Total Pageviews

Ressa Herlambang Bakal Bawa Bakat Baru Dari Malaysia Ke Indonesia


Pernah dengar megenai nama Ressa Herlambang? Jika dahulu , lagu penyanyi ini, Menyesal sering kali bermain di layar televisyen dan juga corong radio. 



Siapa sangka, kini sudah 12 tahun Ressa Herlambang berjuang sebagai seorang artis dan karyawan seni yang cukup berkaliber 



Terkini, penyanyi yang berusia 32 tahun ini menyatakan hasrat beliau untuk membantu membawa dan mengembangkan penyanyi dan bakat baru dari Malaysia ke Indonesia. Beliau ditemui baru - baru ini ketika majlis Iftar bersama Ressa Herlambang dan juga Fedi, bakat baru dari Indonesia yang bernaung di bawah syarikat produksi Ressa, Ressa Herlambang Productions 




Siapa sangka Fedi yang kini popular dengan lagu single beliau, Jatuh Cinta, baru sahaja berumur 17 tahun dan merupakan penyanyi pertama bernaung di bawah Ressa Herlambang Productions


Aku pun sempat ke majlis iftar ini dan sememangnya dari dulu suka dengan suara Ressa Herlambang yang lunak. Melalui kerjasama dua negara ini. Ressa yakin yang beliau bakal membawa suatu kelainan pada industri muzik . 



Jika dilihat pada perkembangan industri tanah air, hanya segelintir penyanyi kita yang dikenali disana. Antara nama - nama besar yang dikenali di sana adalah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan beberapa individu lain. 
Dengan kerjasama yang bakal dijalinkan ini, Ressa berharap agar lebih ramai lagi bakat - bakat baru dari Malaysia bakal diketengahkan dan menembusi pasaran muzik Indonesia 

No comments: