Total Pageviews

1 Malaysia GP Sale Sunway Pyramid Gempak !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ini adalah entry lanjutan daripada GP Salebration  Exploration yang telah diadakan baru - baru ini. Keesokan harinya bermulalah 1 Malaysia GP Sale Sunway Pyramid.  



Pada hari tersebut, Budak Pacak bersama - sama Sahabat Media telah ditugaskan untuk menjadi belakang tabir sepanjang konsert yang diadakan pada hari tersebut. Selalunya kami ditugaskan untuk cover event , temuramah orang tapi kali ini jadi belakang tabir, jaga artis bagai. Satu pengalaman yang baru dan menarik buat kami. Terima kasih atas kepercayaan. 




Sepanjang hari tersebut, bermula dari jam 1 tengahari sehingga jam 6 petang, ramai artis telah hiburkan para pengunjung . Antaranya adalah Aris Ariwatan , Shima , Zaiton Sameon , Kumpulan Kool, A To Z , Kaka Azraff , Adam AF dan ramai lagi ! 

Bila dah kerja di belakang tabir barulah tahu susah senang mereka. Oh yer untuk pengetahuan korang, apa yang Budak Pacak perhatikan sepanjang 1 Malaysia GP Sale ni, diskaun dan harga dia tersangatlah gempak! 

Mana taknya Budak Pacak perasan ada satu jam yang berjenama dari harga RM 400++ bila dah convert kepada harga diskaun harganya cuma RM 120++ . Rambang mata habis ! 

Apa pun di kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Tourism Kuala Lumpur kerana mempercayai dan memberi peluang kepada Sahabat Media untuk bekerja di belakang tabir. 

kredit gambar : Potia 

p /s : Artis Veteran ramai yang humble berbanding artis sekarang 

No comments: