Total Pageviews

Kecoh David Teo Ditampar Mat Over Sewaktu Live #TN50

Buat yang tengah tengok live #TN50 tadi, mesti terkejut dengan insiden David Teo ditampar oleh Mat Over dihadapan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sehingga menyebabkan keadaan kecoh sebentar 





#TN50 atau Transformasi Nasional 50 ini dikendalikan oleh Datuk Rosyam Nor sebagai moderator. Namun segala - galanya menjadi tidak terkawal apabila dikatakan David Teo bertindak kurang ajar dengan merampas mic dari Datuk Rosyam Nor kononnya ingin bercakap sesuatu


Tetapi disebabkan gaya percakapannya yang agak kurang sopan, Datuk Rosyam Nor meminta David Teo untuk bertenang dan bercakap dengan nada sopan. 


Dek kerana mulut beliau, Mat Over tiba - tiba muncul dari belakang dan bertindak dengan menyerang dan menampar David Teo di hadapan Dato Seri Najib Razak dan semua penonton

Disebabkan hal ini, keadaan menjadi kecoh dan Datuk Rosyam Nor meminta sedikit masa untuk mengawal keadaan dan David  Teo serta Mat Over dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi tegang 

Pengakhirannya, kesemua mereka meminta maaf secara terbuka disaksikan oleh Dato Seri Najib Razak dan video ini turut dikongsi dan mendapat pujian netizen . 

Komen aku mengenai Video David Teo kena tampar ini : Tak salah untuk memberi pendapat, tapi gunakan bahasa dan aturan yang betul. Dan kalau marah sekalipun, jangan mengikut nafsu, Berfikirlah menggunakan akal :) 

p/s : Aku dah delete video ni. Benda dah settle hehehe. Kalau nak korang boleh cari di Youtube 

No comments: