by on 8.1.15
Nak tanya korang gunakan perkhidmatan internet apa? Budak Pacak banyak juga beralih perkhidmatan disebabkan servis penggunaanya yan...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Buat peminat gadget semua, korang pasti akan kagum dengan kelahiran terbaru Blackberry Passport yang kini berada di Malaysia .

Diilhamkan dari Passport, Blackberry Passport menjanjikan kekemasan dan kepuasan bagi pengguna nya. Budak Pacak berkesempatan untuk melihat dan mencuba sendiri pada pelancarannya di Bangsar Shopping Center . 

Menariknya mengenai Blackberry Passport selain dari bentuknya , ia juga merupakan smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang terbesar bagi kelas smartphone dan tablet iaitu sebanyak 3450mAh yang berkeupayaan sehingga 30 jam . 






Ternyata Blackberry telah berubah dengan majunya. Perubahan yang ketara dapat dilihat adalah sensitiviti QWERTY Keyboard yang jauh lebih sensitif berbanding sebelumnya, cuma perlu sentuh mana - mana panel pada keyboard tersebut, korang dapat scroll sceen Blackberry Passport dengan lebih pantas dan mudah . 

Berikut adalah spesifikasi atau ciri yang terdapat pada Blackberry Passport 


Budak Pacak sempat belek - belek main sendiri Blackberry Passport ini. Ternyata satu perubahan besar sampai tak nak lepas dari tangan haa. Serius cakap, untuk students atau korporat korang wajib ada satu. Sebab dengan fungsinya yang pelbagai dan penuh kelainan membuatkan Blackberry Passport mempunyai kelasnya yang tersendiri



Berapa harga Blackberry Passport ? Blackberry Passport akan mula ada di pasaran Malaysia dengan harga RM 2,399 melalui Celcom pada 10 Oktober ini manakala pasaran lain pada 1 November 2014 .

Untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk Blackberry.com/Passport . Jangan tengok lama - lama nanti berkenan di hati kehkehkeh ..

p /s : Macam nak dapatkan satu je hehee 


Blackberry Passport Kini Di Malaysia

by on 8.10.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Buat peminat gadget semua, korang pasti akan kagum dengan kelahiran terbaru Blackberr...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Siapa pernah dengar pasal TIME ? Kalau nak tahu TIME merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar internet. 

Yang gempaknya, TIME dikuasakan oleh 100% teknologi fibre optic dan merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang kedua terbesar dan pantas di Malaysia  yang mencecah kelajuan sehingga 100Mbps.  Ini bermakna korang boleh download rancangan atau movie HD dalam masa 3 minit ! Hebat bukan?


Sempena Hari Kemerdekaan negara yang telah mencapai 57 Tahun, TIME telah menawarkan Tablet Lenovo secara PERCUMA !



Tapi korang kena ingat, sebab TIME ni masih baru lagi, korang kena semak kembali di sini - http://goo.gl/QmHv8x  samada kawasan korang dapat tak coverage TIME . 

Dan untuk dapatkan tablet percuma ini, korang boleh daftar untuk mana - mana pelan TIME Fibre Home BroadbandTM dan sah sehingga 16 September sahaja. Kalau lebih dari tarih ni korang daftar, maaf ye abang dan kakak sekalian, tablet dah habis kehkehkeh... Jadi cepat daftar sekarang! 



Bukan itu saja yer , korang juga akan mendapat langganan selama 6 bulan The Star ePaper dan Flavours eMagazine secara percuma ! Semua berita semasa ini akan korang dapat seawal 7 pagi. Awesome! 




Bukan nak katalah, tapi kalau korang bandingkan dengan Telco lain, Budak Pacak rasa TIME ni banyak kelebihan dia. Terfikir juga untuk dapatkan TIME dan tukar dengan Telco yang sedia ada. Jadi jom langgan beramai - ramai ! 

Lagi keterangan mengenai promo merdeka ini korang boleh ke SINI 

untuk maklumat lanjut mengenai TIME , sila rujuk http://www.time.com.my/

p /s : sebagai blogger, diakui memang perlukan internet yang laju ! 

Tablet Percuma Dengan TIME Fibre

by on 3.9.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Siapa pernah dengar pasal TIME ? Kalau nak tahu TIME merupakan syarikat yang menawarkan...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 


Siapa pelanggan Astro di sini ? Kalau pelanggan Astro baguslah, bagi yang bukan tu, jangan risau ye sebab pada entry kali ini , Budak Pacak nak berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Astro On The Go.




Jadi buat korang yang tak ada Astro tu baca sampai habis yer sebab mana tahu korang berminat untuk muat turun Aplikasi Astro On The Go . 

Kenapa Budak Pacak cakap Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini ? Dengan aplikasi Astro On The Go , korang boleh luangkan masa melihat rancangan kegemaran korang seperti drama Korea, game show atau mana - mana rancangan hanya di tablet atau smartphone korang. Yang paling menarik kesemua ini boleh dilihat dimana sahaja tak kira tempat atau masa.  Gempak bukan ? 




Tambah pula sekarang adalah musim Piala Dunia 2014 , kepada kaki bola di luar sana korang boleh lihat permainan pasukan kegemaran korang pada aplikasi Astro On The Go. Kalau ditanya Budak Pacak kenapa memilih Astro On The Go, sebabnya dengan aplikasi ini Budak Pacak boleh menonton rancangan Discovery Channel dan Astro TVIQ sebagai bahan rujukan untuk menulis dan mengajar. 

Ini turut diakui oleh pelajar - pelajar HELP University dan Sunway University sempena dengan jelajah Kampus Astro On The Go baru - baru ini. Untuk pengetahuan korang sambutan yang diterima amat menggalakkan .  






Budak Pacak sempat ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan jelajah Kampus Astro On The Go. Tak menang tangan langsung kakitangan Astro dibuatnya . 


Selfie bersama rakan blogger dan kakitangan yang bertugas







Mana tidaknya , dengan promosi pendaftaran Astro On The Go yang dijalankan  secara percuma dan ditambah pula dengan beberapa permainan yang menarik seperti pertandingan timbang bola dan cabutan bertuah telah menarik minat pelajar kedua - dua kampus ini . 






Budak Pacak sempat juga bertanya kepada beberapa orang pelajar disana, kenapa dorang beria nak daftar Astro On The Go ? Rata - ratanya memberi jawapan sebab nak tengok bola dan minat rancangan memasak.





 Dan dengan aplikasi ini membuatkan mereka tidak perlu risau berkejar masa balik ke rumah semata - mata untuk lihat rancangan kegemaran mereka. Sebab itulah ' I Choose Astro On The Go ' . 


Budak Pacak pun gunakan Astro On The Go untuk tengok Piala Dunia 2014


Mesti korang tertanya bukan macam mana nak muat turun aplikasi ini ? Disini Budak Pacak sertakan cara - cara untuk muat turun aplikasi Astro On The Go mengikut gadget korang masing - masing. 


klik untuk zoom 


Boleh ke bukan pengguna Astro gunakan aplikasi Astro On The Go ?Jawapannya adalah BOLEH walaupun korang bukan pelanggan Astro di rumah . Malah korang boleh akses secara percuma ke rancangan berikut 




  • Astro Awani 
  • Rancangan Astro Arena yang terpilih
  • Episod pertama Rancangan Khas seperti MasterChef All Stars , Maharaja Lawak Mega dan lain - lain 
  • Filem tempatan dan antarabangsa yang terpilih
  • Sukan Tempatan dan Antarabangsa secara Live yang terpilih seperti Liga Super Malaysia 2014 , Badminton World Series dan lain - lain 
Rasa rancangan atas seperti tidak mencukupi ? Jangan risau kerana kepada pelanggan Astro atau bukan pelanggan Astro di rumah masih ada kelebihan dan pakej yang disediakan kepada korang . 




Dengan aplikasi Astro On The Go, buat pengguna Astro yang melanggan pakej Astro Super Pack , Sports Pack , Multiroom da Value Pack di rumah  , korang boleh akses ke 30 rancangan kegemaran korang pada komputer , laptop atau mana - mana gadget tak kira dimana jua secara PERCUMA .Walau bagaimanapun akses kepada rancangan tersebut bergantung kepada pakej yang telah korang pilih.





Jika korang melanggan lain dari pakej di atas, korang masih boleh layari rancangan kegemaran korang yang lain pada Astro On The Go dengan bayaran hanya RM 10 sebulan ! 

Bukan pelanggan Astro di rumah ? Jangan risau sebab korang masih boleh menikmati rancangan kegemaran korang pada Astro On The Go dengan  memilih beberapa pakej yang disediakan khas untuk korang . 

klik untuk zoom 


Jadi segalanya mudah bukan dengan Astro On The Go ?  Tonton rancangan kegemaran korang dengan kemudahan di hujung jari . Daftar sekarang sebab ianya adalah percuma  !  Terima Kasih Astro On The Go untuk aplikasi yang gempak ini. ' I Choose Astro On The Go , How About You  ? '


Best View In 360 Quality 


Muat turun aplikasi ini pada App Store atau Google Play. 
Daftar secara percuma di https://onthego.astro.com.my

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke 



p /s ; segala informasi di hujung jari. Terima kasih Astro On The Go 

Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini

by on 26.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .  Siapa pelanggan Astro di sini ? Kalau pelanggan Astro baguslah, bagi yang bukan tu, ja...