Total Pageviews

EXA Permainan Hyper Reality Pertama Di Asia Kini Di Setia Walk Puchong

Buat peminat game, ini sesuatu yang perlu korang ambil perhatian kerana EXA, permainan Hyper Reality Pertama di Asia kini berada di Setia Walk Puchong 



Aku sempat ke majlis pelancarannya,memang gempak weh. Kalau pelancarannya pun dah gempak apatah lagi game nya kan? 




Permainan yang berkonsepkan hampir sama dengan virtual reality ini telah dibangunkan Oleh EXA Global, di bawah syarikat permainan digital dan teknologi, Havson Group 



Permainan yang merupakan Family Entertainment Center ( FEC ) ini bukan sahaja pertama di Malaysia malah yang pertama di Asia. Mesti korang tertanya bagaimanakah game ini berkonsepkan apa dan fungsinya? 

bilik permainan 

Ruangan briefing 

Kalau nak tahu, permainan yang berkonsepkan Sci-Fi tembak - menembak ini memerlukan 4 orang di  dalam satu bilik yang tertutup. Sebelum memulakan permainan, pemain yang digelar sebagai troopers akan diberi taklimat mengenai cara bermain.




 Menggunakan alatan permainan khas termasuk pistol permainan, korang akan dibawa ke satu tempat di bagi melengkapkan misi 

Bezanya permainan ini dan yang lain, korang boleh bergerak bebas di dalam bilik ini dan merasakan ianya 'REAL' ! Selain itu, permainan ini juga memerlukan korang berinteraksi secara berkumpulan, jadi semangat berkumpulan itu penting ya bagi menghabiskan misi ini 


Korang pernah tengok Starship Troopers? Kartun askar yang lawan alien tu? Kalau itu korang tengok di televisyen, sekarang korang dapat feel sendiri suasana di dalam cerita kartun itu. 



Untuk korang yang ingin main permainan ini bolehlah datang ke EXA Setia Walk Outpost, Puchong dan bawa rakan - rakan korang sekali. Disini juga ada 3 bilik yang menceritakan permainan ini. Selain gelanggang permainan, bilik yang lain adalah Hyper-Reality Museum yang menceritakan bagaimana EXA Global membuat permainan hyper - reality ini dan Hyper - Reality Arcade Entertainment Centre, dimana pengunjung boleh bermain VR arcade games! 


So gamers! Are you ready? Gear up guys ! Berita baik untuk korang sekarang ni ada promosi Beli 1 Percuma 1 tiket masuk  bernilai RM65.00nett . So build your own team and experience it yourself in this  hyper-reality game at EXA Setiawalk Outpost

Tak sabar nak cuba! 

EXA Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333

2 comments:

Bro Framestone said...

Nampak menarik bukan. Jom nanti, test power...

atiehilmi.com said...

wah !! bestnye !! wajib singgah ni sebab dah tak jauh dengan kakak.. hee~ tengah murah kan.. wajib grab jugak !!