Total Pageviews

TOURISM MALAYSIA LANCAR PERADUAN FOTO STICKER TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014 ini , rakyat Malaysia dan ekspatriat berpeluang memenangi hadiah - hadiah menarik termasuk pakej - pakej pelancongan domestik bagi 30 orang peserta yang berjaya setiap bulan! menarik bukan ? 




Ini adalah untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut sama - sama membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 . Tourism Malaysia bersama - sama Kakitangan PLUS telah melancarkan dan mengedarkan Sticker Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 secara serentak di seluruh negara. 




Sebanyak 150,000 unit pelekat kenderaan telah diedarkan pada pengguna jalanraya dimana Khai turut berpeluang mengedarkan sticker tersebut di Plaza Tol Batu 3 , Shah Alam.

Untuk pengetahuan korang , Sticker Kenderaan Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 telah menampilkan gambar monyet Proboscis yang merupakan maskot rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2014. 

Korang boleh dapatkan sticker peraduan ini secara percuma di Plaza Tol yang tepilih seperti  Tol Sungai Besi di Selangor, Tol Skudai di Johor, Tol Ayer Keroh di Melaka, Tol Jambatan Pulau Pinang , Tol Senawang di Seremban , Negeri Sembilan, Tol Batu 3 di Shah Alam, R&R Tapah di Perak dan Tol Hutan Kampung, Alor Setar di Kedah. 

Selain itu, korang juga boleh dapatkan di Tol Jabor di Terengganu , Tol Jambatan Tun Salahudin di Sarawak, Jeti Kuala Perlis di Perlis, KB Mall di Kelantan, Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Sabah , Plaza Kuantan Sentral, Pusat Transformasi Bandar di Bentong Pahang, Pejabat - pejabat Tourism Malaysia Negeri, dan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di seluruh negara. 

Nak tahu cara untuk sertai peraduan ini ? 

  1. Tangkap gambar sticker Tahun Melawat Malaysia 2014 di kenderaan korang berdasarkan kreativiti di mana - mana pusat pelancongan dalam Malaysia 
  2. Like page Cuti - Cuti 1 Malaysia 
  3. Upload gambar korang ke page tersebut dan kongsikan bersama 10 orang rakan
Haa senang bukan ! Buat korang yang tak berjaya jangan risau kerana penyertaan yang tidak berjaya pada bulan pertama akan dibawa pada bulan seterusnya. 

Jom sertai sekarang , semoga berjaya !! 



P / S : Musim untuk melancong !


No comments: