November 06, 2015

Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Keempat

Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Keempat Tasik Kenyir adalah lokasi kiteorang di hari keempat di Terengganu ni haa. Dengan rombongan hampir 5 biji bas kiteorang sampai di Tasik Kenyir untuk melihat dan bermain permainan traditional bersempena Kenyir Festival 2015








Banyaklah acara yang disediakan,seperti bermain congkak, gusti bantal, menganyam ketupat, batu seremban dan banyak lagi. 







Budak Pacak sempat join main game terompah gergasi, dapat pulak tag team dengan kawan - kawan dari Kanada, Korea dan Thailand. Expectation kengkonon boleh jadi juara lah sebab dari Malaysia lah katakan, sekali nombor last sekali haaa. Buat malu je, tak pasal jadi rakaman untuk hari tu.kahkahkah...










Dah penat main game, sekarang tibalah masa kiteorang ke tarikan terbaru di Tasik Kenyir, kalau korang nak tau di Tasik Kenyir ni baru je buka satu taman tema air. Terletak di Pulau Poh, Tasik Kenyir, taman tema ni terdapat pelbagai tarikan yang sesuai untuk kanak - kanak dan dewasa. 





Pernah tengok wipeout? Haaa macam tu lah taman tema ni. Agak unik sebab terletak atas tasik ini sendiri. Memang dalam gila tasik ni, tapi jangan risau sebab jaket keselamatan disediakan untuk pengunjung jadi bolehlah main sepuas- puasnya 

Tak jauh dari Tasik Kenyir, kiteorang ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Ini pun antara tarikan terbaru disini yang menempatkan beberapa ekor gajah. Menariknya di KECV ini, gajah - gajah bukan saja dipelihara dan dipulihara malah dilatih untuk membuat persembahan di khalayak ramai. Memang jinak weh , korang boleh pegang dalam pengawasan dorang. 












Dekat sini, korang boleh tengok gajah - gajah dilatih, diberi makan dan juga diberi mandi. Bukan senang nak tengok keluarga gajah ini secara dekat kan? 

Di sebelah malamnya pula, kiteorang ke Kampung Cina atau Chinatown. Pada malam tersebut, terdapat perasmian Festival Peranakan Terengganu 2015. Haa jangan pelik pulak sebab terdapat kaum minoriti baba dan nyonya disini. Sempat jugaklah kiteorang berjalan - jalan dipasar yang terdapat disini. 





Budak Pacak agak kagum dengan pasar malam disini sebab ianya lain dari yang lain, Mana tak nya, kesemua penjual disini berpakaian ala traditional dan juga pakaian zaman dahulu. Sangat unik! Budaya macam ini harus dikekalkan, ye la mana tidaknya budak zaman sekarang mana nak tahu imagine zaman dahulu macam mana. 

Budaya macam ini pun boleh menarik para pelancong kan ? Sesuai sangatlah dengan tagline Negeri Terengganu, Negeri Cantik, Budaya Menarik ! 



Esoknya aktiviti akan ada lagi best! Kalau korang nak tahu apa, nantikan update hari keempat ya ! 


Baca juga : 


Hari Pertama 


Hari Kedua 

Hari Ketiga 

Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 

0 Budak Rambut Pacak Komen: