Total Pageviews

Memandangkan bulan puasa hampir tiba, jadi bermula pada hari ini Blog Budak Pacak akan bawakan lokasi - lokasi tempat berbuka puasa menarik khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk lokasi berbuka puasa pertama pada tahun ini , perkenalkan Laman Kayangan Shah Alam 


Tempat Berbuka Puasa 2017 : Laman Kayangan Shah Alam

by on 16.5.17
Memandangkan bulan puasa hampir tiba, jadi bermula pada hari ini Blog Budak Pacak akan bawakan lokasi - lokasi tempat berbuka pu...
Haa tengok tajuk pun dah bikin kontroversi kan? Yer la bila ajak destinasi bercuti pilihan , banyak kenalan aku cakap 'jom ke Maldives' . Masalahnya duit pun tak ada, kalau korang ada budget, no hal silakan. Tapi kalau tak ada? Lupakan saja! 




Nak Ke Maldives? Lebih Baik Ke Sabah !

by on 13.5.17
Haa tengok tajuk pun dah bikin kontroversi kan? Yer la bila ajak destinasi bercuti pilihan , banyak kenalan aku cakap 'jom ke Maldives...
Siapa yang nak di persalahkan jika korang mengalami masalah obesiti?  Terdapat pelbagai alasan diberikan untuk membetulkan perkara yang tidak betul. Sebagai contoh:



Kenapa Obesiti Boleh Berlaku? Ini Jawapannya

by on 12.5.17
Siapa yang nak di persalahkan jika korang mengalami masalah obesiti?  Terdapat pelbagai alasan diberikan untuk membetulkan perkara yang...
Sebut saja Pulau Mabul , Pulau Mataking atau Bohey Dulang mesti korang terbayang akan kecantikannya bukan? Kali ini aku nak berkongsi dengan korang sebuah resort yang hangat diperkatakan kerana keunikannya tersendiri 



Sipadan Kapalai Dive Resort Viral Kerana Keunikannya

by on 11.5.17
Sebut saja Pulau Mabul , Pulau Mataking atau Bohey Dulang mesti korang terbayang akan kecantikannya bukan? Kali ini aku nak berkongsi d...


Nak makan apa ? Entah...kau nak makan apa? Entah... Kau ada idea? Eh cepatlah nak makan mana? Dah tu kau nak makan apa ?



Percaya atau tidak inilah dialog yang sering kali muncul setiap kali nak membuat pilihan nak makan dekat mana. Betul tak? 

Tempat Makan Sedap ? Gunakan Aplikasi Jalan - Jalan Cari Makan

by on 10.5.17
Nak makan apa ? Entah...kau nak makan apa? Entah... Kau ada idea? Eh cepatlah nak makan mana? Dah tu kau nak makan apa ? P...
Bila diajak makan ke sini, mula terfikir boleh masuk ke makanan Turki ni, takut manis , takut pedas sangat dan tak selera dengan tekak. Bila first bite je makan makanan asli Turki ni fuhhh bertambah weh 



Restoran Alaturka Turkish Cuisine Menyediakan Makanan Turki Yang Sedap

by on 10.5.17
Bila diajak makan ke sini, mula terfikir boleh masuk ke makanan Turki ni, takut manis , takut pedas sangat dan tak selera dengan tekak. B...
Kalau sebelum ini korang dah baca Tempat Menarik Di Tawau Sabah, kali ini masih lagi dalam edisi #SeaYouInSabah, anjuran Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine, aku bawakan kepada korang senarai tempat menarik di Semporna Sabah



Tempat Menarik di Semporna Sabah

by on 9.5.17
Kalau sebelum ini korang dah baca Tempat Menarik Di Tawau Sabah , kali ini masih lagi dalam edisi #SeaYouInSabah , anjuran Sabah Tourism ...
Baru - baru ini bertempat di Swiss Garden Kuala Lumpur , telah berlangsungnya satu  Sidang Media Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara yang akan diadakan pada 13 Mei nanti. 




Tertarik untuk aku hadir ke majlis ini untuk melihat perjalanan aktiviti Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai Srikandi Malaysia. Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara ini akan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 

Majlis ini untuk pengetahuan korang akan diadakan di Mayang Sari Grand Ballroom, JW Marriot Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memartabatkan pesilat - pesilat terutamanya golongan wanita serta bagi memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan masa, tenaga mereka yang pernah menjadi juara atau ikon didalam dunia persilatan 



Sebagai info, Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara ini terbahagi kepada 4 kategori dan kategori utamanya adalah Anugerah Tun Fatimah.Anugerah ini dimana ianya diberikan kepada juara - juara didalam pertandingan silat yang mereka wakili untuk negara dan dinilai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( PESAKA) 

Anugerah yang julung kalinya diberikan kepada pesilat dan pejuang agama bangsa dan negara ini diharap mampu memberi galakan dan semangar kepada wanita diluar sana. 

Selain dari anugerah ini, antara anugerah lain yang akan  diberi pada majlis itu nanti adalah Anugerah Khas Dang Merdu Wati yang diberikan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato' Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Anugerah Tun Teja diberi kepada isteri - isteri Pengasas Persilatan . 

Anugerah Tun Puteh pula diberikan kepada 13 orang usahawan dan wanita - wanita yang berjaya dan sukses di dalam bidang yang mereka ceburi serta Tokoh Wartawan Rakyat diberikan sebagai menghargai wartawan yang bersama - sama Srikandi dalam membantu semua lapisan masyarakat 



Sebenarnya matlamat utama penyampaian anugerah - anugerah ini sebagai batu loncatan dan semangat bagi Srikandi untuk terus menyumbang bakti . Walaupun dilihat kecil, namun besar makna nya bagi kelompok tertentu yang menerimanya. 



Kalau nak tahu, Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia telah dirasmikan pada 19 Mac 2012 oleh isteri Perdana Menteri, YBhg, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor . Srikandi Malaysia merupakan salah satu badan NGO yang bergerak aktif dalam bidang amal kebajikan dan kemasyarakatan . Dua orang pengasasnya, YH Dato Norashikin bt Abd Ghani sebagai Presiden dan Cik Nor Khairunnisa bt Mohamad Tahir  sebagai Setiausaha Agong. 


Penasihat Kehormat Pertubuhan adalah YB Datuk Haji Ahmad Bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri serta KDYMM Sultan Pahang , Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta' in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuuddin Al Mu'adzam Shah dan DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merupakan penaung Diraja Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia .


Fokus utama pada masa kini selain menghulurkan bantuan kepada golongan Asnaf., wanita teranaya dan Ibu Tunggal, Srikandi Malaysia juga lebih memfokuskan kepada anak - anak tercicir Asnaf/ Miskin , Anak Yatim dan golongan yang tidak berkemampuan didalam bidang pembelajaran dengan memberi mereka biasiswa persekolahan secara berterusan 

Sehingga kini lebih dari 100 asnaf dan anak - anak yatim dikenal pasti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan mereka akan diraikan didalam majlis di bulan ramadhan akan datang. 



Semoga Srikandi Malaysia akan terus sukses dan mendapat banyak sokongan dalam membantu golongan wanita terutamanya secara berterusan! 

Majlis Sidang Media Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara

by on 8.5.17
Baru - baru ini bertempat di Swiss Garden Kuala Lumpur , telah berlangsungnya satu   Sidang Media Majlis Santapan Diraja & Penganugera...