Sam's Deli Syurga Pencinta Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Segmen Jom Makan kali ini Khai bawakan kepada korang kafe Sam's Deli bertempat di Mydin Mall , Seremban Negeri Sembilan yang baru saja dibuka baru - baru ini. 




Dekat Sam's Deli ni, korang cakap je nak makan apa semua ada dekat sini . Baik dari tradisional ke western, dari minuman berjus sehinggalah ke pelbagai jenis kopi dan dari pelbagai kuih tradisional sampailah ke pelbagai jenis kek termasuklah kek blue velvet




Eh Blue Velvet ? Ada sesiapa yang pernah dengar kek blue velvet ? Selalu dengar orang sebut red velvet bagai hari ini khai bawakan korang ke kafe yang menyediakan kek blue velvet yang sedap di Seremban ni. 





Haa bukan main jauh lagi kami datang dari Kuala Lumpur ke Seremban ni semata - mata untuk ke Sam's Deli yang dikatakan sebagai Syurga bagi pencinta makanan. 



Nampak macam eksklusif je kafe ni, mesti harga mahal kan ? Oh itu tidak sama sekali, sebab apa yang khai boleh cakap dekat korang. Cuba bawa satu jenis kopi di kedai kopi yang terkenal dan bandingkan dengan kopi di Sam's Deli. Rasa hampir sama dan ternyata harga di Sam's Deli jauh lebih murah


Affogato yang sedap gilos!


Kena pulak kunjungan kami ke sini dihidangkan oleh resipi Affogato yang mereka buat khas untuk kami sahaja ! Best habaq ang . Sampai sekarang masih terbayang kesedapan dia . 



macam kenal je mamat ni, rakus betul minum 

Hampir kesemua makanan disitu kami cuba sampaikan sempat bungkus untuk dibawa balik . Untuk pengetahuan korang , kafe ini adalah hasil usahasama seorang Chef Selebriti iaitu Chef Zam. Jadi kalau korang nak makan pelbagai jenis makanan , Sam's Deli adalah tempatnya. Jadi tunggu apa lagi jom ke Sam's Deli ! 

lokasi Sam's Deli 



kalau pilihan Khai di Sam's Deli adalah Ayam Panggang BBQ yang marvellous , jom terjah dorang ni. apa pilihan dorang pulak kan  ? 

Blog Kite Punye - http://kitepunye.com/
Blog Nazlan Nasir - http://www.nazlannasir.com/

p/ s : Mac : Bulan Naikkan Berat Badan, Marilah gemuk secara berjemaah 

8 comments:

Bahrain said...

nampak tempat tu memang eksklusif.

Khai Artzfar said...

@Bahraintapi yang penting harga murah :)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Bukan nak ajak ena.. huaaaaaaaaaaaa.... sedapnyaaaaaaaaaaa... aishhhhh sila belanja ena mamam.. :3

Nick Nashram said...

seremban ngan tempat aku takde la jauh sangat..nati la kalo ade masa aku p sna bro..hehe

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿hehe next time okay :)

Khai Artzfar said...

@Nick Nashramnanti bagitau la ko baca blog budak pacak. mana lah tahu dapat offer kehkehkeh

Liyliz said...

okeh terliur waktu mcm ni. harga nya tk mention pun. tkt gak nk masuk

Khai Artzfar said...

@Liylizalah nak takut apanya. masuk je memang nampak eksklusif tapi jauh lebih murah