Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu | Tarikan Terbaru Di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Day 1 

Pada 11 April yang lalu , Budak Pacak telah ke Terengganu untuk Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  anjuran Kerajaan Negeri Terengganu , Tourism Terengganu dan Gaya Travel selama 8 hari 7 malam. Sebelum itu, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana memilih Budak Pacak dalam trip ini. Kalau tidak memang Budak Pacak tak akan merasai semua ini. Ibarat mimpi yang menjadi realiti.



Sebelum mulakan cerita, ada apa dengan Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  ?  Untuk makluman korang, pesta ini bertujuan memberi pengalaman kepada media untuk merasai sendiri cabaran untuk mencandat sotong di samping mempromosikan Negeri Terengganu ini. Kalau sebelum ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Penyu , kenapa tidak selepas ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Sotong sebagai Tarikan Terbaru di Terengganu ?

Kami bertolak dari Matic, Kuala Lumpur pada malam 10 April dan tiba di Terengganu pada pukul 7 pagi. Sampai je disana, kami menikmati Nasi Dagang yang menjadi makanan ruji atau simbolik di Terengganu. 
Bak kata orang, kalau tak pekena Nasi Dagang memang tak lengkap trip korang ke Terengganu. Yang kelakarnya , semua tak mandi lagi , terus singgah warung untuk makan, kehkehkeh. 

 Untuk hari pertama ini aktiviti kami adalah Free and  Easy. Maklumlah , untuk pengetahuan korang , 200 orang wakil media terdiri daripada 25 negara  termasuk Malaysia yang sertai  Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  . Jadi mesti penat bagai . 





Seramai 200 orang media telah ditempatkan di 7 hotel sekitar Kuala Terengganu dan Budak Pacak telah ditempatkan di Grand Puteri Hotel . Sepanjang kami di Terengganu, kami telah diberi layanan VVIP . Mana taknya, dapat bilik sorang satu , Polis telah mengiringi kami sepanjang disini malah segala perkara telah diutamakan untuk kami. Sangat terharu 

Memandangkan hari pertama adalah  Free and  Easy , Budak Pacak dan Kisah Tatie telah dibawa oleh rakan blogger di Terengganu , Farisya Anastasyia untuk jalan - jalan sekitar Kuala Terengganu dan kami telah ke port yang wajib dikunjungi kalau nak makan ICT



Oh yer nak tahu apa itu ICT  ? ICT ini merupakan singkatan bagi Ikan Celup Tepung. Menurut Farisya , kalau nak makan ICT , yang paling sedap adalah di Warung Pok Nong yang terletak berhampiran Universiti Malaysia Terengganu. 

Memang sedap gilos !  Tak rugi datang sini. Makan menghadap laut, pergh feeling habis.  Satu peringatan buat korang , nak datang sini , kenalah awal . Kalau tidak kena beratur panjang. 



Since Budak Pacak dan Kisah Tatie tak makan ikan , jadi kami pilih sotong dan udang celup tepung. Harga bagi seekor sotong celup tepung saiz XL adalah RM8 . Manakala bagi udang saiz M, 10 ekor bersamaan RM 10. Puas gilos makan !  Terima kasih F.A sebab bawa kami kesini. 


Sekian saja untuk cerita Part 1, ada lagi banyak cerita menarik menyusul selepas ini . Jangan lupa untuk keep update entry Budak Pacak. Jumpa lagi  ! 

p / s ; sampai sekarang macam tak percaya dapat peluang ni. 

--- teaser part 2 ---



14 comments:

luqman zakaria said...

wah..syok wohh..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, wallah bestnya. dapat makan sotong. perghh lama tak mai ganu kita ~~~

Bella Enveeus said...

Yeay. Tak sabar nak baca part 2.. :)

Khai Artzfar said...

@luqman zakariabest gilos hehe

Khai Artzfar said...

@Sheila Salimmai la sini. macam - macam ada

Khai Artzfar said...

@Bella Enveeusbest betul dapat jumpa korang

Khai said...

Yes dah update!

Haa cepat update part 2 tu khai! ;)

Emily said...

Khai,

It was great to spend time with you - same bus, same hotel, same boat!

Khai Artzfar said...

@Khaihaha amboi tak sabar ye, nantikan ok

Khai Artzfar said...

@Emilyyeah , what a great moment

Mawardi Yunus said...

bestnya korang huhu (Y)

Khai Artzfar said...

@Mawardi Yunushehe best trip ever

Hafiz Hafizol said...

nanti dtg Kuala Tganu lagi aku bawak g mandi Pantai pulak ye haha

Khai Artzfar said...

@Hafiz Hafizoloh duduk terengganu tak bagitau haha