Total Pageviews

Pak Nil Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise ke Penang - Langkawi - Phuket

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pak Nil lancar pakej Pelayaran Star Cruises ke Penang - Langkawi - Phuket untuk kali kedua !Siapa yang tak kenal Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil yang merupakan pengacara Nombor 1 negara disamping telatahnya yang mencuit hati di kaca tv.

 Baru - baru ini bertempat di Saloma Bistro,  Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya  untuk belayar bersama - sama peminat . Selain Pak Nil, turut hadir pada pelancaran tersebut adalah Encik Cooper Huang, Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel 



Atas kejayaan dan sambutan yang mengalakkan pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi menyaksikan Pak Nil akan mengulangi sejarah dan kenangan untuk bercuti bersama - sama peminatnya pada 6 April - 9 April 2014 . Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal yang mampu diikuti semua golongan serta sebagai satu penghargaan Pak Nil sendiri kepada para peminatnya

Pak Nil bersama para peminatnya pada Pelayaran Bersama Pak Nil edisi lepas 


Mana tidaknya, pada percutian yang lepas, rata- rata peminat Pak Nil yang mengikuti pelayaran ini sangat gembira kerana dapat meluangkan masa hampir 24 jam dengan Pak Nil sendiri di atas pelayaran Star Cruise. Malah terdapat banyak kejutan yang disediakan oleh Pak Nil sendiri untuk semua peminatnya. Sebagai contoh Pak Nil telah membuat sendiri kek untuk para peminatnya



Untuk pengetahuan korang , untuk pelayaran bersama Pak Nil ini, Superstar Libra yang merupakan kapal mewah milik Star Cruise menyediakan pelbagai kemudahan . Korang mesti tertanya dan terfikir, restoran dalam kapal ini halal ke ? 

Jangan risau ! Kerana dalam kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) . Jadi bab makan jangan risau yer kawan - kawan, sebab semuanya halal dan untuk korang yang nak join trip ini nanti, pihak Superstar Libra akan menghidangkan makanan kepada korang empat kali sehari !

Pak Nil dan Superstar Libra menjadi penghias muka depan Santai Travel Edisi September 2013

Jadi buat rakan pembaca semua , rebut peluang ini kerana tempat adalah terhad dan yang pasti Pak Nil akan meluangkan masanya selama 4 Hari 3 Malam dengan korang di samping beliau menjanjikan akan ada pelbagai  aktiviti dan kejutan khas buat peminatnya

Kalau korang berminat bolehlah hubungi Khai seperti butiran berikut !


*KLIK UNTUK TUMBESARAN*

atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi 
Malaysian Harmony Tour & Travel 
03 - 2142 9266

Video Pak Nil ajak peminat bercuti 

p /s : Kemudahan dan suasana di atas Libra Star Cruises memang satu pengalaman yang menakjubkan. Khai berani janji dengan korang. Nak tahu kenapa ?Nantikan entry akan datang mengenai pengalaman Khai di atas  Superstar Libra 


5 comments:

Unknown said...

Starcruise best !!!

*untung org tu...*

khai artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)amboi sempat lagi yer perli haha

potia casadelarossa said...

blog ni pon dah biru mcm air laut hahahah

khai artzfar said...

@potia casadelarossahaha tenang gitu

dinybusy said...

harga asal dia dah naik kpd 1499MYR..Ini harga teaser ke apa?
huhu