Total Pageviews

Berbuka Puasa Di Red Carpet Avenue Encorp Strand Mall Bagaikan Dalam Filem Dongeng

Selalunya aku review makanan dan juga tempat berbuka puasa di restoran dan juga hotel. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang pengalaman berbuka di Red Carpet Avenue The Strand Mall yang berkonsepkan seolah - olah di dalam filem dongeng! 





Red Carpet Avenue yang terletak betul - betul di bawah Encorp Strand Mall Damansara, merupakan salah satu lokasi tempat berbuka puasa di Damansara. Dimana lokasi milik Felda D'Saji ini mempunyai tarikannya tersendiri. Bukan sahaja di bulan puasa, malah di hari dan bulan yang lain juga ianya tetap unik! 



Bayangkan kawasan yang dahulunya merupakan ruangan kosong shopping complex, kini telah berubah menjadi lokasi acara perkahwinan dan acara - acara lain. Pandai D'Saji mengambil peluang! 

Berbalik kepada konsep filem dongeng, sebenarnya saja je aku cakap bayangkan tempat ini seperti di dalam filem dongeng kerana saat pertama kali korang menjejakkan kaki ke sini, korang pasti terpegun dengan dekorasi nya 



Layaklah ianya digelar Red Carpet Avenue! Bayangkan karpet merah terhampar sepanjang jalan, susunan meja ala - ala 'English style' dan lampu - lampu LED menghiasi sepanjang koridor dan ruangan syiling Red Carpet Avenue. Unik!



Sempena bulan puasa ini, untuk korang yang tinggal di Damansara, atau ingin berbuka disini. Pelbagai juadah Melayu asli tersedia.









Antara menu - menu yang berjaya menambat selera aku adalah Gulai Lemak Telur Itik, kuih - muih traditional ( kuih nona manis wajib ambil!) , daging masak halia dan koeytiaw goreng dia. Padu weh! Bertambah aku makan 









Selain itu menu - menu makanan lain pun banyak juga. So far makan  sini sangat selesa. Kemudahan serba lengkap! 

  • Ruangan parkir yang cukup luas
  • Ruangan makan yang besar cukup untuk muatkan 500 orang dalam satu masa
  • Ruangan solat yang disediakan di dalam mall berhawa dingin dan selesa 
  • Mudah akses! MRT terdekat adalah MRT Surian. Landmark, bersebelahan tol Kota Damansara 

Harga? So far aku dah bandingkan antara 30 tempat berbuka puasa 2017 yang sempat aku senaraikan dan Red Carpet Avenue Encorp Strand Mall adalah antara yang murah dan berpatutan dengan harga RM 39++  untuk dewasa. Haa murah tak? Murah kan? 


So untuk korang yang ingin berbuka disini, dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Nak walk in pun boleh cumanya takut penuh terutamanya weekend. Dah makan kat sini bagitau la pemandangan korang pula :) 



Dewasa = RM 39+
Kanak - kanak = RM23+

Contact Person
Cik Hidayu :012 - 921 4691 
Pn Nurul : 019 - 242 4775 

1 comment:

Raz said...

x mahai sgt.. okay ni