Total Pageviews


Madfoon Palace Restoran Makanan Arab Pertama Di Putrajaya  |    Untuk slot Jom Makan yang pertama bagi tahun 2015 ini telah diadakan di Madfoon Palace, sebuah restoran makanan Arab yang pertama di Putrajaya


Alhamdulillah, syukur atas rezekiNya sebab sebelum ini memang Budak Pacak dah lama mengidam nak makan nasi arab, akhirnya tercapai juga. Terima kasih dekat akak sado, Nisa Kay sudi jemput Budak Pacak untuk bersama - sama adakan food review di sini. 


Kalau nak tau cawangan kedua Madfoon Palace ini terletak di bawah Menara Putrajaya Holdings. Kedudukan dia agak tersorok sedikit di bawah tu, tapi ada signboard yang menunjukkan kedudukan restoran di mana. Kalau agak - agak sesat tu mohon tanya orang okay?



Tersedia dengan kapasiti hingga 250 orang pelanggan dalam restoran yang berhawa dingin dalam satu masa, restoran ini merupakan cawangan yang terbesar selepas cawangan pertamanya yang terletak di Taman Melawati


Pertama kali jejakkan kaki di sini, terpegun sebentar dengan gaya kreativi hiasan dalaman restoran yang berteraskan pengaruh Morocco.










 Budak Pacak difahamkan oleh Saudara Abdullah bin Mohammed Salem Bawazir yang merupakan founders Madfoon Palace, idea restoran ini diambil sepenuhnya daripada Morocco dan kelengkapan yang ada turut diimport bagi memberi kepuasan dan pengalaman seperti berada di negara timur tengah. 


Malah Madfoon Palace ini menghadap pemandangan Tasik Putrajaya. Jadi kalau korang datang pada waktu siang, korang dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik sambil menjamu selera disini.


Pada malam tersebut, kami telah mencuba kesemua signature dish yang sememangnya sedap gilos sampai teringat akan rasanya sampai sekarang. 


Percaya tak ada makanan yang ditanam di dalam abu ini 


Menariknya mengenai signature dish di sini, Madfoon yang bermaksud makanan yang ditanam berasal dari Dalaeh, Yemen


Teknik Madfoon ini menggunakan herba dan rempah terpilih dari timur tengah dan disediakan bersama daging dan beras basmati . Masakan istimewa yang mengambil masa hingga 4 jam masa lamanya ini telah disediakan oleh dua orang chef yang berpengalaman lebih dari 15 tahun .


 Untuk pengetahuan korang, Madfoon Palace juga telah menjadi pilihan katering oleh Kedutaan Arab Saudi, Qatar dan Oman . Daripada pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut semuanya memang terbaik. Kalau tak takkan jadi pilihan katering oleh Kedutaan - kedutaan besar kan? Sekarang tibalah masa untuk perkenalkan korang dengan signature dish yang sedap gilos!!


Araisy 

Turkish Coffee

Fattosh 


Hummos
Aqdah Chicken
Madfoon Lamb

Mix Grilled Platter 

Chicken Zurbian 

Basbosah
Kalau korang nak tau, harga makanan disini bermula dari RM6 sehingga RM 38. Memang berpatutan dengan segala apa yang disediakan disini. Malah Madfoon Palace juga telah menjadi pilihan Jalan - Jalan Cari Makan 




Bagi Budak Pacak kesemua menu disini menjadi kegemaran .Tapi rasa yang paling tidak boleh dilupakan adalah Madfoon Lamb dan Aqdah Chicken, dia punya rasa tu sampai sekarang terliur kalau bayangkan.


Orang Putrajaya dan berdekatan jangan lupa singgah sini untuk mencuba sendiri resipi rasa asli morocco. Kalau korang nak buat tempahan katering dan sebagainya boleh rujuk pada butiran di bawah.


Thank you Madfoon Palace for your awesome dishes and having us here!!



Rating Blog Budak Pacak Untuk Makanan Disini - 4 Bintang 

Madfoon Palace | Restoran Makanan Arab Pertama Di Putrajaya

by on 22.1.15
Madfoon Palace Restoran Makanan Arab Pertama Di Putrajaya    |     Untuk slot Jom Makan yang pertama bagi tahun 2015 ini telah diada...
The Party Of The Century Bakal Menggamit Memori  |  kenapa sampai menggamit memori? Ini kerana pada 23 Januari 2015 ini , The Party Of The Century yang bertemakan 1920's  akan diadakan Empire City Damansara Perdana. 



Yang pasti Empire City ini akan menjadi sebuah tempat yang terkenal dan segala - galanya bermula pada 23 Januari ini.


................................................................................................................

A New Era for Mammoth Empire
Empire City to hold a star-studded preview of the City of Lifestyle & Entertainment

Petaling Jaya, December 2, 2014 Empire City, the 30 acre mixed use development in Damansara Perdana, is holding an exclusive preview on the 23rd of January 2015.
An integrated development in a vibrant, artfully stylised world, this City of Lifestyle & Entertainment aims to be the ultimate spot for meeting, dining, shopping and relaxing, all within a self-contained city that balances business with leisure.

“Empire City is a major project for us as well as for the entire Klang Valley,” commented Mark Farquhar, Director of Leasing for Empire City. “The 2.5 million square feet of net lettable retail area, 8 corporate towers and office suites, 3 international 5+ star and 5 star hotels and a cinema themed hotel are built around the 5 pillars that are at the core of Empire City; Design, Art, Music, Performance and Culture.
Bringing these pillars to life will be an array of performers and artists, ranging from the renowned Korean group, 2AM, to flamboyant speed painters, as well as the traditional with a twist in the form of an LED dragon dance.
In addition, special performances from Paris Hilton, Taboo of the Black Eye Peas, and Australian tenor, Mark Vincent, will enhance the international atmosphere created by the honoured guests and business owners flying in from across the globe.
“Based on the concept of the past, present and future converging in the one place now known as Empire City, the combination of the five Pillars form the philosophy that drives the development and operation of all establishments under Empire City,” added Farquhar.
“From style to service, and architecture to amenities, these attributes are instantly recognisable from the thoughtful planning and unparalleled attention to detail, which ultimately aims to deliver the most unique and enriched experience to all. Our preview event in January is a celebration of these ideals, and a literal coalescence of our vision for Empire City in the future.”
Included within Empire City will be a number of unique offerings, such as the cinematic world’s first multiprojection theatre, an Olympic-specification ice rink and stylized boulevards, like Asian Food Street, that will bring the international luxury feel to life for residents and visitors alike.
As a development preview, a first for a Malaysian project, Empire City’s “Party of the Century” with its ‘Glamourous 20’s’ theme looks to set a high standard for all others in 2015.


................................................................................................................


Empire City merupakan kesinambungan kejayaan Mammoth Empire Group. Empayar emas ini telah menempatkan ruangan kedai,  menara korporat, SOHO, hotel dan  macam - macam lagi. Yang menariknya sebuah hotel berkonsepkan pawagam turut didirikan di sini.

Tidak hairanlah Empire City ini berunsurkan kemewahan antarabangsa , seni, muzik , pencapaian serta kebudayaan. Tak cukup dengan itu, korang semua pasti akan kagum dengan sebuah gelanggang ais bersaiz olimpik serta didirikan bersama teater multiprojection yang pertama di dunia . wow!!

Budak Pacak baru je dapat jemputan untuk menghadiri  The Party Of The Century. Memang tak sabar untuk mengenakan pakaian yang bertemakan 1920's . Apakah yang akan Budak Pacak pakai?

 Itu korang kena update dengan social media Budak Pacak. Seramai 30 orang Malaysia Top blogger yang terpilih akan mengenakan pakaian yang bertemakan 1920's .Lest see who is the most standing on that night! 


Majlis yang bakal menggamit memori ini sudah pastinya akan ada persembahan menarik dari selebriti antarabangsa yang telah dijemput khas . Antaranya 









dan ramai lagi. Yang pasti Budak Pacak tak sabar nak tengok pembukaan rasmi dan kemegahan Empire City. Segala - galanya bermula pada 23 Januari ini!

P/S - Thank you Sidney for the invitation

The Party Of The Century Bakal Menggamit Memori

by on 21.1.15
The Party Of The Century Bakal Menggamit Memori    |   kenapa sampai menggamit memori ?  Ini kerana pada 23 Januari 2015 ini , The Party O...

Kelebihan P1 Internet P1 ToGo | Baru - baru ini Budak Pacak mendapat banyak komen dan persoalan mengenai P1 ToGo ini . Rata - ratanya bertanyakan apakah P1ToGo , apakah kelebihan P1ToGo?

P1 Internet 

Sebenarnya P1ToGo ini adalah salah satu produk di bawah P1 Internet yang merupakan peranti broadband internet mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Kalau dulu kena cucuk baru boleh guna, sekarang tak perlu risau dengan adanya ToGo Broadband 

Apakah P1 Internet P1ToGo?

P1 ToGo merupakan modem yang menyediakan perkhidmatan wireless internet yang boleh digunakan di mana sahaja. Bagi Budak Pacak ini adalah satu kelebihan buat P1 Internet kerana dengan adanya P1 ToGo segalanya menjadi mudah.



Didatangkan dengan MiFi Broadband dan dengan pilihan satu harga,  peranti yang bersaiz kecil dan ringan ini mampu dikongsi sehingga 8 devices. Tak perlulah lepas ni tercari - cari cafe atau tempat yang mempunyai wifi.

Kelebihan P1 Internet P1ToGo 

Sebenarnya banyak kelebihan dia bila guna P1 Internet P1ToGo ini .Antaranya 

  •  P1 Internet menawarkan harga yang menjimatkan bagi penggunaan P1 Internet P1ToGo  untuk bila - bila masa. Ini bermakna penggunaan korang tidak tertakluk kepada had masa. Boleh gunakan peranti mereka di waktu peak hour atau off peak hour. Best kan 
  • Peranti on - the - go yang paling menjimatkan bila korang gunakan GB yang tertinggi.  Guna lebih dan bayar kurang 
  • Boleh dibawa  digunakan di mana - mana 
  • Saiznya yang fleksible memudahkannya dibawa ke mana sahaja termasuk di dalam poket korang
  • Boleh digunakan di tablet, Smartphone malam laptop juga pada satu masa
Pakej P1 Internet P1ToGo 

Terdapat beberapa pilihan pakej Internet plans yang boleh korang pilih



dan untuk peranti MiFi Broadband pula korang boleh pilih seperti yang berikut




Bagi Budak Pacak sendiri yang menggunakan P1 Internet P1ToGo MX 230  ternyata memang memuaskan. Mana tidaknya sebagai seorang pelajar , blogger dan juga penulis kesemua gadjet sentiasa disisi. Internet jangan cakap lah, memang wajib ada kalau tak kerja memang tak menjadi.

Sebagai rekod, sepanjang pakai gadjet seperti iPhone dan iPad, Budak Pacak tak pernah sekali pun beli data rangkaian. Cukup dengan peranti seperti P1 Internet segalanya menjadi dengan lebih mudah dan cepat 

Pengalaman Budak Pacak menggunakan  P1 Internet P1ToGo MX 230 

  • Penggunaan hampir 6 jam lamanya tanpa henti
  • Walaupun penggunaan lama, internet tetap berjalan dengan lancar berbanding sesetengah modem jenama lain
  • Liputan yang meluas 
  • Senang dibawa 
  • Turut mencuba menggunakan 5 devices pada satu masa dan masih berjalan seperti biasa 
Namun begitu, P1 MiFi ini agak sensitif sedikit jika terlalu banyak bergerak atau berada di dalam bangunan yang tinggi. Tapi rasa - rasanya modem jenama lain pun macam tu juga. 



Apapun secara keseluruhan Budak Pacak berpuas hati menggunakan P1 Internet P1ToGo. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pakej ToGo Broadband ini, bolehlah ke one stop center yang berhampiran atau layari  P1 ToGo Page: Klik Sini 


Oh ya! jangan lupa buat perbandingan P1 Internet P1ToGo dengan pesaing yang lain. Gerenti korang akan terkejut dengan kelebihannya. 

Jangan lupa dapatkan sekarang P1 Internet P1ToGo korang dan guna sampai muntah. LOL..

Sebelum Budak Pacak akhiri entry kali ini, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada P1 kerana memilih Blog Budak Pacak sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan baru - baru ini. Tahniah juga kepada semua pemenang!

Korang Blogger? Jom sertai P1 Online Media Associate seperti kami dengan mendaftar dan Klik Sini

P1 Online Media Associates Facebook Group: Klik Sini 

P1 ToGo Page Klik Sini

Rating Budak Pacak untuk gadget ini - 3 Bintang 

Kelebihan P1 Internet P1 ToGo

by on 21.1.15
Kelebihan P1 Internet P1 ToGo  | Baru - baru ini Budak Pacak mendapat banyak komen dan persoalan mengenai  P1 ToGo  ini . Rata - ratanya...
Kali ini Budak Pacak bawakan edisi kedua Percutian Peminat Bersama Pak Nil di atas kapal Libra Star Cruise anjuran Malaysia Harmony Travel and Tour. Untuk edisi kali ini Budak Pacak akan berkongsi kepada korang apa yang menarik di Phuket ?

Hari kedua di atas kapal Libra Star Cruise telah diisi dengan acara sukaneka dianjurkan oleh Pak Nil sebelum berlabuh di Phuket Thailand. Ragam tu jangan cakaplah . macam - macam aksi dapat dirakam. 






Rugilah siapa yang tak join Percutian Bersama Pak Nil ni, sebab suasana di atas kapal memang meriah dengan suara - suara peminat beliau

Untuk hari kedua ini kami menjelajah seluruh Phuket menyelongkar tempat - tempat menarik di Phuket. Tak tahu nak jalan - jalan dekat sini? tak ada travel guide? 


korang pun boleh sewa tut tut kalau berada di sini 


jangan risau sebab tibanya korang di Jeti korang akan disambut dan ditawar dengan pilihan perjalanan korang. Tetapi kena beringat jangan sebarang pilih, sebaiknya sila buat  tawaran dahulu.

Disebabkan masa yang agak terhad di Phuket, kami cuba mencari harga pakej van sewa yang memuaskan. Hasilnya kami berjaya mendapatkan khidmat van sewa yang berharga seorang RM30 untuk jangka masa 9 jam. 

Kenapa Budak Pacak cakap masa terhad? ini disebabkan pihak Libra Star Cruise telah meletakkan jangka masanya sendiri untuk memudahkan pihak mereka mengira kembali jumlah para penumpang. Bukan senang ye nak mengira kembali jumlah penumpang yang mencapai hingga 2000 orang pada satu masa. 

Untuk harga RM30 sebenarnya agak berbaloi kerana mereka membawa para pelancong hampir ke semua tempat menarik di Phuket. Tetapi disebabkan masa yang singkat kami hanya memilih beberapa tempat seperti berikut 

Tempat Souvenir Murah Di Phuket 

Sampai terus beli souvenir Kalau korang nak cari souvenir pastikan korang ke sini. Sebabnya harganya jauh lebih murah berbanding tempat lain. 








Harganya macam ala - ala harga borong. Sebagai contoh korang boleh dapatkan T-Shirt disini bermula dengan harga RM 5 - RM40 mengikut jenis plihan kain. 

Kedai Makanan Ringan

Cakap pasal makanan ringan mana pun boleh dapat kan tapi dekat sini makanan ringannya semua berasaskan makanan segar dan semula jadi.





Sebagai contoh terdapat kepingan buah - buahan yang telah kering, kekacang dan banyak lagilah. Selain itu, dekat sini pun ada jual barangan spa dan yang paling penting semuanya berasaskan bahan semula jadi


Kilang Kacang Gajus 

Dekat sini boleh dapat pelbagai aneka makanan berasaskan gajus. Selain gajus, makanan kering seperti jeruk , snek dan lain - lain juga didapati disini. 

Kilang Pemprosesan Kacang Gajus 

Haa kalau tadi kilang Gajus ni kilang pemprosesan kacang gajus. Ada beza disitu dan lokasinya pun berbeza. 






dekat sini korang boleh tengok dari A sampai Z macam mana kacang gajus diperolehi dan diproses. Uniknya dekat sini korang boleh mencuba rasa jus gajus sambil borong kacang - kacang disini

Wat Chalong Thailand 




Wat atau kuil memang banyak di Thailand. Tujuan kami kesini bukanlah untuk sertai upacara sembahyang ke apa, cuma dikatakan ukiran wat Chalong di Phuket berbeza di tempat lain kerana disini terdapat beberapa gabungan ukiran seperti gabungan Burma di sekeliling Wat. 

Patong Beach 

Pantai Patong merupakan salah satu pantai yang terkenal di Thailand. Walaupun dahulunya pantai ini terkena Tsunami, tetapi selepas daripada kesan itu pantai ini tetap menjadi tumpuan pelancong dengan keindahan pantainya.








 Kalau korang nak tahu sepanjang pantai ini terdapat deretan kedai - kedai yang menjual pelbagai barang dan perkhidmatan. Siang dan malam tempat ini tetap hidup dan meriah !


Jadi itulah antara tempat menarik di Phuket yang sempat kami lawati. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Phuket boleh korang lawati antaranya seperti Amulet Market, Ao Yon Waterfall , Baan Telanka - Rumah Terbalik Thailand , Cobra Show and Snake Farm , Elephant Shrine at Phromthep Cape dan banyak lagi! 

Untuk entry yang akan datang, nantikan apa yang menarik di Krabi 

Baca juga 




Apa Yang Menarik Di Phuket ?

by on 18.1.15
Kali ini Budak Pacak bawakan edisi kedua Percutian Peminat Bersama Pak Nil di atas kapal Libra Star Cruise anjuran Malaysia Harmony Trave...