Total Pageviews

Hai semua! Kepada sesiapa yang berminat untuk jamuan makan besar tahun baru Cina serta hidangan bagi minit mesyuarat di Kuala Lumpur Convention Centre, kini anda berpeluang menikmati potongan harga yang sangat istimewa oleh "The Centre" bertempat di dewan Kuala Lumpur Convention Centre.

Pada 3 Oktober 2017, bersidang di Dewan 2 Kuala Lumpur Convention Centre, "The Centre" telah menganjurkan satu acara makan tengahari bertujuan untuk mempromosikan serta memperkenalkan 8 menu terbaru masakan Cina yang menggabungkan citarasa kontemporari bersama gabungan makanan tradisi masyarakat Cina di Malaysia. 

Hidangan- hidangan ini telah terbukti amat berkualiti dan lazat apabila "The Centre" telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam pertandingan "Culinaire Malaysia 2017" pada minggu yang lepas. Antara anugerah yang telah dinobatkan adalah "Most Outstanding Team in Culinary," "Most Outstanding Chef", "Most Outsatnding Artist" serta "Most Outstanding Apprentice!"

Antara menu baru yang ditawarkan ialah:

a) Five Happiness Combination Platter.
b) Seafood Chowder with Silken Beancurd and Enoki Mushroom.
c) Roasted Sesame Chicken with 5 Spice Salt.
d) Deep-fried fish fillet with Tumeric and Ginger Sauce Portuguese Style.
e) Stir- fried Prawn with Shrimp Paste enhanced with Curry Spice Kum Heong Style.
f) Braised San Ken beancurd Dumpling with Bailing Mushroom and Broccoli Florets.
g) Wok- fried rice With Shredded Cuttlefish and Silver Anchovies.
h) Chilled Honeydew Melon with Pearl Sago.

Beverage(s):

Chinese Tea.


Promosi:

MYR 1,600++

10 tetamu
1 meja 
"8 Course Chinese Menu"
Tarikh promosi tempahan : 3 Oktober 2017- 30 November 2017
Tempahan yang dibuat pada tarikh diatas juga akan menerima harga promosi yang sama untuk tahun hadapan (tempahan sekarang untuk tahun hadapan).


MYR 188++
(Hidangan tambahan)

10 tetamu + Fresh Salmon Platter complement bagi CNY Banquet Menu Option.


MYR 200++ /per-pax

Meeting Package Solution.
Option - Full-day package OR Half- day package
Ianya untuk hidangan tengahari dan "coffee-break"




Pengurus Besar "The Centre", Mr Alan Pryor memberikan ucapan perasmian mengenai polisi pengendalian operasi di Kuala Lumpur Convention Centre.



Chef- chef di belakang tabir "The Centre" Chef Hisham bin Jaafar dan Mr Andrew Lee.



Five Happiness Combination Platter.


Seafood Chowder with Silken Beancurd and Enoki Mushroom.


Roasted Sesame Chicken With 5 Spice Salt.


Deep- fried Fish Fillet with Tumeric and Ginger Sauce Portuguese Style.



Stir- fried Prawn with Shrimp Paste Enhanced with Curry Spice Kum Heong Style.


Braised San Ken Beancurd Dumpling with Bailing Mushroom and Broccoli Florets.



Wok fried-rice With Shredded Cuttlefish and Silver Anchovies.



Chilled Honeydew Melon with Pearl Sago.


*Untuk maklumat terbaharu dan terkini mengenai "The Centre" sila layari








Kuala Lumpur Convention Centre Makanan Semua Sedap!

by on 4.10.17
Hai semua! Kepada sesiapa yang berminat untuk jamuan makan besar tahun baru Cina serta hidangan bagi minit mesyuarat di Kuala Lumpur Conven...

 Bercakap pasal perfume, to be honest aku sangat cerewet mengenai bau dan jenisnya. Ada kalanya aku terpaksa minta kawan yang expert bab perfume pilihkan berbanding mereka yang main ambil je bau nya.



Perfume Ini Murah Dan Mudah Dibawa Travel!

by on 3.10.17
 Bercakap pasal perfume, to be honest aku sangat cerewet mengenai bau dan jenisnya. Ada kalanya aku terpaksa minta kawan...
Pernah dengar mengenai Flores? Sebuah negeri yang terletak di Timur Indonesia, sebuah pulau yang cukup cantik untuk diterokai.

Malah, Flores ini juga one of my wishlist dan Alhamdulillah, dapat juga menjejak kaki disini. Dekat Flores ini ada beberapa tempat yang wajib dikunjungi seperti Pulau Komodo dan juga Wae Rebo; perkampungan asli penduduk asal di Flores yang diiktiraf Unesco.

So perkongsian aku kali ini lebih kepada Wae Rebo dan mungkin next time Komodo pulak. Sebenarnya, ramai yang bertanya, macam mana nak ke Flores, nak kena naik apa. Haa baca entry ini sampai habis untuk tahu caranya.



First untuk sampai ke Flores, korang kena transit dulu dekat Bali. So haritu kiteorang pergi naik AirAsia,balik naik Malindo.  Aku suggest dekat korang better amik flight awal pagi sebab ianya akan ambil masa.




Jadi, kiteorang haritu bertolak jam 7.30 dan sampai jam 10.30. First time juga aku pergi ke Indonesia naik AirAsia X, maybe sebab transit. Sampai sahaja di Bali, korang boleh naik flight Garuda Indonesia atau Nam Air untuk ke Flores.



Macam kiteorang haritu, naik Garuda pukul 2.30 petang.  Perjalanan dari Bali ke Flores mengambil masa 1 jam setengah. Don’t forget to take a few pictures while on board ya! Sebabnya disitu pelbagai pemandangan menarik, termasuk gunung berapi, Lombok korang dapat lihat.



Airport Flores, yang dikenali sebagai Komodo airport ni kecil je dan agak sunyi. So disinilah perjalanan korang bermula. Untuk yang ingin ke pulau Komodo, mostly akan tinggal di bandar kecil Flores sebabnya di pulau tersebut tak ada penempatan untuk pelancong.


makan dulu! Depan airport ni ada restoran! So lepak sini dulu
Untuk ke Wae Rebo, masih lagi jauh perjalanannya. Kiteorang bertolak dari airport dalam pukul 6 macam itu dan sampai ke guest house lebih kurang 12.30 tengah malam.

Pastikan korang makan siap – siap pil tahan mabuk, ubat – ubatan seangkatannya sebab jalannya penuh berliku dan for the first time dalam kebanyakan tempat aku travel, perjalanan aku ke Wae Rebo buatkan aku muntah sampai 6 kali. Sampai lembik weh!

teaser untuk next entry!

Jadi bersiap sedia ya! Walaupun jauh, ternyata perjalanan korang untuk ke Wae Rebo sangat berbaloi kerana tempat ini menjanjikan kelainan lain dari yang lain. Untuk itu, akan aku ceritakan dalam entry akan datang ya!

Trip ini dibawakan khas oleh Ministry of Tourism Indonesia. 

Wae Rebo : Tips Untuk Ke Flores!

by on 2.10.17
Pernah dengar mengenai Flores ? Sebuah negeri yang terletak di Timur Indonesia, sebuah pulau yang cukup cantik untuk diterokai. Mala...


 Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang zaman sekarang persaingan untuk mendapatkan kerja tu sangat dirasai.

Walaupun korang ada ijazah tinggi mana, tapi tanpa kemahiran dan usaha ternyata itu semua sia- sia. Macam aku, walaupun grad agak cemerlang dan agak aktif masa zaman belajar dulu tapi nak dapatkan kerja tu hampit setahun lebih juga lah bersaing.


Siapa Nak Cari Kerja ? Kena Sertai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017

by on 30.9.17
  Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang zaman sekarang persaingan untuk mendapatkan kerja tu sangat dirasai. Walau...

Ingat senang ke duduk sebagai orang bujang ni? Tak ada bini atau mak nak tolong masakkan jadi jalan mudah makan maggi je haa. Tapi kena ingat makan selalu tak bagus untuk kesihatan, so rajin – rajinkan lah diri untuk pergi shopping beli barang dapur ya.

Murahnya Beli Barang Dapur Di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

by on 22.9.17
Ingat senang ke duduk sebagai orang bujang ni? Tak ada bini atau mak nak tolong masakkan jadi jalan mudah makan maggi je...

Korang pernah tak alami pengalaman dimana korang membeli sesuatu tetapi harga barang tersebut terlalu mahal berbanding kedai lain, ditipu ketika membeli tidak sama dengan harga yang dipamerkan?

Ketahui Hak Korang Sebagai Pengguna !

by on 18.9.17
Korang pernah tak alami pengalaman dimana korang membeli sesuatu tetapi harga barang tersebut terlalu mahal berbanding k...
Siapa suka makanan Kelantan, kita geng! Cakap saja pasal nasi kerabu, laksam bagai fuhh terliuh weh! 




Kalau duduk jauh dari pantai timur dan teringin nak makan makanan Kelantan? Jangan risau sebab dekat Kota Damansara, korang boleh hilangkan rindu dengan makan di Restoran Nasi Pak Man

Tapi kena ingat, disini korang kena pastikan dua benda iaitu ;

  1. Nak breakfast dekat sini? Datang awal sebab selalu full! 
  2. Make sure perut korang kosong dan makan sepuas nya dekat sini sebab berbaloi 
Sedap weh! Aku dengan kawan - kawan blogger yang lain punyalah datang seawal pagi dan makan tak ingat orang tepi dah. Punah diet aku! Hahaha 

Cumanya ada kekurangan sikit la sebab tak semua menu kelantan atau pantai timur ada disini . Tetapi menu - menu killer lain tetap ada seperti 

Nasi Dagang Ikan tongkol 



- aku tak sempat rasa sebab tak order yang ini tapi nampak kawan - kawan lain makan sedap 

Nasi Kerabu 


- nampak meriah dengan pilihan daging bakar, sambal cili dan ulam - ulaman

Nasi Pak Man


- yang ni makan sedap weh kalau panas -panas. Basically ni macam nasi kukus bersama dua ketul ayam goreng dan gulai Pak Man yang kick! 

Roti Goldess



- Makan sampai dua kali weh! Roti special bersama kaya dan cheese. Fuhh sedap!

Roti tiptap 


- Actually aku nak order lagi haritu tapi segan. Sedap! Rugi kalau tak order. Cara nak makan, korang cuma gaulkan kaya bersama telur dan makan bersama roti. 

Laksam 



Nak rasa pure Laksam? Inilah tempatnya 

Kopi Ais yang kaw!

Serius cakap ini pelengkap terbaik. Actually aku sorang je order ni lepastu ramai pulak yang tanya ni air siapa sebab dorang teringin. memang the best! 

Ada penghantaran food panda juga



Restoran ini waktu pagi memang meriah weh waktu aku pergi haritu pun ada nampak selebriti makan dekat sini. Nasi Pak Man pernah masuk dalam Jalan - Jalan Cari Makan TV3 dan Ho Chiak! 



Kalau korang nak makan dekat sini, ianya dibuka pada 8 pagi sehingga 12 malam. Highly recommend! 


Facebook : www.facebook.com/NasiPakManKD
Instagram : www.instagram.com/Nasi_Pakman

Nak Makan Makanan Kelantan Yang Sedap? Datang Ke Nasi Pak Man Damansara

by on 12.9.17
Siapa suka makanan Kelantan, kita geng! Cakap saja pasal nasi kerabu, laksam bagai fuhh terliuh weh!  Kalau duduk jauh dari panta...

Sebelum ni kita asyik dengar perkataan MRI bagai kan? Korang tahu ke apa maksud dan kegunaan MRI ini? 

DEMC Shah Alam Hospital Swasta Pertama Di Malaysia Yang Memiliki MRI Yang Canggih!

by on 9.9.17
Sebelum ni kita asyik dengar perkataan MRI bagai kan? Korang tahu ke apa maksud dan kegunaan MRI ini?