Total Pageviews

Tak lama lagi kita menghampiri bulan Ramadhan dan diikuti dengan syawal. Mesti ada diantara korang yang sudag membuat persiapan awal bukan? Mana taknya ada diantara kita lebih suka membuat persiapan awal kerana ingin menumpukan sepenuhnya ibadat di dalam bulan Ramadhan 



Baru - baru ini , aku adalah ternampak satu iklan kurta lelaki di Yotube. Dalam iklan tersebut ada beberapa orang bikers bermotor besar memakai kurta jenama Cirgaro Apparel.Tak terlintas pun nak komen pasal model dalam tu sebab mata tertarik dengan rekaan kurta yang cantik 



Rupa - rupanya disebalik video ini, ada juga yang kecam kenapa tak nak gunakan model, kenapa tak gunakan artis bagai. Kebetulan aku singgah ke Butik Cirgaro Apparel di Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam untuk lihat koleksi kurta moden terkini dari dorang dan sempat juga bertanyakan hal ini Dan ini adalah jawapan mereka 

' Sengaja kami tidak memilih mana - mana artis atau model untuk menggayakan kurta dari kami kerana apa yang kami ingin fokuskan adalah kurta ini. Malah jika anda perasan individu - individu di dalam video ini bukanlah golongan muda. Ini kerana kami ingin highlightkan kepada anda semua bahawa kurta dari Cirgaro Apparel boleh dipakai oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua'  


Aku lately ni makin suka dengan kurta. Sampaikan simpanan koleksi peribadi ada dekat 8 helai kurta. So bab material dan design memang aku sangat titikberatkan. Sebab itu aku sanggup datang ke butiknya sendiri dan lihat depan - depan kualitinya 




Jenama Cirgaro sendiri dah memang terkenal dan mempunyai peminatnya tersendiri. Sebab itu butik mereka baru sahaja dibuka bagi memudahkan korang datang melihat koleksi terbaru Cirgaro. Untuk makluman kurta mereka sebelum ini, iaitu Kurta Bangsawan sold out ya di Mood Republik baru - baru ini 







Rambang mata pulak tengok semua kurta - kurta yang ada di Butik Cirgaro Apparel ni. Mulanya nak tengok Kurta Neo je tapi bila tengok Kurta Uno, Kurta Safari, Kurta Bangsawan at last aku try je semua hahahaaha . 



Kalau korang nak tahu, kenapa ramai yang memilih Kurta Cirgaro Apparel ? Sebabnya jenis kain yang dipilih dan design dari mereka mengikut trend terkini dan keadaan semasa di negara kita . Pendek kata up to date . 



nampak tak? ni namanya selesa ya walaupun nampak macam jeans 





Mateial yang digunakann adalah kain kapas berkualiti yang diimport kebanyakkannya dari Korea. Jika korang jenis yang alert dengan material, zip yang digunakan di Kurta Cirgaro Apparel menggunkan YKK Japan Brass. Zip ini memang high quality dan dipakai oleh kebanyakkan jenama terkenal antarabangsa. 



Kesemua material mereka akan melalui proses pemilihan terlebih dahulu. Sebagai contoh kain yang dipilih akan direndam terlebih dahulu bagi melihat kesan sampingan dan kualitinya. So jangan risau kurta Cirgaro Apparel memang berkualiti tinggi. Aku dah pakai, memang selesa dan nampak kemas!

Kurta Neo dah sampai ke Semporna!



Untuk wanita diluar sana juga, boleh dapatkan koleksi kurta dan pakaian wanita dari Cirgaro Apparel. Nak matching dengan pasangan korang pun boleh tau. Aku berani cakaplah korang bakal menyukai kurta rekaan Cirgaro Apparel



jubah pun ada 


pelbagai pilihan warna kurta 


So untuk raya nanti, dah tahulah nak shopping baju raya dekat mana. Untuk korang yang duduk di Shah Alam dan kawasan berdekatan jangan lupa ya ke Butik Cirgaro Apparel !



Butik Cirgaro Apparel , Plaza Shah Alam - Plaza Masalam ( bersebelah Giant) 
Facebook :
Website :
Instagram 
Youtube 

Kurta Raya 2017

by on 26.4.17
Tak lama lagi kita menghampiri bulan Ramadhan dan diikuti dengan syawal. Mesti ada diantara korang yang sudag membuat persiapan awal bukan...

Dah lama rasanya aku tak berkongsi pandangan mengenai dunia permotoran. Korang dah servis ke kereta atau motor korang ? Selalunya korang gunakan minyak pelincir apa? 



Korang tahu tak kadang - kadang spesifikasi sesuatu minyak pelincir memainkan peranan dalam menentukan performance kenderaan korang. Bila murah sangat pun tak boleh takut nanti kenderaan kita mudah rosak. Jadi dikesempatan kali ini , aku nak berkongsi dengan korang mengenai jenama minyak pelincir kenderaan yang diyakini iaitu MOTO7 




MOTO7 yang diterajui oleh MOTO7 Distribution Sdn Bhd mula bertapak sejak Februari 2010 dengan nombor pendaftaran syarikatnya , 890642-D .  Untuk makluman korang MOTO7 ini mengilang, membotol minyak pelincir 1L, 3L, 4L, 18L dan 209L untuk kegunaan kenderaan berat/ringan dan motorsikal secara Private Label.


Terdapat banyak jenis minyak pelincir untuk kenderaan korang mengikut spesifikasinya. Bagi korang yang mempunyai kereta mungkin boleh gunakan : 


7007 – ULTIMATE SEMI SYNTHETIC 10W40 SM/CF 4L dan 1L



Ø  Memberikan pelinciran terhebat untuk enjin perlumbaan.
Ø  Mengurangkan geseran dan seretan untuk memperbaiki kuasa pecutan, meningkatkan RPM dan kuasa kuda yang digunakan.
Ø  Rumusan agen anti busa dan anti haus
Ø  Menjimatkan bahan api semasa enjin dipanaskan dan pemanduan henti jalan.
Ø  Sesuai untuk enjin biasa dan perlumbaan

7004- 10W30 SJ/CF 3L (PRESTIGE)



Ø  Penjimatan maksima bahan api dan peningkatan penghasilan kuasa.
Ø  Perlindungan anti haus terbaik
Ø  Kestabilan ricih terbaik bagi kelikatan minyak stabil
Ø  Penghidupan segera enjin pada suhu rendah
Ø  Pelinciran terbaik dengan tahap pembersihan dan serakan yang tinggi
Ø  Melebihi klasifikasi Service API SJ/CF –EC (Penjimatan Kuasa) II

7005- 20W50 SJ/CF 4L (PREMIUM)



Ø  Formula perlumbaan memberikan perlindungan terhebat yang diperlukan oleh enjin perlumbaan putaran tinggi dan moden.
Ø  Memberikan perlindungan terbaik kepada enjin yang beroperasi pada suhu tinggi dan beban berat.
Ø  Mengandungi bahan tambahan pencuci dan bahan antioksida moden untuk mencegah mendapan, varnis, lusuh kakisan dan karat dalam enjin.
Ø  Menepati atau melebihi keperluan jaminan enjin gasoline dan disel, kereta dan trak ringan. Mengikut piawaian pengilang-pengilang Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah apabila Servis SJ/SH/CF/CG yang di syorkan

7001- 20W50 SF/CD 4L (DYNAMIC) dan Top Up 1L SJ/CF 20W50





Ø  Direka untuk memberikan pelinciran yang menjimatkan bagi kereta dan trak ringan berenjin petrol dan disel
Ø  Melebihi servis API SF/CD
Ø  Dirumus dengan stok dasar yang dirawat dengan air yang mempunyai oksidaan semulajadi dan imbangan haba yang lebih baik serta digabungkan dengan bahan campuran yang di khas pilih.
Ø  Mengurangkan pembetulan lakuer, varnis, kotoran dan bahan buangan enjin yang lain dengan berkesan
Ø  Mempertingkatkan sifat tahan hakis bagi memastikan pemanjangn jangka hayat enjn dan bahagian bergerak lain.
Ø  Kekuatan lapisan filem minyak pelincir yang tinggi bagi perlindungan pada semua peringkat suhu.
Ø  Minyak multigred yang lebih baik dengan indeks kelikatan yang tinggi mampu mengekalkan kelikatan yang stabil pada suhu yang tinggi.

b   Bagi korang yang pakai motor macam aku pula boleh pilih antara minyak 2T & 4T dibawah: 


7010- 4T HIGH Performance Motorcycle Oil (SUPERBIKE) 15W40 SL/CF 1L




Ø  4T Superbike memberi perlindungan optimum kepada enjin untuk penjimatan bahan api yang maksimum, mengurangkan pengeluaran asap dan melanjutkan hayat pemangkin serta enjin.
Ø  Kestabilan haba dan oksida terbaik
Ø  Pretasi anti haus luar biasa hebat
Ø  Berkesan untuk mencegah mendapan dan kakisan varnish
Ø  Pengubahsuaian geseran tambahan dan keselesaan menghidupkan enjin pada suhu rendah.
Ø  Melebihi keperluan prestasi API servis SL/CF
Ø  Disyorkan untuk semua enjin motorsikal 4-lejang jenis gasoline rekaan moden dan lama


7002- 4T HIGH Performance Motorcycle Oil (PREMIUM) 20W50 SE 1L



Ø  4T Premium merupakan minyak motorsikal bermutu tinggi untuk enjin yang beroperasi dalam keadaan biasa.
Ø  Melebihi keperluan API SE
Ø  Mengurangkan endapan dan mendapan enjin
Ø  Meningkatkan kebersihan enjin
Ø  4T Premium disyorkan untuk semua enjin motorsikal 4-lejang rekaan moden dan lama

7003- 2T PREMIUM API TA 1L



Ø  Minyak enjin 2-lejang yang dirumus dengan bahan campuran rendah asap.
Ø  Direka untuk digunakan pada motorsikal dan skuter berkapasiti rendah.
Ø  Mempunyai sifat pelinciran yang baik
Ø  Mengawal kehausan dan kesan calar piston
Ø  Membantu mengekalkan kekeberkesanan pembakaran dan penghasilan kuasa
Ø  Mengurangkan kerosakan palam pencucuh

7008- G40 RUNNER 1L



Ø  Kestabilan ricih demi kelikatan minyak yang mantap
Ø  Menghidupkan enjin dengan cepat pada suhu rendah
Ø  Perlindungan anti haus
Ø  Penjimatan minyak bahan api maksimum dan meningkatkan pengeluaran kuasa.

7011- 2T TCW3 JASO FC/TCW3 1L




Ø  2T-TCW3 merupakan minyak motorsikal 2-lejang rendah asap dan berbau haru  dihasilkan untuk enjin 2-lejang kelas tertinggi termasuk enjin perlumbaan. Ia juga sesuai untuk enjin sangkut.
Ø  2T-TCW3 menepati keperluan tertinggi JASO FC, Global CG dan NMMA Service TC-W3
Ø  Memaksimumkan hayat enjin dan keluaran ekzos yang luar biasa rendah.
Ø  Pelinciran terbaik bagi mencegah perampasan omboh dan lekatan gelang.
Ø  Mencegah palam pencucuh daripada tersumbat
Ø  Dihasilkan untuk system suntikan bahanapi atau sebaliknya yang mana bahan api/minyak tidak perlu dicampur terlebih dahulu
Ø  Nisbah gasolin dengan minyak yang disyorkan 50:1
Ø  Sesuai digunakan dengan gasoline plumbum atau tanpa plumbum


Harga MOTO7



Kalau macam aku yang pakai GT128, kena pakai minyak 4T .Haa korang jangan salah letak pula ye. Aku pernah experience tersalah letak minyak 2T dalam skuter mak aihh rosak enjin weh. Selain senarai produk disana, MOTO7 turut ada special product tau untuk kenderaan berat iaitu 


7012- FLEET PRO-HEAVY DUTY 18L



Ø  API Service CG-4, CF-4, CF-2/SH
Ø  Caterpillar, TO-2, Detroit Diesel, Mark E0-K/2, E0-J/H/G, Cummin NTC-400, Cas Turbo Cummin, Cas Lampau dan enjin disel biasa
Ø  Spesifikasi ketenteraan MIL-L-2104E1



Jadi korang dah tahu kan semua jenis minyak pelincir yang dikeluarkan oleh MOTO7 kan? So far aku sendiri pakai MOTO7 ni, Hasilnya nanti aku akan keep update. Jangan lupa dapatkan MOTO7 di kedai servis kereta atau motor berhampiran!

MOTO7 Jenama Minyak Pelincir Kenderaan Yang Terbaik

by on 22.4.17
Dah lama rasanya aku tak berkongsi pandangan mengenai dunia permotoran. Korang dah servis ke kereta atau motor korang ? Selalunya koran...
Sebelum ni kalau nak tangkap gambar, especially gambar makanan mesti kena minta tolong dengan member suluhkan lampu handphone dorang untuk dapatkan gambar dan lighting yang terbaik. 

Sekarang dengan adanya iBlazr2 dah tak perlukan pencahayaan dari handphone dah sebabnya iBlazr2 ni dah cukup terang dan sangat membantu. So far aku rasa iBlazr2 ini adalah Lampu LED terbaik 2017 malah aku rasa Lampu LED terbaik dalam kelasnya tersendiri. 



So far aku dah gunakan iBlazr ni untuk live di VOOV which is very helpful, untuk tujuan food photography dan selfie. Bro impress okay sebab lighting dia super duper cantik dan boleh adjust! 


tanpa iBlazr2

Menggunakan iBlazr2


Haa apa yang boleh adjust? Untuk iBlazr2 ni dia ada 4 lighting dan dua tona led cahaya. Yang berwarna orange which is orang panggil warm light dan lampu biasa yang berwarna putih. Tona cahaya LED ini korang boleh adjust dengan sentuhan je tau. So sangat smooth






Apa lagi keistimewaan iBlazr2 ni? 

  • Truly Wireless Flash (Bluetooth)
  • Korang boleh adjust temperature dan brightness 
  • Boleh Syncs dengan iOS / Android kamera app
  • Ada Camera Remote Shutter Mode
  • Dinobatkan sebagai best selfie light on the market
Spesifikasi iBlazr2 

  • 130mAH Battery
  • 300 lumens
  • 300 flashes on charges
  • Touch Sensor

Seronok tau pakai iBlazr2 ni sebab gambar korang jadi cantik dan untuk handphone,korang boleh lekatkan di handphone tanpa perlu susah - susah untuk pegang, 

menggunkan iBlazr2 , jadi flawless okay! Edit buat black and white pun cantik je 



Memang banyak gila function dan kegunannya. Bergantung kepada tujuan dan tahap kekreatifan korang. Bagi aku memang puas hati dapat guna. Sangat membantu.







Berita baik untuk korang yang ingin dapatkan iBlazr2 ni. Kepada 10 orang yang pertama, korang boleh dapatkan iBlazr2 ni dengan harga RM189. Harga asal produk ini adalah RM 269 tau. So kalau korang berminat just drop komen di bawah ya! Nantikan next blogpost aku tunjukkan cara - cara memakai iBlazr2 

Untuk maklumat lanjut layari : 



Review iBlazr 2 : Lampu LED Terbaik 2017

by on 21.4.17
Sebelum ni kalau nak tangkap gambar, especially gambar makanan mesti kena minta tolong dengan member suluhkan lampu handphone dorang untuk...


Bercakap mengenai Johor Bahru, selalunya tak pernah puas datang ke sini. Maklumlah kebanyakkanya adalah urusan kerja. Tapi kerja pun sempat lah juga ke tempat - tempat menarik di Johor Bahru 

Jadi baru - baru ini  sekali lagi aku berkesempatan untuk ke Johor Bahru dengan menaiki Causeway Link, sebuah jenama bagi syarikat bas terkemuka, Handal Indah Sdn Bhd . Bezanya kali ini aku dan beberapa orang blogger dan media yang lain diberi kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Johor Bahru menggunakan perkhidmatan terbaru dari Causeway Link iaitu Travel Bus pass




Dengan menggunakan Travel Bus pass ini, korang boleh ke pelbagai tempat menarik di Johor Bahru tanpa perlu membayar tambang berulang kali. Malah bukan itu sahaja, dengan pembelian Travel Bus Pass ini juga korang dapat ke tempat - tempat menarik di Singapura tau 



Buat masa ini, sebanyak 16 laluan disediakan dengan 31 lokasi strategik di Johor Bharu dan Singapura bagi membantu memudahkan perjalanan para pelancong. So, antara tempat - tempat  menarik yang korang boleh kunjungi menggunakan perkhidmatan Causeway Link Rapid Bus Pass ini adalah:
1.       Angry Bird Activity Park
2.       Legoland Malaysia Resort
3.       Hello Kitty Town
4.       Johor Premium Outlet
5.       Lapangan Terbang Senai dan banyak lagi. 



Bukan itu sahaja, Selain daripada itu, bagi pemegang kad Travel Bus Pass korang berpeluang untuk menikmati beberapa kemudahan dan diskaun hebat daripada beberapa taman tema, pusat membeli belah, restoran dan banyak lagi. Antara diskaun hebat sempena pengenalan Travel Bus Pass ini adalah : 

a.            Introductory Product Promotion of Travel Bus Pass:
1.            RM46 for 2-days Travel Bus Pass (original price is RM55)
2.            RM66 for 3-days Travel Bus Pass (original price is RM80)


b.            Bundled Packaged with Causeway Link Direct Coach Service (RM57 for one way)
1.            RM114 (with return ticket) + RM 15 additional charge for 2-days Travel Bus Pass
2.            RM114 (with return ticket) + RM 20 additional charge for 3-days Travel Bus Pass





Bas Causeway Link ni cantik dan ada di kebanyakan negeri dan tempat. Macam kiteorang haritu naik dari KL. So untuk korang yang ingin bercuti di Johor Bahru menggunakan Travel Bus Pass , korang boleh menunggu di   Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur.   Dari sini, bas ini  akan terus ke  LEGOLAND Malaysia Resort dan Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town di Johor Bahru. 



Berapa jam? Adalah dekat 4- 5 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa. Untuk korang yang berminat untuk dapatkan Travel Bus Pass ini kaunter pembelian  disediakan di beberapa tempat strategik di negeri Johor untuk memudahkan korang dapatkannya. Antaranya adalah di 





Singapore

  •  IMM Mall(02-62, Level 2 - Directly above Burger King)


Malaysia
  • Giant Nusa Bestari(Ground Floor)
  •  JB Sentral
  •  KSL City Mall - Main Entrance
  • Gelang Patah Sentral - UG2/3
  • Larkin Sentral
  • Senai Airport
  • CIQ 1st Link
  • Mall Of Medini



So lepas ni kalau korang nak jalan - jalan di Johor Bahru atau Singapore senang la sebah dah ada Travel Bus Pass dari Causeway Link ni 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari 

saya refer di sini juga :Amir Nawawi.com 

Nak Jalan - Jalan Di Johor Bahru? Gunakan Causeway Link

by on 20.4.17
Bercakap mengenai Johor Bahru, selalunya tak pernah puas datang ke sini. Maklumlah kebanyakkanya adalah urusan kerja. Tapi kerja pun se...