Total Pageviews

Review Filem Sniper

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Korang follow filem - filem MIG ? Untuk pengetahuan korang , filem terbitan mereka yang terbaru , Sniper akan menemui penonton tak lama lagi. Budak Pacak berkesempatan ke Pra - Tonton filem Sniper baru - baru ini. Terima kasih kerana menjemput. 



Filem Sniper yang membariskan ramai pelakon hebat dan muka - muka  baru dalam industri perfileman seperti Fadlan Hazim , Pablo Amirul , Mikail Andre dan Nina Iskandar. Turut menjayakan filem ini pelakon seperti Adiba Yunus , Nabil Razali dan Delimawati .

Bagi Budak Pacak adalah menjadi taruhan setiap kali filem MIG ramai muka baru telah dilibatkan dalam filem mereka sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat. 



Setelah menonton filem ini, pujian harus diberi kerana setiap watak berjaya memainkan peranan malah tidak keterlaluan untuk Budak Pacak cakapkan antara muka baru yang berjaya memainkan watak. 





Untuk pengetahuan korang juga pada malam pra -tonton tersebut juga full - house tahu. Diharap sambutan yang diterima pun menggalakkan. Apa pun tahniah Budak Pacak ucapkan !

Promo Filem Sniper 


Rating Blog Budak Pacak 4 Bintang 

Sinopsis Filem Sniper 

Ahmad lakonan Mikail Andre merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana masalah disiplin yang dialami. Rafi lakonan Fadlan Hazim pula merupakan seorang atlet telah diculik untuk terlibat dalam satu permainan yang digelar Bunuh. Mereka berdua telah ditemukan dalam permainan tersebut oleh seseorang yang tidak dikenali.

 Sepanjang mereka disana, muncul pula Jim lakonan Pablo Amirul yang menjadikan permainan tersebut semakin mencabar. Berbekalkan sniper dan peluru , mereka harus mencari jalan untuk mencari dalangnya dan pada masa yang sama setiap nyawa dipertaruhkan termasuk nyawa mereka sendiri.

 Siapakah dalangnya ?  Adakah semuanya terbunuh ?  Nak tahu kesudahan filem aksi ini , korang kenalah tengok sendiri di pawagam berhampiran mulai 24 April ini. Terbaik  !


p/ s ; Tahniah kepada MIG kerana menghampiri 100 filem terbitan mereka 

No comments: