Total Pageviews

Tempat Menarik Di Gangneung | 5 Stadium Di Gangneung Ini Unik

Masih lagi mengenai Pyongchang. Tetapi kali ini aku nak perkenalkan dengan korang mengenai Gangneung yang merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Gangwon-do, Korea Selatan 


Nak tengok matahari terbit? Datang saja ke sini dan pergi ke Jeongdongjin. Kalau nak tahu Gangneung merupakan pusat ekonomi bagi daerah Yeongdong yang juga merupakan bandar tarikan pelancong yang popular


Kalau dah nama pun bandar tarikan pelancong, mesti korang terfikir apa yang menarik di Gangneung ni kan? Ketahui tarikan menarik di Gangneung yang berikut : 


Ojukheon


Ojukheon mendapat nama hasil daripada deretan pokok buluh hitam (black bamboo tree)yang mengililinginya, dimana Sin Saimdang (1504-1501) seorang pelukis tinggal disini.

 Rumah ini telah dibina ketika pemerintahan Raja Joseon dan Raja Jungjong dan merupakan salah satu rumah kayu tertua di Korea. Wow! Dan pada tahun 1963 rumah ini telah diistiharkan sebagai Treasure No. 165


Seongyojang

Seongyojang ini merupakan bekas kediaman golongan kelas atasan Naebeon Lee (1703-1781) di Gangneung-si, Gangwon-do. Ianya telah ditetapkan sebagai Folklore Material No. 5 pada tahun 1967. Maksud “Seon”, dalam Seongyojang, adalah bot.  Di hadapan kediaman Seongyojang ini ada Tasik Gyeongpo  so korang boleh naik bot ke sini 


Dulu Tasik Gyeongpo sebesar  12km,  tetapi saiznya telah berkurang sebanyak 4km, dan kedalamannya telah menurun sebanyak 1-2 meter. Dikatakan  10 generasi keturunan Naebeon Lee telah menetap di Seongyojang

 Jumunjin Breakwater

Korang pernah tengok drama korea popular Goblin (Guardian: The Lonely and Great God)? Has disini pun sering kali jadi lokasi penggambaran termasuk drama Goblin. 

Jumunjin breakwater, asalnya dibina untuk melindungi pantai daripada hakisan ombak laut dan kini menjadi lokasi terbaik untuk mengambil gambar penangan drama Goblin 

Jumunjin Fishmarket

Dibina pada tahun 1936 dan terletak di Gangneung sebelah Jumunjin Port. Jumunjin Fishmarket merupakan pasar makanan laut terbesar di Pantai Timur dan merupakan pasar makanan laut kering dan juga Sashimi. 

Pasar ini merupakan tempat kegemaran di kalangan rakyat Korea dan para pelancong dari luar untuk dapatkan  sotong, ikan kembung,  ketam dan banyak lagi pada harga murah,Juminjin juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara menarik seperti ‘Blowfish Festival’ dan ‘Squid Festival'

Jeongdongjin Rail Bike

 tersenarai didalam Guinness Book of World Records sebagai stesen kereta api yang terletak paling dekat dengan laut di dunia



Jeongdongjin Rail Bike yang terletak di Gangneung  terkenal sebagai tempat terbaik untuk melihat matahari terbit dan mempunyai trek basikal di atas kereta api dari stesen Jeongdongjin yang membolehkan  korang melihat pemandangan laut yang indah semasa berada di atas landasan keretapi. unik kan? 

Haslla Art World

Haslla Art World merupakan sebuah lokasi tarikan yang meliputi 61 ekar. Mendapat nama daripada Shilla Era, Haslla dibentuk dengan menggunakan ciri-ciri semula jadi. Art Garden mengandungi Tree Garden Pine, Time Hall, Wetlands, Field Taman, Sea Garden dan Fun Garden.

Kawasan ini begitu besar sehinggakan satu lawatan penuh mengambil masa selama 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit.Wow! 

Anmok Coffee Street

Gangneung mempunyai beberapa kedai kopi di jalan pelabuhan Anmok dan muzium kopi.  Penggemar kopi di Gangneung mempunyai kebanggaan dalam resipi kopi mereka sendiri dan mengadakan perayaan kopi setiap tahun. Untuk korang peminat kopi bolehlah menghirup kopi di Anmok sambil menikmati pemandangan laut yang indah.

Kalau itu Tempat Menarik Di Gangneung sekarang kita lihat 5 Stadium Di Gangneung yang bakal menjadi lokasi acara Sukan Olimpik musim sejuk di Pyongchang pada tahun hadapan 


1.  Gangneung Hockey Centre
Pusat Hoki Gangneung Pusat Hoki ini adalah stadium tertutup di bandar Gangneung, Korea Selatan.

Stadium ini bakal menjadi salah satu daripada dua lokasi untuk acara hoki ais pada 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk. Ia akan berfungsi sebagai tempat utama untuk kejohanan dan pingat perlawanan untuk lelaki. Gangneung Hokey Centre juga akan menjadi tuan rumah pertandingan hoki ais untuk Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018. Kos pembinaan yang adalah 108 bilion won (kira-kira $ 90 juta) yang mana pembinaan bermula pada Julai 2014 dan telah siap pada November 2016.

2. The Gangneung Oval

Gangneung Oval merupakan stadium yang akan digunakan untuk kejohanan speed skating oval. Pembinaan stadium ini telah dimulakan pada September 2013.

Stadium ini mempunyai landasan berkembar 400 m dengan kapasiti sebanyak 8000 tempat duduk. Ia mempunyai tiga tingkat atas tanah dan dua tahap bawah tanah. Asalnya dorang ingin membina tempat untuk acara kejohanan speed skating oval di Gangneung Science Park, tetapi kerana ruang yang terhad dan ada perniagaan tempatan mengambil peluang untuk berpindah, stadium ini dibina dalam Gangneung Olympic Park, di sekitar kawasan Gangneung Ice Arena dan Gangneung Hockey Centre.

3. Gangneung Ice Arena

Gangneung Ice Arena adalah arena tertutup yang akan menjadi tempat untuk dua acara sukan iaitu figure skating dan short track speed skating.

Kapasiti tempat duduk adalah seramai 12,000. Arena ini direka untuk menempatkan dua luncur ais bersaiz 60m x 30m untuk pertandingan dan latihan. Bangunan ini mempunyai empat tingkat atas tanah dan dua tahap bawah tanah. Sistem penyejukan ais mesra alam telah pasang di dalam arena ini, dan kemudahan itu akan digunakan untuk tujuan rekreasi tempatan selepas acara sukan.
Kos pembinaan untuk Sukan Olimpik adalah USD 85 juta dan dirasmikan pada 14 Desember 2016.

4 Gangneung Curling Centre

Gangneung Curling Center adalah arena ais tertutup yang telah digunakan untuk Special Olympics World Winter Games 2013, dan akan digunakan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018. Dibuka pada tahun 1998, stadium ini bakal menjadi tempat untuk curling dan wheelchair curling.

Kapasiti tempat duduk di Gangneung Curling Centre adalah 3,500 orang. Ianya adalah satu-satunya tempat Olimpik di yang ada di Gangneung sebelum PyeongChang terpilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Sebelum ini, arena ini dikenali sebagai Gangneung Indoor Ice Rink.
Ia telah diubahsuai antara Oktober 2015 dan Oktober 2016 sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik. Gangneung Curling Centre pernah menjadi tuan rumah untuk Asian Winter Games 1999 dan World Women’s Curling Championships 2009.

5. Kwandong Hockey Centre

Kwandong Hockey Centre adalah lokasi luncur ais yang  dibina di Catholic Kwandong University.


Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 6,000, untuk sukan Olimpik nanti, stadium ini bakal menjadi salah satu daripada dua lokasi untuk Hoki Ais. Dibina satu gelanggang ais bersaiz 60m x 30m, empat tingkat atas tanah dan satu tahap bawah tanah. Unik kan? 

Jadi itulah info mengenai Gangneung . Nantikan next entry mengenai lokasi yang seterusnya !

No comments: