Total Pageviews

VOLUNTOURISM ADOPTION INITIATIVE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Pada 15 Disember yang lalu , Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M) telah ke Bagan Lalang bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan menerusi program Voluntourism .



Pada kunjungan kami ke Bagan Lalang , satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman ( MoU ) bagi pelaksaan Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang Sepang antara Avani Sepang Goldcoast Resort, Syarikat Hiap Teck Venture Berhad , Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society ( MNS ) telah diadakan di Avani Sepang Goldcoast Resort. 






Untuk makluman , Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi memastikan kawasan pelancongan dalam Malaysia sentiasa menjadi tarikan buat para pelancong dalam dan luar negara . 

Buat korang yang sukakan aktiviti sukarelawan ini apa kata sertai program 1Malaysia Voluntourism di mana di bawah program ini ada 5 teras utama yang korang boleh join seperti : 

1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean ( 1MG1MC )

  • melibatkan penyertaan sukarelawan dalam kempen dan aktiviti kebersihan , kehijauan dan mencantikkan kawasan atau premis pelancongan 

1 Malaysia Voluntutoring 

  • melibatkan penyertaan sukarelawan untuk berkongsi ilmu dengan penggiat industri seperti pengusaha Homestay serta masyarakat umum . Perkongsian ilmu dan kemahiran ini merangkumi aspek pendidikan , hospitaliti dan pengurusan. 

1 Malaysia Volunsharing 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk berkongsi pengalaman percutian termasuk aktiviti sukarelawan di tempat - tempat pelancongan yang mereka sertai melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. 

1 Malaysia Event 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk membantu dalam penganjuran acara - acara pelancongan negara 

1 Malaysia Culture and Heritage 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk membantu dalam usaha promosi dan konservasi warisan dan kebudayaan Negara 
tunggu apa lagi ? Jom daftar sekarang di 



p /s : tenang melihat laut


No comments: