Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Red Box PLUS Pavilion Kuala Lumpur


Siapa suka karaoke? Pernah dengar Red Box? Jangan tak percaya kerana Red Box, melalui Red Box Plus di Pavilion turut menganjurkan buffet ramadan. 



Bermula 25 Mei hingga 24 Jun ini, korang boleh menikmati lebih 40 hidangan bertemakan “Selera Muhibah” yang dijamin menepati selera. Untuk yang ingin karaoke sekali tu bolehlah datang ke sini sebab hidangan buffet bermula seawal jam 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga serendah RM70 seorang. 

Harga promosi ini sah setiap hari Ahad hingga Khamis bagi pengunjung yang berdaftar sebelum jam 8 malam.




Manakala harga yang ditawarkan untuk setiap Jumaat dan Sabtu pula ialah RM76 seorang, di mana pada dua hari ini korang dapat menikmati tambahan pada menu utama iaitu Ikan Bakar dan Ayam Percik.  Ikan Bakar seperti ikan selar, ikan pari, ikan cencaru pastinya enak dimakan bersama nasi panas selain Ayam Panggang yang dicurah dengan sambal percik. 



Fuhh sedapnya! Nak tahu kenapa sedap? Kedua-dua hidangan ini disediakan menggunakan resepi ‘homemade paste’ Awang Brand. Masa majlis preview tempoh hari pun celebrity terkenal, Nabila Razali yang terkenal dengan single terbarunya, Cemburu pun turut memasak bersama - sama media menggunakan Pes Awang Brand. 





Pes ini menggunakan ramuan asli dan citarasa tradisional. Tidak hairanlah  pes Awang Brand ini semakin menjadi pillihan. Bukan sahaja di pasaran, malah untuk buffet “Selera Muhibah” Red Box PLUS  pun gunakan Pes Awang Brand. 



Ada pelbagai pes korang pilih, iaitu Udang Masak Sambal Petai, Rendang Tok, Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. So jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang ! 







Mesti korang tertanya menu apa lagi yang ada di Red Box Plus kan? Antaranya adalah Kailan Ikan Masin, Itik Panggang, Ikan Stim Halia, Sotong Goreng Telur Masin, Stik Daging dengan sos lada hitam, Kambing Panggang, Spaghetti Carbonara dan banyak lagi. 

Nak seafood ? Ada juga disini! Nikmati  Oyster dan Makanan Laut Segar, makan sampai puas tau! 




Dekat sini korang bakal mendapat bilik eksklusif selama 3 jam. So far ini adalah Red Box yang terbaik sebab itu nama dia Red Box PLUS! 

So kalau korang ada di Pavilion dan tak tahu nak makan apa, korang boleh datang makan dekat sini. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Red Box PLUS Karaoke, Pavilion Kuala Lumpur di talian 03-2148 3322 atau layari www.redbox.com.my.


-
-
 Pada masa yang sama, Red Box turut meraikan media dan rakan artis dalam majlis penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016, atau dikenali sebagai Anugerah K-20, sebuah penganjuran yang menonjolkan satu lagi keunikan Kumpulan Karaoke Red Box berbanding pusat karaoke lain di Malaysia. 

Anugerah tersebut disampaikan oleh Mr. Michael Yong, kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang mewakili 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2016. Aiman Tino, Sandra, Syamel dan Hyper Act antara yang hadir menerima anugerah. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu yang mengungguli carta karaoke Red Box sepanjang 2016.

No comments: