Macam trend pula sejak kebelakangan ini, kebanyakan restoran terkenal telah membuat pertaruhan dengan memperkenalkan menu mereka berasaskan...
Total Pageviews
Tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai diantara kita tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis masakan apatah lagi kadang kala hanya setahun sekali dapat menjamahnya. Namun perlu diingatkan, pengambilan makanan tersebut perlu dititikberatkan apatah lagi pada musim PKP ini yang kebanyakannya hanya duduk di rumah.
Tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai diantara kita tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis masakan apatah lagi kadan...
Jujur aku cakap Marrybrown sekarang jauh lagi bagus daripada dulu. Buat korang yang fikir dua kali nak beli Marrybrown, tak perlu ya baik k...
Sejak mula berpuasa pada seminggu yang lalu, aku teruja dengan pembukaan platform secara atas talian khas buat jualan e-Bazar Ramadan yang dibangunkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).
Platform ini diwujudkan sejurus daripada arahan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan yang lalu berikutan penularan wabak COVID-19.
Bagusnya platfom yang dikenali sebagai PLATS ini, bukan sahaja masyarakat di negeri Selangor mendapat pelbagai kebaikan, malah para peniaga yang risau akan terjejas pendapatan mereka turut diutamakan. Berikut aku senaraikan kebaikan PLATS kepada kita sebagai pembeli dan mereka diluar sana sebagai seorang peniaga.
Kebaikan PLATS Kepada Pembeli
- Keselamatan terjamin
- Dapat mengurangkan risiko daripada terdedah pada wabak COVID-19
- Menjimatkan masa
- Pilihan di hujung jari
- Lebih fleksible
- Tidak perlu bersesak dengan orang ramai
- Boleh membuat pilihan awal dengan menyemak senarai menu dan pilihan gerai dan restoran berdaftar di PLATS
Kebaikan PLATS Kepada Peniaga
- Urus niaga dalam bulan Ramadan dapat diteruskan seperti sedia kala
- Tidak perlu risau dengan ketiadaan tapak untuk berniaga
- Kos Pinjaman 0%
- Dapat membuat persediaan awal dengan tempahan yang dibuat oleh pelanggan
- Belajar dengan lebih mendalam mengenai urus naiga dalam talian dan banyak lagi!
Senarai Menu Dalam PLATS
Kalau nak tahu E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Difahamkan sejak 30 April 2020, PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.
Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain yang masih mempunyai baki lagi 6 lokasi lain.
Nak tahu antara menu makanan yang ada di dalam PLATS? Banyak tau antaranya seperti
- Aneka kuih - Onde-onde, karipap, seri muka, murtabak dan lain-lain
- Kambing Bakar
- Cendol
- Nasi Kari Kambing
- Nasi Ambeng
- Jus Kedondong Asam Boi
- Roti Jala
- Bubur Jagung
- Bubur Chacha dan banyak lagi!
Aku dah guna PLATS baru-baru ini. Memang mudah! Cuma pesan, bayar dan tunggu makanan sampai di hadapan pintu rumah. Perkhidmatan perkhidmatan yang digunakan? Selamat ke tidak? Ini pengalaman aku sendiri.
Untuk PLATS, MBI telah menggunakan khidmat rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi yang tertera.
Mengenai keselamatan pula, korang jangan risau kerana MBI telah mengutamakan SOP keselamatan. Korang boleh tengok poster di bawah termasuk mengenai cara pembayaran menerusi PLAT ataupun Grab. Mudah sangat!
Perlu diingatkan pesanan boleh dibuat melalui laman web PLATS bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang dan penghantaran pula akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.
Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai PLATS atau ingin menempah juadah berbuka jangan lupa layari https://www.plats.com.my/
Mudahnya Beli Makanan Di Bazar Ramadan PLATS
by
khai artzfar
on
4.5.20
Sejak mula berpuasa pada seminggu yang lalu, aku teruja dengan pembukaan platform secara atas talian khas buat jualan e-Bazar Ramadan yang...
Siapa kenal aku, mesti tahu aku suka sangat makan ubi kentang. Tak kisah lah masak apa sekali pun, tetap menjadi kegemaran apatah lagi bulan puasa ini.
Tips aku, kalau bulan puasa ini nak kekal cergas, amalkan pemakanan ubi kentang Insyallah badan akan kekal cergas. Maklumlah bila dah puasa, pasti badan kita akan alami perubahan.
*resipi yang aku gunakan US Potato
Nak tahu kenapa aku galakkan korang ambil kentang? Sebab ada banyak khasiatnya. Untuk itu, aku syorkan Kentang dari Amerika Syarikat atau juga dikenali sebagai US Potato.
Khasiat US Potato
- Sumber Karbohidrat Yang Baik
Sememangnya Kentang A.S. ialah antara sumber karbohidrat yang baik. Ianya diperkaya dengan Vitamin B6 dan C. Selain itu, Kentang juga sangat versatil dan bersifat serba guna serta mengenyangkan.
Tak percaya, korang try makan bergedil. Cukup dalam 2-3 ketul dah kenyang kan? ! Inimenjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.US Potato diminati ramai kerana produknya dipercayai bermutu tinggi.
- Jalani Pemeriksaan Ketat
Kentang tersebut ditanam pada suhu penanaman yang ideal,menggunakan tanah yang subur, dengan pemprosesan terkini serta kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan US Potato antara kentang yang terbaik di dunia.
Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan dekat Amerika dalam memastikan US Potato selamat dan bermutu tinggi.
- Tidak Mengandungi Lemak
Okay ini best! US Potato tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malahan ianya hanya mempunyai 110 kalori untuk dalam setiap hidangan. Nak diet? Ambil je US Potato
2 Resipi Berasaskan US Potato
Tak tahu nak masak apa? Nah aku kongsikan resepi dari pakar diet, Cik Nurul Aziah Musa yang menggunakan US Potato sebagai ramuan utama.
Bahan-bahannya:
- 2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
- 2 biji telur
- 8 sudu besar oats
- Cili merah / cili hijau hiris halus
- 5 sudu besar bawang goreng
- 1 biji bawang besar
- Garam
- Lada sulah
- Lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan
*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.
Bahan-bahannya:
- 4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
- 1 biji lobak merah
- 1 sudu makan mentega
- 4 sudu makan bawang holland cincang
- 50 gm keju cheddar
- Sedikit garam
- Sedikit lada hitam
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 bji bawang cincang
- 500g daging kisar
- 2 sudu makan tepung
- 1 susu makan sos tomato
- 180 ml stok daging
Cara Penyediaan:
1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.
Kalau nak tengok lagi resipi menggunakan US Potato, korang boleh tengok di laman web :
Tips Cik Nurul Aziah Musa Di Bulan Puasa
Amalan sewaktu bersahur
- Pastikan korang bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
- Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
- Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
- Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik
Amalan sewaktu iftar
- Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada ssitem penghadaman kita.
- Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
- Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
- Kawal saiz hidangan makanan
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
- Kurangkan makanan tinggi gula dan garam
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kentang A.S, korang boleh layari laman web www.uspotatogoodness.com.my
Siapa kenal aku, mesti tahu aku suka sangat makan ubi kentang. Tak kisah lah masak apa sekali pun, tetap menjadi kegemaran apatah lagi bul...
Aku perasan lately ni ramai yang ingin berkahwin memilih konsep 'garden' untuk majlis diorang. Kalau betul-betul dapat taman okay ...
Blog Budak Pacak Ucap Selamat Tinggal?
by
khai artzfar
on
15.2.20
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Rasanya dah lama aku tak bercerita, mahupun berkongsi kisah peribadi dekat sini. Sebenarny...
Bercakap mengenai Terengganu, negeri ini antara salah satu yang sentiasa mendapat tempat dalam hati aku. Sejak 7 tahun yang lalu, sekurang...




























