Total Pageviews

Lapar dan tak tahu nak makan di mana? Nak makan makanan  yang tak terlalu berat? Jawapannya ada di Papparich !



 Di Papparich , korang tak perlu risau kerana Papparich dibuka 365 hari bersamaan setiap hari. 

Untuk pengetahuan korang, Papparich ini sering kali menjadi pilihan Aku sebagai lokasi nak lepak. Papparich sememangnya terkenal dalam menyediakan masakan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia sejak 2006 lagi. 




Kalau sebelum ini asyik cuba the famous Nasi lemak je. Maklumlah bila dah sedap memang tak cari lain dah. So this time, Apa kata korang cuba pula RM 8.88 Hainan Bread Set yang sedap giler! 




Bayangkan pilihan roti Hainan kukus atau bakar dimakan bersama Kaya dan butter. Fuhh memang layan! Aku pernah makan menu yang sama tapi harganya agak sedikit mahal. 




Tapi di Papparich harganya  tak lebih dari RM10,cuma RM8.88 je. Tak cukup dengan itu,  RM 8.88 Hainan Bread Set didatangkan dengan 3 pilihan minuman yang wajib cuba di Papparich. Korang boleh pilih classic Papparich Coffee, Teh Tarik ataupun White Coffee 


Macam aku hari itu, aku order Roti Steam with butter+ kaya dan air pula aku order white coffee. Gabungan yang cukup melazatkan ! As a coffee lover, I must admit that it tastes with perfect combination




Cuba bayangkan aroma white coffee yang cukup memikat selera ditambah pula dengan hidangan RM 8.88 Hainan Bread Set. Fuhhh confirm korang happy. 

RM 8.88 Hainan Bread Set ini bukan sahaja boleh dipesan waktu sarapan pagi, tapi anytime and any day. Sambil - sambil nak order menu lain di Papparich, jangan lupa order RM 8.88 Hainan Bread Set yang pasti nya tidak akan mengecewakan korang. 

Nak makan dimana? Makan saja di Papparich! Highly recommend 

P/s : so far RM 8.88 Hainan Bread Set dah jadi favorite aku

Untuk maklumat lanjut : 

Instagram : @papparich.my
Facebook : @papparich 

Sedapnya RM 8.88 Hainan Bread Set Di Papparich

by on 25.5.17
Lapar dan tak tahu nak makan di mana? Nak makan makanan  yang tak terlalu berat? Jawapannya ada di Papparich !  Di Papparich , ...
Khas untuk korang yang tinggal di Putrajaya, kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa di Putrajaya, iaitu di The Everly Putrajaya 

Tempat Berbuka Puasa 2017 : The Everly Putrajaya

by on 22.5.17
Khas untuk korang yang tinggal di Putrajaya, kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa di Putrajaya , iaitu di The Everly ...
Pernah dengar mengenai VEST ? Kalau korang pembaca setia blog ini, mesti korang ada terbaca mengenai VEST 2017 tempoh hari DISINI  .


 Buat yang tidak tahu, VEST ini merupakan singkatan kepada Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 dimana ianya bakal melibatkan 1000 mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. 



Dah nama pun Mahasiswa, of course ini merupakan peluang besar kepada korang yang masih belajar dan cenderung ke arah keusahawanan. Bukan itu sahaja, seperti tajuk di atas , korang berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM50,000. Banyak tu! 

Cara nak join VEST ni mudah je. Antara syarat yang korang mesti patuhi adalah 
  • merupakan mahasiswa/mahasiswi Universiti tempatan tidak kira IPTA atau IPTS
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
  • merupakan warganegara Malaysia 
  • daftar VEST di mana - mana kelab keusahawanan universiti masing - masing 

Mudah kan? Mesti ada yang cakap, tak yakin nak masuk, tak ada pengalaman, takut gagal. Jangan risau! 



Dengan penyertaan korang dalam VEST, selama 6 bulan , korang akan didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan kepada mahasiswa sebagai persediaan untuk korang bergelar sebagai usahawan.


Ada tengok Transformasi Nasional 2050 baru - baru ini? Program VEST juga merupakan pemacu kepada transformasi ini tau yang dibangunkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) . 

So apakah objektif VEST ini  sebenarnya? Selain memupuk dan melahirkan usahawan di kalangan pelajar universiti  tempatan, tujuan VEST ini juga adalah untuk membangunkan nilai - nilai keusahawanan dikalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu. 





LATIHAN DAN BIMBINGAN DI MMU 


Selain itu, ianya juga menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sedia ada secara lebih sistematik dan dinamik


LATIHAN DAN BIMBINGAN DI UUM 


Kalau tadi korang dah baca syarat am untuk VEST 2017, yang ini untuk korang yang berminat untuk mendaftar dan menjadi salah seorang peserta VEST, syaratnya adalah seperti berikut : 

UNIVERSITI

• Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua Universiti Awam (IPTA) dan Swasta

(IPTS) di Malaysia;

• Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding;

• Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti;

• Konsep perniagaan hendaklah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan

iaitu :

1) Franchising / Licensing : cth - Product & Services;

2) Creative & Innovative : cth - Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;

3) On-Line Business : cth - Tudung/ Health & Beauty/ Education;

4) Agro Business : cth - Fruits & Vege For Commercial/ Fishery;

5) Mobile Business : cth - F&B / Services/ Spa Etc.


Bagi Peserta pula : 

Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;

• Warga negara Malaysia;

• Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;

• Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;

• Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh

masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;

• Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;

• Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana- mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;

• Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;

• Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.

Mudah kan? Dah daftar bagai, korang kena take note dengan ini pula : 

Tarikh penyertaan bermula dari 28 April 2017;

• Pendaftaran adalah melalui unit Keusahawanan universiti masing - masing ataupun melalui;


• Segala keputusan di dalam pertandingan adalah muktamad. segala surat menyurat tidak akan dilayan.



LATIHAN DAN BIMBINGAN DI USIM 


So jom join sekarang dan jadilah salah seorang peserta VEST. Sebarkan berita baik ini di kampus korang mungkin korang adalah pemenangnya!



Akan datang, aku akan share kepada korang mengenai kelebihan menyertai VEST ini! 


RM50,000 Untuk Pelajar Universiti Yang Menyertai VEST 2017

by on 20.5.17
Pernah dengar mengenai VEST ? Kalau korang pembaca setia blog ini, mesti korang ada terbaca mengenai VEST 2017 tempoh hari DISINI  . ...

Meriahnya weh berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside. Belum pun bulan puasa, tapi Pullman Putrajaya dah buat persiapan dua bulan sebelumnya dengan mengadakan Magical Ramadan Nights preview. Mana tak meriah, bayangkan lebih dari 300 sajian tempatan dan international menanti korang! Wow!


Tempat Berbuka Puasa 2017 : Pullman Putrajaya Lakeside Putrajaya

by on 19.5.17
Meriahnya weh berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside . Belum pun bulan puasa, tapi Pullman Putrajaya dah buat persiapan dua bulan ...
Untuk korang kaki selfie, suka insta stories macam aku tak kira masa, dan addicted kepada media sosial tak kira waktu dan tempat, korang wajib tengok filem pendek ini, FILODOXIA. Sebabnya aku lepas tengok pun insaf weh 


FILODOXIA - Korang Wajib Tengok Ending Dia! Sedih!

by on 18.5.17
Untuk korang kaki selfie, suka insta stories macam aku tak kira masa, dan addicted kepada media sosial tak kira waktu dan tempat, korang...
Buat yang tengah tengok live #TN50 tadi, mesti terkejut dengan insiden David Teo ditampar oleh Mat Over dihadapan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sehingga menyebabkan keadaan kecoh sebentar 




Kecoh David Teo Ditampar Mat Over Sewaktu Live #TN50

by on 17.5.17
Buat yang tengah tengok live #TN50 tadi, mesti terkejut dengan insiden David Teo ditampar oleh Mat Over dihadapan Perdana Menteri Malay...
Untuk lokasi kedua tempat berbuka puasa 2017 adalah The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Jika korang berada di tengah - tengah bandaraya dan ingin mencari lokasi berbuka puasa di Kuala Lumpur mungkin boleh menjamu selera di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur 



Tempat Berbuka Puasa 2017 : The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

by on 17.5.17
Untuk lokasi kedua tempat berbuka puasa 2017 adalah The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur . Jika korang berada di tengah - tengah bandaray...
Siapa peminat KFC dekat sini angkat tangan! Selalunya kalau korang ke KFC, menu apakah yang menjadi pilihan? Kalau macam aku, setiap kali ke KFC, akan order ayam goreng Hot and Spicy dan Cheesy Wedges with extra cheesy sauce! Lepas tu ayam tu makan dengan cheesy sauce perghh sedap weh! 



Selain dari menu di atas, korang ada cuba tak KFC Value Treats? Baru - baru ini aku sempat cuba kesemua menu KFC Value Treats di KFC Value Treats Fans Party. Aizat Amdan pun ada weh memeriahkan party! Dah la aku peminat Aizat.Berbunga hati kejap hahahaa 




Sebenarnya sebelum makan menu - menu ini, aku pernah bash KFC sebab saiz burger dia kecik sangat. Bila dapat je KFC Value Treats ni, fuhh ada improvement! 




Nasib tak kena bash lagi kahkahkah. Untuk menu KFC Value Treats ni ada 5 menu tau termasuk yang terbaru iaitu Zinger Slider, Salsa Roller, Zinger Mushroom Soup , Shoyuken Rice Bowl dan Loaded Potato Bowl





Apa yang korang perlu tahu mengenai KFC Value Treats ini adalah menu ini bermula dengan harga RM3.90 dan maksimum  RM5.90 . Murah kan? Yang bestnya lagi semuanya sedap dan full loaded! 




Sebagai contoh Zinger Mushroom Soup. Ayam dia besar dan soup dia pun sedap. Dalam banyak - banyak ni , favourite aku adalah Shoyuken Rice Bowl. Rase dia pelik sikit tapi sangat sedap. Korang wajib cuba! 




So esok ke sekarang ke , jangan lupa pergi ke KFC berhampiran korang dan dapatkan KFC Value Treats ni! 

Untuk maklumat lanjut sila terjah https://kfc.com.my/ 

Terima kasih KFC ! Muah ciked! 

KFC Value Treats Murah Dan Sedap !

by on 16.5.17
Siapa peminat KFC dekat sini angkat tangan! Selalunya kalau korang ke KFC, menu apakah yang menjadi pilihan? Kalau macam aku, setiap kali ...