Hotel Pilihan Di Macau | AirAsia FAM Media Trip To Macau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Macau selama 4 Hari 3 Malam untuk  Media Familiarization Trip To Macau . Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal , hajat Budak Pacak untuk review negara luar telah tercapai . 

Program ini adalah anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Apa yang Budak Pacak boleh katakan mengenai Macau adalah diibaratkan seperti mini Las Vegas. Pada malamnya kota Macau ini meriah dengan kerlipan lampu LED setiap bangunan

 Apapun yang itu Budak Pacak akan ceritakan pada entry yang akan datang. Kali ini Budak Pacak nak berkongsi Hotel Pilihan Di Macau . Mana tahu buat korang yang nak travel ke sini ,bolehlah menginap di hotel - hotel yang Budak Pacak bakal senaraikan ini .

Hotel - hotel ini sesuai untuk mereka yang berkemampuan kerana harganya agak tinggi namun dengan segala kemudahan dan jenis bilik memang sangat berpuas hati. 

Royal Hotel

Hotel Royal adalah merupakan tempat penginapan kami selama 4 Hari 3 Malam . Disini kami telah telah ditempatkan seorang satu bilik . Mengenai hotel di Macau , rata - ratanya adalah hotel bertarafkan 5 bintang termasuk Hotel Royal. 



Menarik mengenai Hotel Royal ini adalah ianya terletak di tengah - tengah bandar malah berhampiran dengan tempat - tempat menarik untuk dilawati seperti Ruin Of St Paul's dan rumah api. 






Di hotel ini lengkap dengan semua fasiliti malah disini, pengunjung boleh memilih untuk makan di restoran atau cafe mereka , Catalpa Garden - Shanghainese style atau Fado - Portuguese style . 


Catalpa Garden



Fado 



Antara pengiktirafan hotel ini adalah pada tahun 2012, restoran mereka Catalpa Garden telah dinobatkan sebagai Hong Kong And Macau Best Restaurants .  Status Halal  dan Haram restoran hotel ini ?

Mereka sangat menjaga sensitiviti setiap para pengunjung. Sepanjang kami disini , semua makanan telah dipastikan jenisnya dan telah dihantar ke bilik untuk keselesaan kami. Terima Kasih Hotel Royal 

Untuk Maklumat lanjut - http://www.hotelroyal.com.mo/

Conrad Hotel 

Hotel mewah ini terletak di tengah bandar Macau dimana di dalam hotel ini turut menghubungkan terminal feri. Mengutamakan ' Luxury of Being Yourself'




segala kemudahan di dalam hotel ini menjanjikan keselesaan . Dengan pemandangannya yang menghadap bandar Macau ,membuatkan setiap pengunjung yang menginap disini tertarik dengan kemudahannya. 




Untuk pengetahuan korang , yang menjadi tarikan utama hotel ini adalah Spa mereka, Bodhi Spa yang bertaraf antarabangsa.



 Malah pada World Luxury Spa Award 2014 , Bodhi Spa telah dinobatkan sebagai Best Luxury Emerging Spa in Asia dan Best Luxury Day Spa in China untuk penggal yang kedua berturut - turut .





Untuk menginap disini , harga bermula HK$2,298 untuk satu malam . 

Untuk Maklumat Lanjut - http://conradhotels3.hilton.com/

Holiday Inn Macau 

Cakap mengenai Hotel Holiday Inn mesti korang pernah dengar bukan  ? Holiday Inn Macau merupakan  Holiday Inn yang terbesar di dunia . Mempunyai 1,224 bilik , hotel ini sangat bersesuaian buat mereka yang berkeluarga. 



Mana tidaknya fasiliti disini dibuat khas untuk mereka yang ada anak - anak kecil. 




Bermula dengan kolam renang khas kanak - kanak sehinggalah ke Pertunjukan khas Shrek , Madagascar dan Kung Fu Panda  untuk kanak- kanak telah direka khas. 

Pencapaian hotel ini pula , mereka telah menerima TripAdvisor® Certificate of Excellence award di atas kemudahan hospitalitinya yang sangat memuaskan. 

Untuk maklumat lanjut - http://www.holidayinn.com/macao

Sheraton Hotel 

Sheraton Hotel terletak di Sands Cotai Sentral . Untuk pengetahuan korang , Holiday Inn dan Conrad Hotel turut berada di sini dan berhubung antara satu sama lain. 




Sheraton Hotel yang mempunyai dua bangunan ini merupakan hotel yang terbesar di Macau dan juga Starwood Hotels & Resorts yang terbesar di dunia

Hotel ini juga merupakan pilihan untuk mereka yang berkeluarga .Kerana dengan adanya family suite, ianya sangat mesra pengguna terutamanya bagi kanak - kanak .





Mempunyai 8 jenis bilik , pengunjung boleh memilih untuk menginap di Deluxe Room sehinggalah Presidential Suite . Harga untuk satu malam bermula  HKD 1,197++

Untuk maklumat lanjut - http://sheratonmacao.com/


Jadi itulah antara pilihan hotel di Macau .Sebenarnya Macau ni terlalu banyak hotel jadi tak ada masalah untuk para pengunjung. Yang membezakannya adalah jarak , kemudahan dan taraf. Untuk korang yang nak kesini , pesan Budak Pacak kena pandailah pilih, lain hotel , lain harganya. 

Nantikan entry seterusnya mengenai tempat menarik di Macau 




p /s ; Terbang Murah ke destinasi pilihan dengan Air Asia

19 comments:

Ismi Ana said...

Untung laa gi Macau. Huhu. Tak pernah lagi gi luar negara. Isk!

amirnawawi said...

Arghh! bestnyer hotel-hotel nih. harga camna weh? Gempak jugak ker?

penaberkala said...

terbaiklah khai dah sampai Macau

Khai Artzfar said...

@Ismi Anahehe nanti kumpul lah duit ke sana

Khai Artzfar said...

@amirnawawiharga setanding dengan kemudahan bro

Khai Artzfar said...

@penaberkalaAlhamdulillah rezeki hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sume bilik2 dia cntik...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sume bilik2 dia cntik...

Noraizan said...

Untunglah blh g oversea
My recent post : Apps Worldcup dan Petua Berjaga Malam

JomJalan said...

Uh!uh!

Cantiknya hotel, dan seronoknya berjalan orang tanggung! Congrats bro.

Apijol said...

untung boleh pergi sampai Macau. all the best. nanti ke mana pulak? Paris ? hehee

siti said...

Untungnya dapat join FAM tripp. Bila la nak merasa join jugak. .

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)yup sangat cantik

Khai Artzfar said...

@NoraizanAlhamdulillah rezeki

Khai Artzfar said...

@JomJalanhehe thanks ye

Khai Artzfar said...

@Apijolehem aik macam tepat je tu

Khai Artzfar said...

@sitiInsyallah adalah nanti rezeki tu

Khai Artzfar said...

@sitiInsyallah adalah nanti rezeki tu

sYiRa LoKMaN said...

cntik ! besnya g sna..npe tak ajak syira...waaa