Total Pageviews

PELANCARAN GENTING INTEGRATED TOURISM PLAN DAN TWENTIETH CENTURY FOX WORLD

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Baru - baru ini, sekali lagi kami dari Blooggers Dot Com dijemput untuk ke Genting International Room ,Resort World Genting bagi menyaksikan detik bersejarah pelancaran Genting Integrated Tourism Plan dan Twentieth Century Fox World . 



Mengenai Genting Integrated Tourism Plan ianya merupakan pelan jangka masa 10 tahun dimana Resorts World Genting bakal menyaksikan perubahan besar dari segi hotel , taman tema dan kemudahan di Resorts World Genting sendiri. 



Majlis ini turut menyaksikan Perdana Menteri Malaysia,  YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak melancarkan projek bernilai 5 Bilion ini bersama - sama Chairman YB Tan Sri Lim Kok Thay, Chief Executive of  Genting Malaysia, YAB Tun Mohammed Hanif Omar , Deputy Chairman of Genting Malaysia, YB Dato' Sri Lee Choong Yan, President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia  dan Mr Jeffrey Godsick, President of Twentieth Century Fox Consumar Products . 



Untuk rekod,Resorts World Genting  telah mencatatkan lebih dari 20 million pengunjung setiap tahun . Oleh yang demikian perubahan besar telah dilakukan termasuk pembaharuan Stesen Kereta Kabel yang mempunyai kapasiti 100 gondola , parking kenderaan bertingkat yang mempunyai lebih dari 3,100 parking dan juga pusat membeli - belah yang bakal diwujudkan .

Mengenai wajah terbaru taman tema Resort World Genting pula pengunjung bakal merasai kelainan pengalaman  apabila projek bersama Twentieth Century Fox Consumer Products dijangka siap pada penghujung 2015.

Lihat video Lakaran The International  Twentieth Century Fox World DISINI 

The International  Twentieth Century Fox World bakal diwujudkan dengan lebih dari 25 permainan dan tarikan daripada filem antarabangsa yang terkenal seperti Ice Age , Rio , Night At The Museum dan Alien VS Predator. 

Walau Outdoor Taman Tema ini ditutup sementara, pengunjung masih boleh mengunjungi Indoor Taman Teman seperti Sky Venture , Snow World , 4D Theatre, Indoor Coaster Ride dan banyak lagi yang masih dibuka kepada orang ramai. 

Lihat juga video disebalik sejarah Resort World Genting DISINI 

Yang pasti apabila siap nanti, negara bakal menyaksikan pengunjung yang tak putus - putus datang melancong kerana The International  Twentieth Century Fox World menjanjikan permainan dan keriangan bertaraf antarabangsa ! 

p/s : tak sabar tunggu 2015 ~

No comments: