Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Best Western I-City Shah Alam

Nak pergi I-City? Tapi tak tahu nak berbuka di mana di kawasan situ? Apa kata berbuka dan menginap terus di Best Western I-City Shah Alam 




Bermula 2 Jun - 23 June ini, Best Western I-City Shah Alam menawarkan pelbagai pilihan untuk berbuka puasa. 



Bukan itu sahaja, Best Western I-City Shah Alam menjanjikan kelainan pada buffet ramadan mereka dengan menampilkan kerangka ayam goreng, 13 jenis laksa di Malaysia termasuk Ambuyat, Kambing Panggang, Murtabak Raja, sup gear box dan raja segala buah, Durian menanti korang! 



Durian ini korang boleh makan puas- puas tanpa perlu bayar lebih sebabnya semua dalam satu harga. Sajian tradisi melayu seperti gulai telor itik, Ayam Palembang, Bubur Lambok, Udang Goreng Jintan, Kari Kepala Ikan, Paru Sambal Berlada , Daging Rendang Tok pun menanti korang



Semua ini boleh didapati di The View Cafe. Dekat sini korang boleh pilih untuk makan diluar atau makan didalam. Kalau dekat luar boleh tengok pemandangan bandar Shah Alam dan juga Klang. 





Sebagai penamat, maybe korang boleh makan dessert. Korang kena cuba Kuih Beronok, Ais Krim Malaysia, Air Mata kucing, Pengat Pisang dan banyak lagi! 





Untuk korang yang datang bercuti ke Shah Alam atau tinggal di sekitarnya, bolehlah cuba berbuka disini dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM55 untuk warga emas dan kanak - kanak. Berita baik untuk pemegang kad Public Bank, Ambank dan Maybank, korang bakal mendapat diskaun 10% tau

So untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi 03 - 5521 9000 atau email di enquiry@bestwestern-icity.my