Total Pageviews

Cara Atasi Kelemumur dan Keguguran Rambut Dengan Elite Combat Dandruff Rambut dan lelaki memang tidak boleh dipisahkan. Sebab kebanyakan lelaki akan cakap rambut merupakan aset penting selain bentuk badan yang menarik . Bercakap mengenai rambut, apa produk rambut yang korang gunakan? adakah korang main pilih je mengikut jenama kesukaan atau main pilih je?

 Tak salah sebenarnya untuk korang pilih jenama kesukaan korang, tapi ingat jangan main pilih je sebab ada rambut yang sensitif dengan sesetengah produk malah ada juga sesetengah produk yang dirumus khas untuk masalah rambut tertentu.

Bagi entry kali ini, sekali lagi Budak Pacak diberi kepercayaan oleh Elite by Dashing untuk bawakan kepada korang produk rambut lelaki yang sesuai. Dan kali ini khas untuk korang yang ada masalah rambut seperti masalah kelemumur dan keguguran rambut







Pernah tak korang perasan kadang – kadang rambut korang ada kepingan putih dan kadang – kadang dekat baju pun ada. Kalau ya,  itu bermakna korang mempunyai masalah kelemumur. Oh ya sebelum itu, Budak Pacak nak bagi sedikit info untuk korang,  ada beza ya jika korang perasan rambut korang ada Habuk Putih dan juga Kepingan Putih

 kalau kepingan putih tu macam Budak Pacak cakap tadi ianya adalah kelemumur tapi jika korang perasan ada Habuk Putih bermakna korang telah mencampurkan produk rambut yang berlainan atau rambut korang tidak dicuci bersih.  Tetapi jangan risau Habuk Putih ni boleh dihilangkan dengan air tapi  masalah utama adalah kepingan putih ini.





Untuk itu, Elite by Dashing telah mengeluarkan beberapa produk rambut lelaki yang sesuai untuk korang yang menghidapi masalah ini.


Elite Combat Dandruff & Flakes

Formulasi anti – kelemumur ini berupaya untuk mencegah dan mengawal kelemumur. Diperkaya dengan nutrient phyto, SEPICAP untuk perlindungan UV dan pencemaran. Malah ianya mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta memastikan rambut lebih kuat dan kulit kepala lebih sihat.




Disediakan dalam pek
100g (Tiub)  - RM 5. 50
50g – RM 8. 20
250g – RM 9.30

Elite Combat Dandruff & Flakes Water Gel

Produk ini sama sahaja dengan Elite Combat Dandruff & Flakes  dan membezakannya adalah kandungan produk ini berasaskan water gel . Ada sesetengah orang sukakan gel biasa dan ada juga yang sukakan water gel .Pilih je yang mana menjadi kesukaan korang, sebab dengan produk terbaru Elite ini ianya bukan sahaja memastikan rambut korang bebas daripada kelemumur malah memberi gaya rambut kekal terpacak like how this blog got name, LOL



Disediakan dalam pek 200ml – RM 12.30

Untuk itu, pilihlah produk rambut yang sesuai dengan rambut korang , kalau ada masalah rambut tu jangan main hentam je ambil. Nanti masalah rambut makin teruk dah tak ada keyakinan untuk kelihatan bergaya. 

Tutorial pantas bagi penggayaan rambut lelaki 


Buat korang yang tak ada masalah rambut tu bolehlah pilih wax atau gel rambut Elite yang lain di dalam entri ini , kalau ditanya Budak Pacak, produk Elite yang berwarna Pink, Biru dan Kelabu menjadi pilihan untuk kelihatan bergaya. Selamat bergaya jejaka semua! 

Cara Atasi Kelemumur dan Keguguran Rambut Dengan Elite Combat Dandruff

by on 9.4.15
Cara Atasi Kelemumur dan Keguguran Rambut Dengan Elite Combat Dandruff  |  Rambut dan lelaki memang tidak boleh dipisahkan. Sebab kebanyak...
Perfume Murah Dan Tahan Lama Dari De'Xandra |  Cakap pasal perfume baik lelaki dan perempuan mesti korang ada jenama dan haruman  favorite tersendiri. Tapi mostly bila bau wangi mesti harga mahal kan kadang nak beli tu tak mampu, dapat tester pun jadilah. Kadang ada yang sanggup habis beratus ringgit semata - mata untuk dapatkan perfume kegemaran 



Lepas ni tak payah risau. Dengan adanya De'Xandra perfume, korang boleh dapatkan haruman kegemaran korang dengan harga murah dan haruman yang berkualiti . Serius cakap, Budak Pacak dah dapatkan De'Xandra ini. 



Selalunya dengan perfume lain Budak Pacak akan spray beberapa kali untuk kekalkan keharuman tersebut. Tapi dengan De'Xandra cukup dengan dua atau satu semburan dah cukup untuk harumkan satu badan. Sebab itu De'Xandra perfume adalah perfume tahan lama 




Cakap je perfume jenama antarabangsa yang korang nak, Insyallah semua ada dekat sini. Untuk Budak Pacak , haruman dari Armani Code dan 1 Milion menjadi pilihan. Selain daripada itu, banyak kelebihan yang terdapat dalam De'Xandra ni kerana ianya adalah 

- Inspirasi jenama antarabangsa (Top Perfume)
- Setanding produk antarabangsa
- Produk Halal
- Pati original , boleh di bawa solat
- EDP , tahan lama (more than 8 hours)
- Travel Perfumes
- 35 ML (tidak terlalu kecil/besar)
- Packaging yang menarik & cantik
- Mengikut citarasa Malaysia






haa best tak? mana lagi korang nak dapatkan perfume murah dan berkualiti seperti ini. untuk dapatkan De'Xandra perfume boleh rujuk pada butiran berikut 

Phone No : 013-2644310 (LIA)


Kekalkan haruman dan bergaya dengan De'Xandra perfume! Budak Pacak dah, korang bila lagi ?

Perfume Murah Dan Tahan Lama Dari De'Xandra

by on 8.4.15
Perfume Murah Dan Tahan Lama Dari De'Xandra  |  Cakap pasal perfume baik lelaki dan perempuan mesti korang ada jenama dan haruman   fa...
Boat Noodle Perkenalkan Menu Terbaru |  Siapa sini peminat Boat Noodle Budak Pacak berani gerenti mesti ada punya peminat tegar Boat Noodle. Kadang tengok gambar sampai bermangkuk - mangkuk korang makan . Untuk Budak Pacak sendiri sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat Boat Noodle ni yang menjadi trend sekarang. Bila dijemput oleh Bro Framestone ke sini, memang terus cakap ' YA' 



kredit to http://syafierabeauty.blogspot.com/


Baru setahun menapak di Malaysia , tetapi Boat Noodle mencatat sejarah sehingga mempunyai pengikutnya tersendiri. Sebelum Budak Pacak kongsikan dengan korang mengenai menu terbaru Boat Noodle, Budak Pacak nak jelaskan dengan korang mengenai status halal Boat Noodle. Yer la dulu terpalit kontroversi mengatakan Boat Noodle tidak halal


Sebenarnya Boat Noodle ni halal yer kawan - kawan . Mengenai kontroversinya terdahulu, ramai yang salah sangka dan keliru sebenarnya yang tak halal tu restoran lain bukanlah restoran Boat Noodle ini . 


Sempena kunjungan Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain ke Boat Noodle cawangan Berjaya Times Square Kuala Lumpur, sebanyak 9 menu terbaru telah diperkenalkan menjadikan Boat Noodle ni sebagai port makan yang pelbagai. Cakap pasal Boat noodle yang sememangnya terkenal dengan menu utamanya iaitu  grass noodle Ayuthaya dan Pathumthani

Chicken Ayuthaya 

Meat Ayuthaya 

Chicken Pathumthani 

Meat Pathumthani 



Kedua - dua menu ini berlainan dari segi tekstur , rasa dan warna nya. Bagaimana nak bezakan? caranya adalah jika pedas ianya adalah Pathumthani dan jika kuahnya sedikit cair itu adalah Ayuthaya . 

Melengkapkan hidangan ini adalah menu - menu terbaru seperti 

Thai Popeye Tempura 



Snek ringan daripada sayur bayam segar yang digoreng rangup menggunakan teknik 'Soo - Yot' dip . Soo Yot di Thailand bermaksud bagus 

Yum Mama 



Hidangan klasik mee segera yang dihidangkan bersama hirisan sosej ayam, filet ketam dan kekacang 

Yum Woon Sen



Buat penggemar seafood yang sukakan pedas korang kena cuba menu ini. Kalau tengok teksturnya ala - ala kerabu and Yes rasanya hampir menyerupai Som - Tam dan menu ini lagi unik kerana dicampur bersama udang segar , filet ketam dan juga bihun halus 

Yum Meatball 



Meatball sebagai pelengkap menu korang. Sebab tu ada Yum sebab dia simple tapi sedap

Boat Noodle Sangkaya 



Pencuci mulut daripada Thailand ini sesuai dimakan bila - bila masa sahaja. Sangkaya ini adalah kastard yang dikukus yang dimakan begitu sahaja. Rasanya yang lemak manis dan masin menjadikan kuih ini sedap dimakan panas - panas 

Bangkok Omelet with Sood Yut 



Menu telur dadar dimakan bersama nasi ini begitu unik sekali sehingga menjadikan ini adalah menu kegemaran Budak Pacak disini. Yang pasti telur dadarnya sangat creamy dan sedap dimakan begitu sahaja 

Kra - Pow Chicken Rice



Kra Pow di Thailand bermaksud Daun Basil Thai. Menu ini adalah street food di Thailand yang sentiasa menjadi kegemaran ramai 

Ice Blended Coconut

Haa tak payah nak pergi jauh - jauh ke Klebang sana nak minum coconut shake. Sebab Ice Blended Coconut di Boat Noodle fresh gilos sampai terasa pati kelapa nya 

Creamy Ice Blended Green Tea 

Haa ini favourite Budak Pacak. Rasa teh nya segar lagi creamy memang sesuai sangat jadi penyejuk tekak. For the record tempoh hari , Budak Pacak order dan minum sampai 3 cawan yer 




Kalau korang nak tahu, menu di sini akan kian bertambah dan dikemas kini. Selain glass noodle yang menjadi signature dorang, dengan ada nya menu - menu tambahan ini akan menjadikan Boat Noodle ini sebagai port makan yang best gilos. Tak percaya pergilah mana - mana cawangan dorang, kalau tak full memang tak sah. Jadi plan time dan tempat baik - baik yer 



Boat Noodle kini mempunyai 9 cawangan di Malaysia iaitu di Empire Damansara, The School Jaya One, Ikon Cheras , Berjaya Times Square, Publika, Sutera Mall Johor Bahru, Gamuda Walk Kota Kemuning, Klang Parade dan D'Pulze Cyberjaya 

Untuk maklumat lanjut mengenai Boat Noodle ini bolehlah ke Facebook page mereka 


Jutaan terima kasih kepada Bro Framestone dan Boat Noodle Berjaya Time Square kerana sudi menjemput Budak Pacak ke sini. Happy to the Max!

Boat Noodle Perkenalkan Menu Terbaru

by on 7.4.15
Boat Noodle Perkenalkan Menu  Terbaru   |  Siapa sini peminat Boat Noodle   ?  Budak Pacak berani gerenti mesti ada punya peminat tegar Bo...
Alfio Raldo Perkenalkan Koleksi Terbaru | Alfio Raldo jenama fesyen yang tidak asing lagi dalam negara kita. Malah rasanya Budak Pacak sendiri membesar dengan jenama ini. Baru - baru ini, bertempat di Butik Alfio Raldo The Weld, gabungan koleksi elegan , klasik , mewah dan stylish telah diperkenalkan Alfio Raldo sempena acara ' An Evening With Bloggers and Alfio Raldo




Pertama kali Budak Pacak datang ke sini sudah terpaku melihat beberapa koleksinya yang menarik hati terutama buat para wanita . Memfokuskan warna hijau , merah , kuning dan biru sebagai pilihan warna koleksi terbarunya dalam pilihan kasut seperti sneakers , wedges , kasut tumit , sandal dan loafers










Boleh dikatakan semua pilihan fesyen yang korang nak ada di Alfio Raldo. Baik beg tangan , kasut, card holder , jam tangan dan juga cermin mata untuk lelaki dan perempuan. 



Blogger Syafiera yang excited dalam setiap event LOL





Sempena kunjungan Budak Pacak ke butik mereka di The Weld, Alfio Raldo telah menghadiahkan kami satu set barangan ekslklusif mereka. Antaranya seperti set beg duit serta card holder, jam tangan dan cermin mata polaroid. Memang cantik giler!




Sempat juga Budak Pacak pakai dan peragakan di Macau baru - baru ini sempena Media FAM Trip ke Macau. Terima kasih Alfio Raldo dan Hai Bloggers kerana sudi menjemput Budak Pacak ke butik Alfio Raldo The Weld 


Mr Jordan Ling - Managing Director Alfio Raldo 


Untuk korang yang nak dapatkan barangan ekslklusif Alfio Raldo ini boleh dapatkan juga di Parkson Grand, Isetan dan Metrojaya, Jadi dapatkan segera pilihan kesukaan korang kerana  dengan Alfio Raldo korang akan kelihatan elegan dan stylish . Dapatkan sekarang! 

Alfio Raldo Perkenalkan Koleksi Terbaru

by on 6.4.15
Alfio Raldo Perkenalkan Koleksi Terbaru   | Alfio Raldo jenama fesyen yang tidak asing lagi dalam negara kita. Malah rasanya Budak Pacak s...
Senarai Acara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara 2015 Baru  - baru ini Budak Pacak bersama – sama Projek Travel telah dijemput oleh pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara- JKKN ke Melaka menerusi program Jom Balik Kampung Bersama Media

Dimana tujuan utama program ini adalah bagi menghargai jasa pihak media yang bersama – sama menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKN seterusnya bagi membentangkan aktiviti – aktiviti yang bakal dijalankan bagi tahun ini








Program Jom Balik Kampung Bersama Media ini tersangatlah happening bermula dari awal kami bertolak sampailah ke Melaka. Sepanjang perjalanan, kami telah dihiburkan oleh kumpulan Alun Tradisi dan Fauziah Gambus yang namanya semakin naik dalam memartabatkan seni irama melayu melalui alat muzik tradisional



Pada sebelah malamnya tibalah acara rasmi iaitu JKKN  Highlights 2015 yang dibentangkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara , YBhg. Datuk Norliza Rofli. Kalau korang nak tahu, JKKN bakal menganjurkan 2,377 program seni budaya sepanjang tahun 2015 dimana ianya menjurus kepada pemuliharaan dan penyemarakkan seni budaya


Antara aktiviti  JKKN tahun 2015 yang bakal diadakan adalah seperti

Pementasan Traditional
  • Persembahan Dondang Sayang  - 27 & 28 Mac 2015
  • Dramatari Klasik India – 24 & 25 April 2015
  •  Mak Yong – 29 & 30 Mei 2015
  • Ghazal Parti – 28 & 29 Ogos 2015
  • Main Puteri – 18 & 19 September 2015
  • Opera Cina – 30 & 31 Oktober 2015
  • Koleksi Tari Klasik Malaysia – 20 & 21 November 2015
  • Bangsawan Tempatan
  • Raja Ku Puteh – 10 hingga 12 April 2015
  • Awang Kudis Buta – 8 hingga 10 Mei 2015
  • Kota Lukut – 12 hingga 14 Jun 2015
  • Nila Kesuma – 14 hingga 16 Ogos 2015
  • Opera Sri Bandaraya – 9 hingga 11 Oktober 2015
  • Sumpahan  Nujum Perawan – 13 hingga 15 November 2015
  • Dewa Satria Lestari – 11 hingga 13 Disember 2015 
Program Merakyatkan Seni

Pesta Angin Timur Perlis 2015 – 6 hingga 8 Mac 2015
Kampung Bohor Tui, Perlis

Festival Nasi Ambeng – 16 hingga 18 April 2015
Banghuris Homestay, Sepang Selangor

Cak Lempong Extravanganza – 2 & 3 Mei 2015
Auditorium Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Pesta Air Chenor – 23 & 24 Mei 2015
Jeti Chenor Pahang

Festival Wayang Gedek Kedah  - 30 Mei 2015
Kompleks JKKN Kedah

Perhimpunan Perguruan Silat Johor – 6 Jun 2015
Bukit Layang – layang Pasir Gudang Johor

Festival Rebana Perak – 7 Jun 2015
Kuala Kangsar Perak

Dikir Barat Perdana – 12 & 13 Jun 2015
Kompleks JKKN Kelantan

Festival Boria – 21 & 22 Ogos 2015
Fort Cornwallis Pulau Pinang

Gendang Melayu Sarawak – 12 & 13 September 2015
Kuching Waterfront Sarawak

Festival Permainan Rakyat – 18 & 19 September 2015
Kuala Lumpur

Rhythm of Kinabalu – 18 & 19 September 2015
Kompleks JKKN Sabah

Pesta Pantai Terengganu – 19 September 2015
Dataran Batu Burok Terengganu

Joget 1 Malaysia-  13 & 14 November 2015

Program Teras JKKN
  • Inspitari – 7 & 8 November 2015
  • Festival Tari Malaysia – 1 hingga 6 Jun 2015
  • Koir Kebangsaan
  • Kuala Lumpur Lake Garden Festival


Jadi jangan lupa semua untuk keep update aktiviti yang dianjurkan oleh JKKN. Budak Pacak sendiri telah hadir ke beberapa aktiviti anjuran JKKN sepanjang 2014 dan apa yang Budak Pacak boleh rumuskan adalah kesemua aktiviti yang dianjurkan bertaraf 5 bintang. 

Rugi kalau korang lepaskan peluang ini memandangkan tahun ini adalah MYFEST2015 jadi ambil peluang untuk turut sama memeriahkan budaya di negara kita 

Senarai Acara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara 2015

by on 1.4.15
Senarai Acara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara 2015   |  Baru  - baru ini Budak Pacak bersama – sama Projek Travel telah dijemput...