June 11, 2016

Buffet Ramadan Terbaik di Kelantan

Buffet Ramadan Terbaik di Kelantan  Baru – baru ini aku berbesar hati untuk menerima jemputan Hotel no 1 di Kelantan, Hotel Perdana Kota Bharu bagi merasai sendiri beberapa menu untuk buffet  Ramadan akan datang





Aku sendiri pun tak expect untuk datang dan merasai semua tu, tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak. Dan boleh aku katakan mungkin hotel ini mengungguli buffet Ramadan terbaik di Kelantan


haa ini tempoh hari punya makan, this time lagi banyak weh 


Pada tahun ini Hotel Perdana Kota Bharu masih mengekalkan konsep yang juga merupakan signature dorang untuk 3 tahun berturut – turut iaitu Ramadan Bazaar@Perdana.  So ada lebih 188 juadah dari negara kita, Arab, Indonesia dan Thai disediakan di sini





Diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi, sebanyak 6 pusingan juadah harian akan ditukar. So korang tak akan rasa bosan untuk rasai menu yang sama kan? Antara yang bakal menjadi tarikan adalah Kambing  bakar, 5 gulai kawah – Kari Kambing gearbox, sup merah tulang rawan, kari kepala ikan , Gulai ayam kampong sumatera dan Masak Lemak Salai Pucuk ubi

Yang handsome tepi sekali tu, En Taha, Pengurus Besar Hotel Perdana, sangat baik dan humble orangnya 


Untuk menu tahun ini pula beberapa juadah baru turut diperkenalkan antaranya adalah Kibas panggang, Ayam Tempayan , Murtabak, Rendang Kerang dengan daun pegaga dan Kebab Ayam

mengidam betul ni weh 




Bila dah kesini, korang wajib cuba Sup Torpedo, Sup Tulang rawan dan bubur lambuk daging rusa. Memang unik!









Memang banyak gila pilihan, sambil – sambil nikmati juadah disini jangan lupa stay juga. Hotel nya best sesuai dengan konsep syariah compliance dia, selesa dan serba lengkap !



Harga Buffet Ramadan Hotel Perdana Kota Bharu

Dewasa RM 78

Kanak – kanak 4 – 12 tahun : 50% discount

Private atau korporat iftar minimum 50 pax : RM55

Event amal anak yatim minimum 100 orang : RM55

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya juga boleh disediakan dengan bayaran RM 65 seorang untuk jumlah 50 pax ke atas


Last but not least! Thank you so much Hotel Perdana Kota Bharu! Muah ciked 


Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi :

Tel : 09 – 745 8888
Fax : 09 – 758 8855
Instagram : @hotelperdana_kotabharu

kredit gambar buffet : Koleksi Hotel Perdana Kota Bharu 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Hasif Hamsyari said...

Wah... nampak sedap gak!