Total Pageviews

Ultraman Live Di Genting  Biar betul ultraman berada di Malaysia?  yer kawan - kawan. Siapa yang tak kenal ultraman, watak adihero yang sering dimainkan masa kita kecik - kecik . Dari generasi - ke generasi pelbagai watak ultraman telah muncul. Dan sekarang yang paling best korang boleh tengok sendiri secara live serta dapat bergambar bersama ultraman kesayangan korang!






Ultraman Live di Genting ini telah bermula pada 19  Februari yang lalu dan akan tamat pada 29 Mac ini. Budak Pacak berkesempatan untuk melihat sendiri persembahan live ini. Persembahan yang dibawa khas oleh Resorts World Genting ini memang menggamit memori. Bila dapat tengok persembahan ini serius gempak gila!  Budak Pacak bagi 5 Bintang!!











Part yang Budak Pacak paling suka bila di buat montage bahawa Kuala Lumpur diserang raksasa dan ultraman datang selamatkan Kuala Lumpur 





Korang masih ingat lagi tak ultraman Taro , Cosmos , Mebius , Seven  dan Tiga ? kesemua ultraman ini ada di Genting tau Ditambah pula dengan ultraman generasi baru iaitu Ultraman Zero dan Ultraman Ginga menjadikan persembahan ini sangat menghiburkan 




Masa Budak Pacak pergi baru ni boleh dikatakan hampir full house dengan rata - rata pengunjung semuanya adalah yang berkeluarga. Kalau sebelum ini korang cuma tengok aksi luar biasa mereka dalam tv je. inilah masanya untuk tengok secara live 









Buat korang berminat untuk tengok Ultraman Live di Genting ini, boleh dapatkan dengan harga RM 88 bagi tiket VIP dan RM68 untuk tiket PS1.  Kalau korang beli sekarang, korang akan dapat jam projektor Ultraman yang limited edition secara percuma.

 Malah dengan setiap tiket yang korang beli bakal mendapat diskaun 30 peratus bagi setiap pembelian barangan eksklusif Ultraman dan 20 peratus diskaun untuk menjamu selera di Resort Seafood , Hou Mei Resort Hotel dan Coffee Terrace 


Well I already met the ultraman, so  I will tell about this to my kids soon hahaha 



Persembahan ini bermula pada jam 4 petang dan 8 malam setiap hari jangan lupa dapatkan tiket sekarang 

untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 2718 1118 

 p /s dulu sanggup ponteng tadika sebab nak tengok ultraman hahaa 

Ultraman Live Di Genting

by on 10.3.15
Ultraman Live Di Genting   |   Biar betul ultraman berada di Malaysia?   yer kawan - kawan. Siapa yang tak kenal ultraman , watak adihero ...
Trigold Eyecare Membantu Merawat Masalah Mata   |  Korang ada masalah mata seperti rabun mata, silau mata, penglihatan kabur dan sebagainya?  Kalau ya, mesti dah lama atau masih lagi tercari - cari produk yang boleh membantu merawat masalah mata kan ?


Nak pakai cermin mata, sesetengah orang tak suka sebab bentuk muka akan berbeza, nak pakai contact lens pulak tak selesa. Apa kata lepas ni korang cuba produk Trigold Eyecare . Ini kerana produk Trigold Eyecare ini mempunyai banyak khasiatnya serta membantu pelbagai masalah mata seperti 

  • mencerahkan penglihatan mata rabun jauh
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata 
  • Mencantik dan Melembabkan mata yang lesu 
  • Sesuai untuk Masalah mata berair
  • Melegakan masalah gatal mata ( resdung ) 
  • Hilangkan masalah mata kering sembuhkan masalah mata merah 
  • Pulihkan masalah Rabun malam

 Bagi korang yang terdiri daripada pelajar, pekerja yang selalu ada masalah tidur atau yang ada sakit mata bolehlah cuba produk Trigold Eyecare ni, hilangkan eye bag korang tu 



Apa yang membantu merawat masalah mata ni? Sebenarnya produk ini mengandungi 

  •  Lutein 
  • Ekstrak Bilberry 
  • Ekstrak Sunflower seed 
  • Ekstrak Carrot 
  • Ekstrak Tomato 
  • Ekstrak Broccoli
  • Ekstrak Elderberry 
  • Ekstrak Apple
Dimana kesemua ekstrak ini mempunyai kelebihan seperti 


• Lutein berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina.

• Ekstrak Bilberry digunakan mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata karena mengandung zat aktif yang disebut antosianosida atau lebih dikenal dengan antioksidan.

• Ekstrak Sunflower Seed merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan.

• Ekstrak Lobak merah berfungsi untuk mencerahkan penglihatan mata disamping membantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan, menormalkan metabolisme.

• Ekstrak Tomato bertindak untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

• Ekstrak Brokoli mempunyai beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata.

• Ekstrak Elderberry berfungsi merawat mata yang kabur.

• Ekstrak Apple berfungsi memberikan kesihatan pada mata dan penglihatan. 



Jadi tidak hairanlah segala masalah mata boleh dirawati dengan produk Trigold Eyecare ni .




 Budak Pacak sendiri ada mencuba produk ini memandangkan Budak Pacak ada masalah mata silau. Kalau nak tahu, bau produk ini wangi macam bau vitagen dan rasanya pula macam Scott Emulsion. Sedap!!

Testimoni 


Cara pengambilannya adalah 1 Sudu besar dan diambil dua kali sehari selepas makan.  Mesti korang risau dan tertanya produk ini mempunyai kesan sampingan tak? jawapannya mestilah ada! sebab ianya membantu merawat masalah mata. hehe okay kalau korang yang ada persoalan, harap jawapan di bawah ini dapat membantu 




Testimoni 


Bagus kan kebaikan dia, kalau korang berminat untuk dapatkan produk Trigold Eyecare ini kebetulan sekarang tengah promosi dimana harga sebotol produk ini adalah 
RM45/49ss (Normal EXclude postage)

dan 

3 botol RM135/140ss (Normal EXclude postage)

tetapi kalau korang beli sekarang korang akan dapat dengan harga 
PROMOSI : 3 BOTOL RM120/130SS



kalau korang masih lagi ragu - ragu dan mempunyai persoalan, bolehlah join group facebook ini atau ke page rasmi mereka 
 GROUP : 

PAGES : Ubati Masalah Rabun Mata - TriGold Eyecare

INSTAGRAM
@ubat mata ATAU #trigoldeyecare 

Selamat mencuba !

Trigold Eyecare Membantu Merawat Masalah Mata

by on 8.3.15
Trigold Eyecare Membantu Merawat Masalah Mata    |  Korang ada masalah mata seperti  rabun mata, silau mata, penglihatan kabur dan sebaga...
Peluang Untuk Memenangi Kamera Canon Berjumlah RM20,000 Dengan Canon Get Closer |  Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Pulau Pinang bagi menyaksikan sendiri pelancaran Kempen Canon Get Closer anjuran Canon Marketing Malaysia Sdn Bhd






Khabarnya melalui kempen ini, pemenang bertuah bakal memenangi Kamera Canon Bernilai RM 20,000. Perghh gempak habis! Tapi sebelum itu, let me explain what is Canon Get Closer about 

Canon Get Closer adalah satu kempen dimana ianya memberi peluang kepada penduduk setempat dan para pelancong untuk melihat dengan lebih dekat rahsia tarikan Pulau Pinang menerusi lensa kamera. 

Kenapa Pulau Pinang? Negeri yang kaya dengan bahan peninggalan sejarah serta menjadi tumpuan pelancong ini telah memberi peluang kepada Canon untuk membuka ruang maya ke dalam sejarah silam . 




Menerusi Projektor Canon Get Closer, korang yang lalu lalang dan mengambil imej di tempat warisan terpilih ini akan merakamkan detik indah kawasan berkenaan suatu ketika dahulu. 




Bagi Budak Pacak, ini adalah satu usaha yang sangat digalakkan. Menerusi teknologi canggih ini generasi sekarang dapat melihat kembali keindahan warisan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu

Bagaimana cara untuk memenangi Kamera Canon Bernilai RM 20,000 ini? 



Kempen Canon Get Closer yang terbahagi kepada dua kategori ini bermula dari 28 Februari sehingga 28 Mac 2015 ini akan berada di beberapa kawasan tumpuan pelancong sekitar Pulau Pinang bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam. Jadi apa yang korang perlu buat? 


salah seorang peserta Canon Get Closer 

  1. Melawat kesemua lapan lokasi setiap secara mingguan 
  2. Rakamkan gambar korang menggunakan projektor sejarah Canon yang disediakan 
  3. Letak caption korang secara kreatif bertemakan sejarah 
  4. Like dan Upload gambar korang di Facebook Canon Camera Malaysia 
Lokasi Kempen Canon Get Closer

Minggu Pertama 
28 Februari - 6 Mac : Fort Cornwallis dan Jalan Masjid Keling Kapitan 

Minggu Kedua 
7 Mac - 13 Mac : Peranakan Mansion dan Lebuh Cannon

Minggu Ketiga 
14 Mac - 20 Mac : Lebuh Armenian dan Penang Hill

Minggu Keempat 
21 Mac - 28 Mac : Gurney Paragon St Jo dan Canon Imaging Square-CIS 


Jadi tunggu apa lagi? kepada korang terutamanya orang Pulau Pinang rebut peluang ini dan menangi hadiah hebat dari Canon!! 

p/s : akan datang cerita penuh mengenai Media FAM Trip Canon Get Closer 

Peluang Untuk Memenangi Kamera Canon Berjumlah RM20,000 Dengan Canon Get Closer

by on 6.3.15
Peluang Untuk Memenangi Kamera Canon Berjumlah RM20,000 Dengan Canon Get Closer   |  Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Pulau Pinang bag...
Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown | Siapa suka makan Pizza Hut dekat sini? kalau ya korang dah cuba menu terbaru dorang yang unik dan ohsem gilos tu? Memperkenalkan Piza Pastry Crown yang tampil dengan gabungan lapisan inti yang manis, beserta dengan pastri mentega yang garing keemasan!







Ditambah pula dengan topping ketulan meatloaf ayam, bawang , nanas, capsicum, keju mozarella dan sos istimewa BBQ Tennesse . Mana nak dapat dekat Malaysia ni? gabungan rasa pastry dalam pizza. 

Sambil makan korang akan dapat rasa pelbagai keunikan dalam satu pizza. Tidak hairanlah ianya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia! 

Credit - Media Hiburan 


Budak Pacak sempat merasa keunikan ini semasa berada di Pizza Hut's Pastry Crown Pizza Blogger Party. Dalam masa yang sama turut memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Pizza Hut Quill Mall




Credit - Media Hiburan 


Bila dah makan serius cakap, buat korang yang sukakan keunikan, suka pasty yang manis - manis you guys should try this new pizza . Its totally different than others! 






Pada masa yang sama, majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkenal tanah air, Marsha Milan. Memang gamatlah suasana dalam Pizza Hut dengan keletah masing - masing .



Marsha promosikan Piza Pastry Crown terbaru 


Untuk Piza Pastry Crown ini, korang boleh dapatkan di mana - mana cawangan Pizza Hut berdekatan bermula dari 28 Januari hingga 31 Mac ini. Kalau rasa nak makan set lengkap,korang cuma perlu tambah RM 6.00  dah dapat Kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Kalau plan nak makan ramai - ramai , order je  Big New Year Box yang boleh dimakan 3 - 4 orang. 




Berharga RM 47.90 korang dah jimat sebanyak RM 11.80 tau dah la dalam tu ada Piza Pastry Crown, 6 Ketul Drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul Spicy Chicken fingers dan 2 sup cendawan Jadi jangan lupa untuk nikmati keunikan piza terbaru ini. 

untuk maklumat lanjut boleh ke 

Delivery

1 300 88 2525


Facebook

Twitter

Instagram
http://instagram.com/pizzahutmalaysia

Rating Blog Budak Pacak untuk Piza Pastry Crown 

Makanan - 4 Bintang
Harga - 4 Bintang 

Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown

by on 24.2.15
Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown  | Siapa suka makan Pizza Hut dekat sini ?  kalau ya korang dah cuba menu terbaru dorang yang unik d...
Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes |  Selamat Tahun Baru Cina! Harap Budak Pacak tidak kelewatan untuk wish kepada kawan - kawan dan juga pembaca yang menyambutnya. XES Shoes, sebuah jenama kasut tempatan yang terkenal dan tidak asing lagi telah mengadakan sesi beramah mesra dengan rakan - rakan media.




Kalau nak tahu XES Shoes ini adalah salah satu produk dan jenama kegemaran Budak Pacak. So far, kesemua kasut Budak Pacak datangnya dari XES Shoes.  Selesa dan tahan lama untuk dipakai. 

Jangan ingat jenama XES ni hanya untuk kaum wanita, untuk para lelaki pun ada disini. Khabarnya pada Mac ini akan ada pelancaran koleksi terbaru, jadi sama- samalah kita tunggu..





Got Angpow too 

Untuk pengetahuan korang, pada majlis beramah mesra ala - ala Rumah Terbuka baru - baru ini, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pampering and grooming session, Yee Sang session dan juga photo shoot session.




Kalau yang blogger perempuan bukan main lagi dorang, siap make up, buat rambut bagai sampai tak cam muka. Tapi kiteorang yang blogger lelaki nak jugak enn, so rambutlah jadi mangsa untuk photo shoot session. 

Cakap pasal photo shoot, satu pertandingan antara blogger telah diadakan dimana kiteorang akan betanding untuk dapatkan 'like' terbanyak di Facebook. Pemenang bagi pertandingan ini akan  mendapat hadiah wang tunai RM 888.00 dan produk XES yang berjumlah RM 1,388.00 . 



Haa bukan untuk blogger sahaja tau, untuk10 orang buat  korang yang like dan support blogger yang menang juga akan mendapat hadiah sebagai tanda sokongan. Jadi jom ramai - ramai like gambar Budak Pacak 

Apa yang korang perlu buat  : 

Step 1 : LIKE Fanpage XES Shoes - http://www.facebook.com/xesshoes


Step 3 :Tag dan minta kawan korang untuk UNDI gambar tersebut dengan klik LIKE

Pertandingan ini akan bermula pada 17 Februari - 17 Mac 2015. Jadi jangan lupa untuk undi hehe 

p /s - most of the contestant adalah blogger perempuan, lets see if men power can win hehehe 

Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes

by on 23.2.15
Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes   |  Selamat Tahun Baru Cina !  Harap Budak Pacak tidak kelewatan untuk wish kepada kawan - ka...
Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah  |  Galactic laser adalah permainan laser tag  yang menggabungkan elemen digital dan laser. Cakap pasal laser, jangan risau tak merbahaya pun. Game ini sebenarnya ala - ala war combat, siapa yang terkena laser ni dikira kena tembak dan hilang nyawa untuk 7 saat. 






Baru - baru ini, Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain telah dijemput untuk memeriahkan lagi Galactic Laser Edisi Angpow Challenge di Mid Valley Megamall.  



Dimana untuk game kali ini turut disertai oleh para laser tag yang sememangnya dah pro dalam game ini. Kena pula battle dengan kiteorang , so paham - paham je la siapa yang menang kan ?



Sebanyak 3 pusingan game telah diadakan dan 3 peserta bagi setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi layak untuk bertanding di pusingan akhir. Ini adalah kali pertama Budak Pacak main laser tag ini, untuk 1st round hanya mampu kutip 1000 point iaitu tempat terakhir dalam kumpulan. 



Dalam game ini turut disertai oleh kanak - kanak umur 8 tahun. Haa kalah dengan budak - budak, malu disitu! Untuk last game pulak, blogger - blogger telah diberi peluang untuk battle sesama sendiri. Time ni memang puaslah tembak kumpulan musuh. 





Itu baru 1st round, tapi bila masuk game yang kedua dan ketiga, Budak Pacak lead balik dengan menduduki tempat ketujuh dan keempat. Kira hebatlah untuk yang pertama kali main kan 

Add caption





Sementara tunggu turn, main mini game dulu 


Yeay Dapat Angpow 


Untuk Galactic Laser Edisi Angpow Challenge, hadiah lumayan turut disediakan untuk para pemenang. Jadi tahniah kepada para pemenang. Korang memang hebat!



Apapun terima kasih kepada pihak Galactic Laser Mid Valley dan juga rakan blogger, Tommy kerana menjemput Budak Pacak dan rakan blogger yang lain untuk battle kali ini. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari http://galacticlaser.com/

Rating Budak Pacak untuk permainan ini 

Permainan - 4 Bintang
Harga - 4 Bintang 

Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah

by on 15.2.15
Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah   |   Galactic laser adalah permainan laser tag  yang menggabungkan elemen digital dan laser....