Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Bangi Golf Resort

Pernah dengar mengenai Bangi Golf Resort? Kalau belum, korang wajib baca entry ini sampai habis sebabnya saban tahun aku tak akan lepaskan peluang untuk berbuka disini 



Bermula 29 Mei ini hingga 23 Jun 2017, lebih dari 200 jenis menu istimewa gastronomi sempena ramadan bakal dihidangkan. Menu - menu seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak Mee Mamak, Sate Ayam & Daging. Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri-peri Chicken Drumlets ,Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato antara menu yang ada dekat sini. 





Nak sebut 200 menu memang panjang berjela lah kan. So far menu wajib yang aku akan ambil adalah Spanish Churros bersama sos chocolate pekat dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Terlepas atau tak ada 2 menu ini boleh muram weh. 





Jangan tak tau, dekat sini, penyediaan menu masakan especially masakan Oriental dorang mengunakan teknik yang power. Sebab itulah Nasi Ayam Hainan dia perfecto! So ini pun boleh jadi menu wajib cuba disini

Tak cukup dengan itu, untuk tahun 2017 buat korang peminat durian akan ada promosi Durian Runtuh dan juga makanan berasakan durian seperti Gelato (Ais Krim) berperisa Musang King

Durian pula datangnya dari Raub.Fuuh suka la korang yang hantu durian ni. Untuk makan durian dan Gelato ini akan ada sedikit cas tambahan. Ala sikit je demi kepuasan nak makan durian kan 

Kemudahan dekat sini pula semuanya lengkap. Ruang parkir yang banyak dan luas, serta ruangan solat pun ada dekat sini. Sepanjang korang makan dekat sini, akan ada persembahan live musical dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam 


lebih dari 200 jenis makanan dan berapa pula harga makan disini? Haa, harganya bermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Tersangatlah berbaloi, banyak pilihan yang sedap - sedap






Untuk makan disini dan tempahan , korang boleh hubungi 1-700-71-7558 tau layari www.bgrrest.com 


No comments: